Tuesday, February 04, 2020

Yuna, Buka Tudung, Bahu, Lutut. Al-hamdulillah, Sangka Baik??

'Saya disuruh buka tudung, tayang bahu dan lutut' - Yuna dedah kisah zaman awal kemunculan
Yuna turut memberitahu beberapa majalah fesyen tempatan ketika itu tidak mahu meletakkan wajahnya di muka hadapan. - Foto Instagram Yuna
HALAMAN HIBURAN
'Saya disuruh buka tudung, tayang bahu dan lutut' -Yuna dedah kisah zaman awal kemunculan

PENYANYI popular Yuna mendedahkan dia pernah disuruh membuka hijab oleh segelintir pihak ketika dia mahu menjadi penyanyi.

Perkara itu dikongsi Yuna menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan warganet.

Menurut Yuna, dia pernah disuruh untuk membuka tudung jika mahu bernaung di bawah satu syarikat rakaman, namun penyanyi bertaraf antarabangsa ini tidak menghiraukan perkara itu.


"Saya pernah disuruh untuk membuka hijab jika saya mahu menandatangani satu label muzik ini, saya tidak mengikutinya, saya sedar betapa pentingnya menjadi diri sendiri.

"Kerap juga saya diminta berbuat demikian, ada juga yang menyuruh saya untuk mendedahkan bahu dan lutut, saya tidak menghiraukannya juga," tulis Yuna sebagai kapsyen.


Dalam pada itu, Yuna turut memberitahu beberapa majalah fesyen tempatan ketika itu tidak mahu meletakkan wajahnya di muka hadapan.

"Apabila saya mula-mula bergelar penyanyi dan penulis lagu di Malaysia, beberapa majalah fesyen ketika itu tidak mahu memilih saya sebagai wajah muka hadapan.

"Sekarang, banyak perkara sudah berubah, saya gembira melihat wanita seperti saya di luar sana dan masyarakat dunia juga lebih menerima wanita seperti saya hari ini," tambahnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Yuna di ruangan komen.

Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan memberi kata-kata semangat kepada Yuna.

 Sekadar info, Yuna mulai aktif di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 2006 dan berjaya membina populariti hingga ke peringkat antarabangsa sehingga kini. (AA)

Komen Weblog IbnuHasyim: Itulah realitinya, hampir keseluruhannya dunia artis masa kini, memang mencabar. Kita sangka baik, adakah Yuna ingin membetulkan kehidupan dunia artis dari dalam? Kalau begitu Al-hamdulillah. 

Tapi 'kaedah'nya dipertikaikan. Ingin bersihkan najis tapi dengan masuk dalam tong najis. Sepatutnya dipancutkan air bersih ke arah tong najis dari jauh, dari luar, supaya tidak terpalit najis.

Kaedah ini juga dipakai oleh ahli-ahli politik. Hendak mengIslamkan parti bukan Islam atau yang dasar partinya tidak Islam, dari dalam. Iaitu dengan memasuki ke dalam parti itu. Di Malaysia ada yang masuk DAP nak perjuangkan Islam dari dalam? 
Ha ha ha.. porrah!


Hibur Hibur Sikit
Ebett G Ade.    
'Menari sentuh kulit perempuandalam lagu 'Pesta' dan 'nasihat untuk gadis' dalam lagu 'Gadis Remang Remang' telah menyerlah pemikiran Islam se orang penyanyi bernama Ebett G Ade. 


Ebiet G. Ade 

Pesta

GADIS REMANG REMANG Ebiet G Ade

Ebiet G Ade Selingkuh Lirik | Galaxy Lyrics



Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails