Sunday, March 01, 2020

Akuan Sumpah (SD) Baru, Tidak Boleh Ubah Keputusan Asal.

Hasil carian imej untuk Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-

SD baru selepas perkenan Agong sukar diterima

KUALA LUMPUR: Sebarang dokumen sokongan akuan bersumpah (SD) yang dikeluarkan selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat keputusan tidak boleh mengubah keputusan asal baginda.
Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, berkata dalam perkiraan ini, baginda sudah mengambil masa yang sesuai untuk membuat keputusan.
“SD baharu tidak boleh memansuhkan keputusan Tuanku. Sekiranya mereka tidak puas hati buat undi tak percaya selepas parlimen bersidang,” katanya ketika dihubungi BH.
Beliau ditanya mengenai keputusan PH malam ini yang mendakwa mereka sudah berjaya memperoleh SD daripada 114 Ahli Parlimen menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.
Dalam kenyataan dikeluarkan Istana Negara pada jam 4.29 petang tadi, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dipetik sebagai berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan diadakan esok.
Ditanya sama ada baginda masih ada ruang untuk mempertimbang SD 114 Ahli Parlimen yang menyokong Dr Mahathir sebelum majlis angkat sumpah esok, Shamrahayu berkata, ia terserah kepada budi bicara baginda.
“Tapi (dalam keadaan ini) Tuanku sudah putuskan. Terserah kepada Tuanku (untuk menentukan keputusan lain),” katanya.(BH)

6 comments:

Anonymous said...

esdee kencing dari pakatan kencing..
Hihihi..

Anonymous said...

yg buat mula mula Tun dan gang PH skg tal puas hati gang PH dan tun juga...

rakyat meluat bila stratrgi yg di cipta tak menjadi... dah lah tu... aku nak makan pop corn pun tak senang

Anonymous said...

Flip flop ph mcm cerita drama. Memalukan dan memualkan. Tak konsisten. Kejap tak sokong atuk, kejap sokong. Kejap atuk letak jawatan, kejap nak balik jawatan. Kejap anuar dapat majoriti, kejap atuk dapat majoriti. Kejap patuh YDA, kejap derhaka YDA. Peringkat tertinggi kepimpinan tak bolehlah ada berfikir macam budak sekolah rendah.Mesti konsisten dan tegas.

Anonymous said...

Dengan tak terlantiknya mahathir sebagai pm, dan anuar juga tak terlantik, kira kiranya telah selesai persengketaan antara kedua duanya. Lagi pun rakyat bosan dengan isu dua peribadi. Efek pada ekonomi dan kestabilan status quo. Lagi pun ramai penyokong ph dah tinggalkan ph terutama penyokong mahathir dan anuar. Eloklah berehat, bagi rakyat berehat dari menonton cerita perogolan politik.

Anonymous said...

Mereka ni pemimpin ph tidak tunjuk akhlaq baik dalam erti kata derhaka dengan YDA. Bila pemimpin tidak tunjuk akhlaq baik, ia akan jadi ikutan para penyokongnya. Terimalah hakikat anda sudah ditolak. Tak perlu sokongan dibeli dengan wang ringgit atau pangkat atau projek.

Majoriti rakyat tolak dap yg berusaha ubah perkara asas tanah melayu dan rasis yg tebal. Dan tolak kerjasama orang melayu dengan dap. Orang melayu tidak dapat terima penerapan budaya cina dalam budaya melayu.

Anonymous said...

Pakatan Hancing pimpinan parti kafir harbi DA-Pigs bukan setakat gila kuasa tetapi gila babi tahap kronik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails