Mengumumkan berundur daripada Search, Amy menjelaskan keputusan dibuat adalah muktamad. Foto NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR: ‘Saya gembira dengan keputusan ini... Muktamad dan saya tidak akan berpatah balik. Saya harap mereka boleh merancang sesuatu untuk masa hadapan Search.”
Demikian reaksi Amy Search mengulas keputusan mengundurkan diri daripada band yang ditubuhkan pada 1981 itu, seperti diumumkan, petang tadi.
Amy atau nama sebenar, Suhaimi Abdul Rahman berkata, keputusan meninggalkan Search sudah lama difikirkan cuma baru dapat ditunaikan.
“Ini bukan keputusan terburu-buru. Sebaliknya, sudah lama saya fikirkan. Bagaimanapun, saya bukanlah berhenti terus daripada menyanyi. Jika ada undangan yang mahukan saya menyanyi, saya akan pergi.
“Saya akan bergerak secara solo, bukannya berkumpulan. Daripada segi lagu, jika ada permintaan peminat yang mahukan saya menyanyikan lagu Search, saya tetap tunaikan,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Ditanya apakah benar faktor kualiti vokal yang semakin menurun menjadi antara punca dia mengundurkan diri, bapa kepada pelakon Nabila Huda ini mengakui hakikat itu.
“Memang benar faktor vokal menjadi antara punca. Tapi pada saya, sesuailah dengan peredaran usia. Ini bukan berlaku pada saya sahaja, malah penyanyi lain di seluruh dunia, katanya.
Ini bukan kali pertama Amy mengundurkan diri daripada Search. Penyanyi berasal dari Johor ini pernah meninggalkan kumpulan yang mencetuskan fenomena dengan lagu Fantasia Bukan Madu itu pada 1994 bagi memulakan karier solo.
Sementara itu, pemain bass, Nasir Daud ketika dihubungi, reda dengan keputusan Amy.
Tidak terkejut dengan berita itu, Nasir berkata, mereka sudah menjangka perkara itu akan terjadi sekali lagi.
“Kami anggota Search termasuk Kid dan Din tidak terkejut. Sebaliknya, kami dapat menjangka perkara itu terjadi kerana sejak beberapa bulan lalu, Amy seakan-akan menjauhkan diri.
“Sebelum ini, kami sering berhubung melalui aplikasi WhatsApp. Biar lambat sekali pun, Amy akan menjawab pesanan yang dihantar.
“Namun, sejak kira-kira empat bulan lalu, Amy tidak menjawab pesanan atau panggilan telefon.
“Kami dapat mengagak perkara ini akan terjadi apabila pihak pengurusannya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Amy sudah penat dan ingin fokus kepada perniagaan ketika kami mengumumkan Konsert Apologia Search & Awie yang sepatutnya berlangsung, semalam,” katanya.
Nasir berkata, dia dan teman-teman reda dengan pendirian Amy.
“Lagipun Amy sudah tiada hati, takkanlah kami hendak berlutut dan menangis minta dia tarik balik keputusan.
“Hidup perlu diteruskan, kami ada tanggungjawab dan komitmen yang perlu dilunaskan. Lebih baik kami fokus kepada Search bersama Datuk Awie” katanya.
Tambah Nasir, kesukaran menghubungi Amy menyebabkan mereka menghadapi masalah menerima tawaran persembahan. Mereka bimbang dilabel ‘besar kepala’ dan sukar bekerjasama.
Mengenai alasan vokal tidak semantap dahulu yang dinyatakan Amy, Nasir berkata, perkara itu dianggap tidak munasabah.
Nasir berkata, bagi anggota Search yang lain, penyanyi itu masih mampu menyanyi.
Biarpun kehilangan penyanyi yang baik, Nasir berkata, anggota Search akur dengan keputusan Amy.
Ditanya apakah Search akan menghalang Amy menggunakan nama kumpulan itu untuk kerjaya solonya, Nasir berkata, mereka tidak boleh menghalang.
“Kami tidak akan menghalang atau bagi penalti kepadanya. Terpulang dan biarlah Amy fikir sendiri.
“Jika dia masih mahu menggunakan ‘label’ Search terpulanglah. Kita hargai usaha dan bakti dicurahkan kepada Search selama ini.
“Bakti Amy tidak dapat dinilai, kami akui kehilangan penyanyi yang baik tetapi apa yang boleh buat... Search harus
akur,” katanya.
Petang tadi, Amy atau nama penuhnya, Suhaimi Abdul Rahman mengumumkan pengundurannya daripada Search.
Amy membuat pengumuman itu dalam segmen #ArtisDudukDiam yang disiarkan secara langsung oleh Astro Gempak, kira-kira jam 3.30 petang.
Hibur Hibur Sikit
Hibur Hibur Sikit
Dah tua. Elok kat tikar semayang plak....
ReplyDeletePi jilat juboq Gian End. Haaaaaaa
ReplyDeleteOrang dah popular, lupa dia masa zaman susah senang. Macam nuwar udah popular dengan dap, sekarang lupa daratan dengan fahaman liberalnya.
ReplyDeleteAwas skim penipuan online.
ReplyDeletePi nasihat Kit Siang dah tua.. politik sesat
ReplyDeleteItu lah org melayu punya politik... nak kata bodoh mengaku cerdik.. bodoh melantun2
ReplyDeleteIkut kata2 umno dah 60 tahun... cina jahat.. cina nak rampas malaysia.. cogankata2 umno itu kita dah membuang masa wang.. dan tenaga utk ikut kata2 umno tu... sampai org melayu takde peningkatan kehidupan.. anak2 takde peningkatan dlm pembelajar.. kurang bersaing utk ekonomi. Sbb asyik jadikan kata2 umno di bibir org melayu... yang lagi bongok walaun2 kat atas ni.. ceta search boleh babitkan dap.. cerita secara berfakta..cerita tun Mengigil bila LGE ckp.. dap di penang telah runtuh masjid.. ini contoh berfakta lah bogok... ini asyik2 salahkan dap secara umum.. semua parti dlm malaysia ni kita boleh salah secara umum bongok.. kita nak secara berfakta...