Tuesday, March 10, 2020

Apa Kata Ulama, Dilantik Jadi Menteri Alam Sekitar., – Tuan Ibrahim


Semoga jawatan ini menambah taqwa – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: “Saya tidak menduga akan diamanahkan ke jawatan ini,” demikian kenyataan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man setelah dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar.

Beliau menyifatkan taklifan yang diberi untuk bersama-sama dalam barisan jemaah Menteri Kabinet sangat berat.

“Ia adalah taklifan yang berat. Suatu amanah Allah yang perlu dipikul. Saya sering memohon agar Allah tidak bebankan saya dengan suatu jawatan yang menyusahkan saya nanti di akhirat, dan mengharapkan pertolongan Allah dengan amanah ini.

“Semoga jawatan ini menambahkan taqwa sebagaimana seluruh alam, samada di langit atau di bumi sentiasa bertasbih kepada Penciptanya,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut memetik ayat Al-Quran yang berbunyi;  ‘Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu’.

Dalam masa yang sama, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua sahabat yang merakamkan penghargaan dan doa, Semoga Allah membalas kebaikan anda semua. – HARAKAHDAILY 10/3/2020
Image result for MANUSIA DAN HAIWAN

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sedikit mengenai alam sekitar menurut Islam. 

Alam Sekitar sebenarnya adalah berasaskan kepada ajaran tauhid. Atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan Tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan Tuhan.

Tetapi menurut barat, alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.

Firman Allah: 
"Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan ke atas kamu nikmatKu, dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai Agama"

Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar kerana manusia dijadikan daripada unsur-unsur alam dan akhirnya akan kembali seperti asal kejadiannya. 

Unsur alam mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia kerana ia membina pertumbuhan dan kesihatan manusia disamping kesejahteraan manusia. Dengan ini, betapa kompleksnya kejadian manusia dihubungkan terus dengan unsur-unsur bumi dan manusia mestilah memakmur, mentadbir, mengurus dan membangunkan alam ini mengikut syariat dan hukum Allah sera melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

Pengurusan Alam Sekitar.

Islam meletakkan 5 konsep penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya wujudnya proses pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar.

1. Konsep Tauhid
Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang paling ditekankan ialah konsep tauhid. Ini kerana ia merupakan keperluan asas dalam Islam. Dalam pandangan tauhid, manusia hanya takut pada satu kuasa dan dipertanggungjawabkan dihadapan seorang hakim sahaja, mengadap pada satu kiblat dan menumpukan harapan dan kehendak pada satu sumber sahaja.

2. Konsep Syariah
Syariah adalah teras perundangan hidup Islam. Segala teori Syariah merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan intelektual. Secara praktiknya, ia memberi makna dan isi kepada perbuatan orang Islam dalam kegiatan mereka di dunia

3. Konsep Ilmu
Sebagai langkah ke arah pemeliharaan dan pemulihan (pemuliharaan) alam sekitar, ilmu pengetahuan merupakan perkara penting yang mesti ditekankan. Ini kerana orang yang berilmu dan mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri, masyarakat dan juga alam sekitar.

4. Konsep Khalifah
Dalam konsep mengurus alam sekitar, konsep ini amat penting untuk manusia menjaga alam sekitar. Apabila mereka sedar diri mereka sebagai seorang khalifah, maka mereka tidak akan melakukan kerosakan kepada alam sekitar malah akan menjaga dengan sebaik mungkin

5. Konsep Akhlak
Akhlak adalah amat penting terutama sekali kearah pengurusan alam sekitar. Akhlak yang mulia adalah akhlak yang mengarahkan ke arah kebaikan dan keharmonian. Dalam konsep penjagaan alam sekitar, sifat-sifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka menjaga kebersihan, bertanggungjawab dan sikap murni yang lain amat penting dalam menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.

Peranan Manusia

  1. Manusia perlulah menjaga alam sekitar kerana alam sekitar juga ciptaan Allah
  2. Alam sekitar memainkan peranan penting dalam menjalani kehidupan seharian
  3. Tanpa alam sekitar bencana alam mudah terjadi 
  4. Alam sekitar juga memberi kesempurnaan kehidupan manusia
  5. Tumbuh-tumbuhan memainkan peranan penting untuk menghasilkan oksigen bagi manusia
  6. Kesimpulannya Manusia perlu memainkan peranan penting dalam menjaga alam sekitar sebagaimana yang telah tertulis dalam al-Quran surah Al-A’raf: 56-58
“Dan janganlah kamu berbuat kerusakan di muka bumi sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadanya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (56)

Dan dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat Nya (hujan) hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu. Maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran. (57)

Dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami)bagi orang-orang yang bersyukur.”(58)

Allah melarang hambaNya untuk membuat kerusakan dimuka bumi ini kerana Allah telah memberikan kurnia yang banyak untuk dimanfaatkan manusia dimuka bumi ini. Hanya saja ada sebahagian kaum yang berbuat kerusakan di muka bumi. 

Kesimpulan:
  • Alam merupakan manifestasi keagungan Allah SWT dan menjadi 'ayat' dalam memahami hakikat kewujudan dan keagungan Allah SWT.
  • Kesejahteraan alam iniperlu dipelihara sebagai tanda kesyukuran dan demi mendapat keredaan Allah.
  • Tugas pemeliharaan dan pemulihan alam sebenarnya merupakan tanggung jawab manusia yang mendiami alam ini, tanpa mengira batasan agama.
  • Setiap agama dan kepercayaan di dunia mempunyai panduan tertentu dalam menyatakan perhubungan mengenai manusia dan alam sekitar.
  • Apa yang penting adalah keupayaan dan usaha penganut setiap agama dalam merealisasikan prinsip-prinsip panduan menjadi amalan kehidupan seharian.
  • Hasil dan kesan dari perlakuan manusia pada hari ini akan menentukan kasejahteraan alam pada masa akan datang.
Sekian.

20 comments:

  1. Apa pulak fatwa puaka rimba terhadap tuan guru ini???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok lah dilantik dari golongan lobai...boleh usul jual oksigen untuk menjana pendapatan negara. Apa agaknya kelulusan dan pengetahuan Tuan Man berkenaan Alam Sekitar...takkan isu Global Warming boleh diatasi hanya dengan kebolehannya berdoa panjang.Hihihikikikihahahakahkahkah

      Delete
  2. Artikel ini kalau dibaca oleh Orang Asal Kuala Krai...mahu diludahnya muka Ibnu....Hihihikikikihahahakahkahkah

    ReplyDelete
  3. Kesian, Masih jadi barua DAP lgi.

    Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula.

    Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, dan babi-babi buta tu.. Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat angat ke?? kalau mampuih panggil lah gian eng solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi

    Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..

    DAP macam cicak penyet, kepala terapit pintu, terkepit.
    Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suata bunyi bising penjilat,peluluq juboq tak basuh si kulup gian eng. hi hi hi . tak malu muka tembok pungkok babi..

    ReplyDelete
  4. Agak2 apa jadi bila ulamak memimpin.? Mungkin jual oksigen untuk jana pendapatan?? Rasanya ulamak tak sejahil itu untuk jual oksigen. Mungkin itu fatwa puaka rimba, ulamak jual oksigen untuk jana pendapatan.

    Tapi logik jugak, oksigen untuk tangki skuba dan aquarium.

    ReplyDelete
  5. Usaha Nabi suruh, berdoa panjang pun Nabi suruh. Hebat fatwa puaka rimba, serba tahu.

    ReplyDelete
  6. alam sekitar ada lah sain. this is a joke bila pi conference kat antarabangsa. so everbody stop belajar sain dan teknologi. biar tok guru buat rocket. get real lah. if i am scientist i will not work under peoples. it is so degrading and demotivating.

    ReplyDelete
  7. Apa dia tahu pasal carbon recovery, climate change dll. hancur malaysia. minister is a leader youset the directions and advocate the policies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Climate change???
      Wakakaka.. whats a stupid hoax!
      Mana ada la 'climaxchange', usaha perbodohkan manusia untuk gomen naikkan carbon tax jer propaganda bodoh nih.

      Delete
  8. Ye lah. Apa dia tahu pasal carbon recovery??? Nanti jadi macam mahathir seorang doktor. Hancur malaysia dibuatnya. Atau macam cina kafir dap jadi menteri kewangan hancur ekonomi. Jual aset dan mungkin komisyen setiap jualan 10%. Atau guru bahasa arab jadi menteri agama, meningkat liberal dan sajat.

    ReplyDelete
  9. What is a difference between politicians and scientist. scientists knows thier limits. politicians do not know what is the limit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicians menipu untuk kuasa politik manakala scientists menipu untuk dapat peruntukan konon kajian.
      Kedua group penipu yg bekerjasama antata satu sama lain untuk keuntungan masing2.

      Delete
  10. jangan main pasal kaum atau party. ini pasal negara. do you think malay muslim fm bolih kawal ekonomi negara bila bila wall street jatuh 8%. minyak drop 30%. expected oil jatuh ke usd20 per bbl.oil revenue dan tourism jatuh.airline industry jatuh. flt skg kosong. nobody is visiting asia.
    shukur jika new pm bolih maintain ekomoni skg supaya jgn lebih teruk. you know what poor will suffer fist.siapa tu b40

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. so you pikiaq non malay la boleh buat jika wallstreet jatuh eh?

      Delete
  11. Hope there will be changes. Politicians know their limit. Era baru pakatan nasional.

    ReplyDelete
  12. what changes having bigger cabinet members than previous. First order of biss is wasting tax payer money.If i am an investors that is bad sign. Duit belum masuk wang dah belanja besar.No economics senses. 15 extra post is not cheap. You know they muslim stop paying zakat to majlis ugama and but to go direct to asnaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakatan Yiddin Nasional adalah separoh PeeH(ancing).. jadi baik sikit sbb walaupun jumlah menteri lebih ramai satu atau dua tapi hampir separoh competance manakala menteri2 peeH(ancing) zero menteri competance jadi membazir 100% bayar gaji.

      Note: separoh dari menteri perikatan yiddin nasional yg jelas tak kompetance adalah dari bekas2 menteri peeH(ancing) temasuk yiddin himself.

      Peace

      Delete
  13. Tunggu dan lihat. Prestasi merudum zaman ph. Sejak mahathir jadi pm, malaysia paling teruk di asia.

    ReplyDelete
  14. Satu fitnah to say muslim stop paying zakat to majlis agama.

    ReplyDelete