Sunday, March 29, 2020

Al-hamdulillah, Prihatin Kepada Kebajikan Pengguna Bekalan Air




KUALA LUMPUR: Beberapa langkah untuk meringankan beban pengguna dari segi kadar dan tempoh pembayaran caj bil air telah diambil termasuklah berkerjasama dengan syarikat dan operator air, demikian maklum Menteri Alam Sekitar, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sehubungan itu katanya, pihak Kementerian Alam Sekitar (KAS) mengalu-alukan langkah Ranhill Syarikat Air Johor (RSAJ) dan Kerajaan Negeri Sabah yang menyediakan skim bantuan kepada para pengguna air di kedua-dua negeri tersebut.

Menurut beliau, skim bantuan pertama oleh RSAJ melibatkan pengurangan caj bil air sebanyak 50 peratus terhadap bil keseluruhan pengguna dalam kumpulan B40 bagi bulan Mac berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kementerian ini telah merangka pelbagai inisiatif untuk menghadapi pandemik ini supaya bekalan air tidak terjejas dalam tempoh PKP dilaksanakan. Kementerian ini melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sentiasa memantau mutu perkhidmatan dan kualiti pembekalan air terawat.
“Dan komited dalam memastikan bekalan air bersih tidak terganggu di sepanjang masa terutama dalam tempoh PKP, insya-Allah,” ujar beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Untuk rekod, sektor air meliputi bekalan dan perkhidmatan pembentungan telah disenaraikan sebagai sektor penting (essential) yang perlu dipastikan kelangsungannya di sepanjang tempoh PKP sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri. – HARAKAHDAILY 27/3/2020
Komen Weblog Ibnu Hsyim: Tahniah kepada Menteri Alam Sekitar, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menggalas amanah Allah terhadap rakyat di negara Malaysia yang tercinta ini.
Jazakallahu khairan kathira..

9 comments:

Anonymous said...

Menteri alam sekitar bukan menteri air...cari kredit plak...menteri alam sekitar ada kaitan dgn pembalakan dan sijil ISO yg sudah tamat tempoh.

Anonymous said...

Fahmi Fadzil: Gelombang 2 & 3 Bukan Daripada Pelancong, Mereka Adalah Rakyat Malaysia, Orang Local

https://youtu.be/S0Ba57PSpHs

Anonymous said...

Rekaan budak berhingus.

Anonymous said...

Rekaan macai upahan dapigs.

Anonymous said...

Wabak Covid19 berasal dari wuhan, Korea Utara (DPRK) sekutu rapat china pun dah sekat pergerakan keluarmasuk penduduknya kechina dan begitu juga telah menyaring penduduk china ke korea utara.
Satu tindakan yg pantas oleh pehak DPRK walhal cuma negara china sahaja rakyatnya mudah untuk melancong. Korea selatan juga berbuat demikian, begitu juga dgn taiwan dan jepun serta vietnam. Dan malahan pentadbiran hongkong dan macau juga telah membuat tindakan yg serupa sejak januari dan keadaan di negara2 serta wilayah tersebut telah terkawal.
Covid19 yg pada mulanya sangat merbahaya jika berlaku jangkitan terhadap beberapa bangsa tertentu telah bermutasi dan berubah upaya yg mulanya dikenali sebagai virus-x atau sekarang dikenali sbgai cov-2 atau covid19.2 yg lebih merbahaya telah pertama dikenalpasti apabila jangkitan ditemui di iran.
Bermula dari situ negara2 seperti german dan russia telah meningkatkan kawalan dgn pelbagai usaha untuk mempastikan wabak covid and co terkawal.
Negara2 yg leka seperti mesia dan negara2 eropah seperti italy & spain dan juga usa dgn sbb leka tersebut telah menghadapi masalah jangkitan yg besar.
Walaubagaimanapun, di mesia agak bernasib baik kerana pentadbiran yg leka dan lalai serta bahlol tahap dewata telah roboh dan pentadbiran yg baru atas kesedaran bahaya covid telah membetulkan keadaan, bak kata orang tua2 "its better late than never",
Ini bukan bermakna pentadbiran sekarang terbaik atau sanfat baik tapi at least they are not joker/s, mereka berkerja.. sedaya munkin utk memperbaiki kerosakan negara akibat bencana wabak kelentongkrasi yg dibawa oleh oleh apa yg disebuy sbgai peehancing (sekarang = pakatankuciwa).

Itu fakta.

Anonymous said...

Rakyat bahagia sangat bila pakatanklengtong tumbang.. walaupun masih berada dlm keadaan spara lockdown akibat wabak tahap pandemik covid, tapi masih jgk ceria sebab mereka sekarang telah sedar (merujuk kpd segelintir pengundi peeH) bahawa peeH adalah ber-dna komunis.

Anonymous said...

Bayangkan sekiranya tiada sakacovid tinggalan peeH, tentunya majoriti rakyat akan berbahagia.. menyambut puasa dan hariraya, walaupun negara telah dijarah hebat oleh penyangat2 peeH, tu belum lagi kala Maufakat Nasional yg memerentah, baru Perikatan Nasional si yiddin rakyat dah rasa macam mengalami suasana seperti nerayakan ke-Merdeka-an 2.0 dari penjajahan asing.

Anonymous said...

Penyakit mental RBA DA-Pigs dan barua pandap semakin kritikal sejak Pee H jatuh terguling baham tanah. Simptom @ tanda: Mereka menulis komen karut marut tanpa bukti atau fakta kerana mereka hidup dalam Alan khayalan mereka sendiri.

Anonymous said...

Sebilangan rakyat China Komunis suka meludah pada butang lif, buah-buahan dll untuk menyebarkan virus covid-19 di China dan luar China supaya ramai orang akan menderita dan mati.

Malangnya KERAjaan Pee H membenarkan rakyat China Komunis (bersama virus covid-19) bebas memasuki Msia.

Ini membuktikan Pee H telah melakukan pengkhianatan peringkat tertinggi kepada negara Msia dan rakyat. Sepatutnya puak Pee H berambus ke Wuhan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails