Tarian singa di surau: Ketegasan JAIPk dihargai
SAYA mewakili Badan Perhubungan PAS Perak mengucapkan jutaan terima kasih atas keputusan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Keputusan yang diambil adalah sangat tepat dan semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa-masa mendatang.
Suka saya menyatakan walaupun kita punyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan meskipun bertaraf Menteri, Exco Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan apa sahaja jawatan dalam kerajaan, itu tidak bermakna segala tindakan yang kita lakukan tidak perlu merujuk kepada JAIPk dan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk). Kita perlu menghormati instisusi kerajaan ini.
Merujuk kepada isi penting kenyataan media Pengarah JAIPk mendapati, ada berlakunya acara tarian singa, perbuatan membakar mercun, dan ucapan Ahli Parlimen Ipoh Timur semasa program diadakan.
Tarian singa dan membakar mercun dalam kawasan surau telah mencetuskan reaksi negatif dan kemarahan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Tindakan menjemput Ahli Parlimen berucap dalam program sambutan tersebut mungkin boleh dilihat sebagai suatu perbuatan yang bercanggah dengan arahan pernah dikeluarkan oleh JAlPk.
Perkara ini sedang diteliti di bawah Peraturan 23, Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kariah Negeri Perak 2015 yang memperuntukkan Pengerusi hendaklah menjalankan apa-apa tugas lain yang diarahkan oleh MAIPk atau JAIPk dari semasa ke semasa.
Berdasarkan acara-acara yang berlangsung di Surau Al-Qamar pada 1 Februari 2020, JAIPk berpendirian bahawa Jawatankuasa Surau telah membenarkan aktiviti yang bercanggah dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAIPk.
Pada jam 7.45 malam, 1 Februari 2020, JAIPk telah sekali lagi menemui Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Qamar, disusuli dengan siasatan untuk mengesahkan perkara-perkara yang didakwa berlaku menurut yang ditularkan di dalam media sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Surau mengaku berlangsungnya tarian singa dan Ahli Parlimen lpoh Timur menyampaikan ucapan dalam kawasan surau. Pegawai JAIPk juga mengesan taburan sisa pembakaran mercun di luar pagar surau.
Sekian, terima kasih.
HAFEZ SABRI
Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak
Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak
13 Jamadil Akhir 1441 | 7 Februari 2020 – HARAKAHDAILY 7/2/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tarian singa, mercun, di surau dan ucapan Ahli Parlimen Ipoh Timur semasa program diadakan.. Mereka rempuh terus, tak perlu rujuk JAIPk/MAIPk lagi. Memang PH terlalu melampau sangat!!
Lihat sebelum ini..
PH sudah tak peduli perasaan umat Islam lagi.. Hukum mereka dalam PRU 15 akan datang..
ReplyDeleteMufti WP dan mufti Perak tidak mahu komenkah ?
ReplyDeleteOrang melayu ada yang terlibat secara langsung membuat persembahan tarian singa. Dan tidak ada sebarang kenyataan dari Pejabat Agama.
ReplyDeleteJika persembahan tarian Naga tersebut di buat oleh peserta melayu, ada kah ia nya menjadi kesalahan?
Dan semasa raya pun kita bakar mercun.
Apa pelik nya bakar mercun di surau jika ia nya di bakar oleh kita semasa raya?
Bakar Mercun adalah pembaziran maka ia bukan budaya Islam. Orang yg suka membazir bersaudara dengan syaitan.
DeletePuak-puak jilat juboq tak basuh gian eng tetap mempertahankan PH.
ReplyDeleteHa ha ha ape nak buat, dedak babi punya pasal. agama pun dijual dengan harga yang sedikit.
Kalau komunis perintah pun dia jilat juga.
Dah sedap menjilat!
Tarian kat surau!!!! Ape ke jadahnya!!!!! Surau tempat ibadat. Adakah tarian singa itu ibadat? Mengapa perlu jaga hati orang cina sampai tempat ibadat pun dilacur untuk menyukakan hati orang kafir. Kalau ye pun buatlah kat luar. Kalau dah sayang sangat kat kafir tu, buat kat luar. Didik orang kafir bahawa surau adalah tempat ibadat. Orang islam main mercun kat tempat ibadat pun dilarang.
ReplyDeleteBetui tu..
ReplyDeleteCelaka Abu Lahab Malaysia..