Saturday, February 22, 2020

Tun M Menang? Anwar Tunggu Lagi..

Peralihan kuasa: Terpulang pada saya untuk melepaskan ataupun tidak - Tun M
TUN MAHATHIR: Saya telah katakan bahawa peralihan kuasa berlaku lepas APEC. Tiada masa, tiada tarikh (ditetapkan). - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Peralihan kuasa: Terpulang pada saya untuk melepaskan ataupun tidak - Tun M

PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa terpulang kepada beliau untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri atau pun sebaliknya.

Menurut beliau, setakat ini peralihan kuasa akan berlaku seperti mana ditetapkan selepas penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

“Saya telah katakan bahawa peralihan kuasa berlaku lepas APEC. Tiada masa, tiada tarikh, tiada apa pun (ditetapkan).

“Terpulang pada saya untuk melepaskan ataupun tidak. Itulah kepercayaan yang mereka berikan pada saya. Alhamdulillah,” demikian katanya, sebentar tadi.


Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, di sini, malam ini.

Dr Mahathir dalam pada itu mengakui bahawa terdapat dua pendapat berbeza sebelum majlis mesyuarat Presiden PH bersetuju untuk mendengar pandangannnya.


Katanya, perbincangan 'panjang lebar' telah berlangsung sepanjang mesyuarat itu bagi kepentingan parti.

"Akhirnya saya rasa bangga, semuanya diserah kepada saya, apa saya kata, mereka akan turut.

“Saya gembira, alhamdulillah akhirnya mereka meletakkan kepercayaan kepada saya,” ujarnya.

Turut hadir barisan pimpinan utama PH iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Selain enam pemimpin terbabit, Mesyuarat Majlis Presiden turut dihadiri 19 pemimpin parti komponen masing-masing.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut memaklumkan selain isu peralihan kuasa, PH turut membincangkan keputusan untuk memutuskan calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak nanti. 

Katanya, fokus utama PH adalah untuk mengharungi cabaran besar itu supaya tiada parti komponen dalam gabungan berkenaan yang terpaksa berdepan sesama sendiri.

"Saya juga bincang mengenai PRN Sarawak, supaya calon-calon kita tidak berlawan sesama parti komponen.

"Kita juga akan anjurkan konvensyen yang tarikhnya belum ditentukan lagi," katanya.

Terdahulu, isu peralihan kuasa dijangka dibincangkan dan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut seperti mana dimaklumkan Anwar selepas pertemuan dengan Dr Mahathir pada 13 Februari lalu.

Dr Mahathir sebelum ini mengulangi janjinya untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia (APEC) 2020 pada November depan.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setelah diteliti dalam kemelut senyuman Anwar-Tun M ini,  nampaknya Tun M menang... Menang  dalam menentukan waktu peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri Malaysia atau segala yang berkait dengannya.

"Akhirnya saya rasa bangga, semuanya diserah kepada saya, apa saya kata, mereka akan turut." Kata Tun M.

Maka '..terpulang kepada beliau untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri atau pun sebaliknya.'


Video: Terpulang kepada saya nak lepas atau tidak - Tun M.



Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Hasil carian imej untuk catur politik

9 comments:

Anonymous said...

Kesian Anwar..
Kempunan lagi.

Maka '..terpulang kepada beliau (Tun M) untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri atau pun sebaliknya. (Tidak beri pada Anwar)'

Kalau PRU 15, PAS dapat tambah banyak Kerusi, ada kemungkinankah jawataan PM diberi pada PAS?

Anonymous said...

'diberi pada PAS?'
Anaknya sedang menunggu ganti ayahnya. Ha ha
Atau DAP/Anwar terus mengasak..
Nak serah pada Anuar, nanti Tun M terhukum macam Najib? ha ha

Yang rugi ialah akyat!

Anonymous said...

Pilih pemimpin yg amanah (bukan dari pan). Secara beransur tolak liberal. Tolak atuk muda yg liberal dari mewakili islam.

Anonymous said...

Tun M takleh buat apa2 terhadap dap.
maka aset TH akan terus terancam.
Stigma peliwat/bekas banduan adalah ciptaan Tun M.
Mahkamah era Pak Lah menolak firnah ni dan telah memutuskan anwar tak perlu masuk membela diri.
Dlm kes sodomi 2.0, jika ana muslim dan peguambela anwar, ana akan buat demonstrasi dlm mahkamah, guna "model patung" dan memasukkan air mani 4cm ke dlm rektum model. Ini membuktikan kehadiran ari mani 4 cm dlm rektum pengadu, tidak membuktikan perbuatan meliwat telah berlaku.
Keraguan munasabah telah berjaya ditegakkan dan Hakim tidak dapat mengelak diri selain membebaskan anwar dari pertuduhan yg direka2kan.
Anwar lebih bahaya dari Tun M? sume bini/anak2 perpempuan anwar tutup aurat. Takde sorangpun anak2 anwar sokong LGBT. Dlm bahasa mudah, anwar telah berjaya mendidik keluarga dia ikut lunas2 islam.

Lupakan politik sempit masing2.
MN je dgn anwar.
Insya Allah, melayu akan maju ke depan.
Tanya diri sendiri: kenapa Tun M serah MOF dan lain2 kementerian/jabatan penting kpd DAP? Agagk2, apa timbalas yg diterima oleh Tun M dari DAP?

Anonymous said...

Bebas anwar atas ihsan dap. Mahathir jadi pm atas ihsan dap. Pandai dap perangkap dua pemimpin hebat. Dua2 tak sedar masuk perangkap dap. Sekarang dua2 jadi boneka dap. Dengan bil. yg dap mendominasi, mana mungkin kuasa undi dlm ph menyebelahi mahathir dan anwar. Memahami percaturan politik melalui perkiraan undi, tidak susah. Yang banyak bilangan undi adalah penguasanya. Tapi anwar adalah seorang yg degil.

Falsafah dan pemahaman anwar lebih terurus ke arah liberal. Yg syarat menjadi liberal tidak sukar. Tidak memerlukan ilmu agama yang tinggi. Cukup sekadar pintar bertutur yang memegunkan. Beri janji untuk tarik perhatian dan tidak perlu tunaikan perjanjian itu. Laksanakan model politik yahudi yang disenangi liberal lain dan disenangi kafir. Kepintaran ini ada pada anwar. Kerana itu pemikiran anwar ditolak oleh majoriti muslim yg memahami ahli sunnah wal jamaah.

Anonymous said...

Sorang lagi ketua pan. Yang ni lagi bengap. Pengajian separuh jalan. Jadi menteri atas ihsan dap. Apa logiknya ketua pan iktiraf komunis. Sudahlah mangsa komunis zaman darurat adalah melayu, buat pulak reunion komunis. Reunion adalah perjumpaan mengingati sejarah silam. Cerita dan perkhabaran berapa mangsa yg kamu bunuh, kemudian sambut gelak ketawa.

Luka lama yg parut tak hilang kembali berdarah. Inikah perjuangan pan. Jual pulak harta berzakat oleh menteri agama. Tidak terjamin status asal penduduk asal.

Anonymous said...

Tak payah sembang lebih. Gugur ltte, gugur kes banglo. Ph boleh anjur demonstrasi salah laku peguam. Anjur juga demo bebaskan yg berkait isis. Macam perkauman peguamnya.

Dr olivia Alexander said...

My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

Anonymous said...

mungkin mujahid bleh belajar dari kerajaan Terengganu bagaimana nak tutup syarikat yg rugi kat Terengganu.....hehehee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails