Monday, February 03, 2020

Sajat, Lelaki Usahawan Kosmetik Berpakaian Wanita Ketika Berumrah?


Susulan Isu Sajat Berpakaian Wanita Ketika Mengerjakan Umrah. Akhirnya PU Amin Tampil Buka Mulut Mengatakan Sesuatu.
MEDIA sosial hari ini kecoh apabila usahawan kosmetik, Nur Sajat berkongsi foto dan video ketika mengikuti rombongan mengerjakan umrah di Makkah bersama keluarga dan rakan-rakan dengan berpakaian wanita.
Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak terutama yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah itu kerana sangsi dengan status jantinanya.
Salah seorang yang meluahkan kebimbangan ialah Pencetus Ummah (PU) Amin kerana berharap selebriti laman sosial itu mengikut adab sebagai seorang lelaki.
PU Amin meluahkan rasa bimbang apabila Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian wanita.
“Jangan risau, saya sangka baik Sajat bertudung untuk ambil gambar sahaja. Namun dia berihram seperti lelaki dan solat di bahagian lelaki.
“Harapnya begitulah, jika tidak ia menjadi perkara yang cukup aib. Maruah dan aurat seluruh wanita di Tanah Har4m boleh terc3mar,” ujarnya di Instagram.
Terdahulu Sajat menerusi laman sosialnya meluahkan rasa syukur apabila rombongan ke Tanah Suci bersama ahli keluarga dan anak angkatnya berjalan lancar dan dipermudahkan.
Perkongsian Sajat mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan netizen. Sementara itu PU Amin berkata, jemaah Malaysia yang sedang menunaikan umrah risau dan kecoh dengan perkara itu.
“Ya betul umrahnya harus dan Allah menerima sesiapa sahaja, cuma perlu jaga hukum hakam aurat… jika tidak ros4k ibadah muslimat lain. Mereka kena pakai pakaian ihram dan berpakaian lelaki bagi menjaga kesucian kota Mekah,” ujarnya.

PU Amin dipercayai kini turut berada di sana.
“Semoga Allah memelihara seluruh muslimat di Tanah Suci Makkah. Ada ibu, kakak, adik perempuan yang mesti dijaga.
“Di Mekah semua jemaah Malaysia agak sibuk dan kecoh membicarakan hal ini.
“Fokus pada ibadah kita semua. Saya faham kerisauan semua jemaah muslimat. Ramai mengadu tadi, jangan risau Allah ada… Allah akan pelihara kita,” katanya.

4 comments:

Pak Hassan said...

Awat yang hang dok sebuk pasal artis ni woiii!!!! hang tak ada kerja ka atau saja nak menumpang glamour. Dua-dua makhluk ni memang mencari publisiti kerana mereka mencari rezeki dengan mencetus sensasi.

Ibadat yang iklas tak payah bagi tau orang pun, masuk fb bagai.

Blogger bertaraf paria...menyiarkan berita yang tak bernilai.

Anonymous said...

February 3, 2020 at 12:47 PM
Lu tak paham konsep dakwah,
pegi la belajar lagi..

Anonymous said...

Pak Hassan satu angkatan dgn Anwar dan Azmi kok, cita rasa berbedza

Anonymous said...

Ikhlas tak betul cara, pun kira ikhlas juga ka pakcik hassan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails