Thursday, February 27, 2020

Wabak COVID-19 Melanda Saudi Pula. Umrah Digantung..

COVID-19: Saudi gantung kemasukan jemaah umrah
Penggantungan turut membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19
COVID-19: Saudi gantung kemasukan jemaah umrah

ARAB Saudi pada Khamis menghentikan sementara kemasukan jemaah untuk memasuki negara itu bagi mengerjakan umrah, bertujuan membendung jangkitan wabak COVID-19.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan, penggantungan itu termasuk bagi program ziarah Masjid Nabi di Madinah.

Menurut kenyataan itu lagi, penggantungan turut membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19.

Menurut laporan Arab News, garis panduan yang dikeluarkan dalam usaha mengekang virus itu juga termasuk menggantung perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.

Dilaporkan hampir 7 juta jemaah mengerjakan umrah di Arab Saudi setiap tahun, dengan majoriti daripada mereka mendarat di lapangan terbang di Jeddah dan Madinah.

Setakat ini, tiada kes positif COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi kecuali melibatkan seorang warganya yang ketika ini berada di Kuwait dan ditahan di sana untuk menerima rawatan.

Video: 

Sebuah band dari Indonesia, Gafarock meraih perhatian ramai apabila menghasilkan sebuah lagu yang diinspirasikan daripada wabak Coronavirus yang sedang menjadi kebimbangan ramai sekarang.

Lirik lagu yang berkisar tentang wabak dari Wuhan, China itu ditulis dengan campuran empat bahasa iaitu Sunda, Ngapak, Jawa dan Indonesia. Antara bait-bait lirik dalam lagu Virus Corona adalah kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya virus itu dan bagaimana ia tersebar ke negara lain.

Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails