Amerika Syarikat menduduki angka keenam kadar kematian tinggi dalam negara paling teruk dilanda COVID-19. - Foto Reuters
NEW YORK: Doktor dan jururawat yang menjadi barisan hadapan Amerika Syarikat (AS) mendepani COVID-19, memerlukan lebih banyak pakaian perlindungan diri dan keperluan perubatan bagi merawat jumlah pesakit ramai yang kini melebihi 100,000 orang dengan 1,600 kematian.
Hospital sekitar New York, New Orleans, Detroit dan tempat lain sangat memerlukan tambahan ventilator, mesin oksigen berikutan jumlah pesakit yang menderita masalah pernafasan akibat penyakit berjangkit coronavirus.
Daripada 18,000 kes pada Jumaat, ia melonjak hingga 103,000 orang dalam tempoh satu hari, menjadikan AS paling tinggi jangkitan virus mengatasi China dan Itali.
Pegawai perubatan Hospital dan Pusat Perubatan Brookdale University di Brooklyn, Dr Arabia Mollette mengakui pihaknya bimbang dengan pandemik itu.
"Kami takut. Kami sedaya upaya menyelamatkan pesakit, namun terpaksa berjuang untuk nyawa kami, berikutan kami paling terdedah dengan risiko ini," katanya.
AS menduduki angka keenam kadar kematian tinggi dalam negara paling teruk dilanda COVID-19, dengan mencatatkan 1,632 korban sehingga semalam iaitu rekod kematian harian seramai 370 orang.
Seluruh dunia ketika ini, mencatatkan 593,000 kes dengan 27,198 kematian, seperti dilaporkan Pusat Sumber Johns Hopkins COVID-19.
Semalam, Presiden AS, Donald Trump menggunakan pengaruhnya meminta General Motors Co untuk memulakan pembinaan bangunan ventilator.
Selain itu, AS meluluskan pakej rangsangan ekonomi berjumlah AS$2.2 trilion (RM9.52 trilion) pada Jumaat bagi memulihkan ekonomi dan rakyatnya termasuk menyalurkan bantuan tunai kepada perniagaan, pekerja yang terjejas kerana perintah berkurung. - Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jelas AS pun tidak profesional. Novel Coronavirus terus mengganas di seluruh dunia tanpa sebarang petanda akan berhenti dalam masa terdekat. Virus yang menyebabkan penyakit yang digelar COVID-19 ini telah menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Ketua Pengarahnya menggesa agar dunia perlu melakukan tindakan yang agresif dan taktikal bagi memeranginya.
Namun masih ada nada egois dari sesetengah pemimpin dunia yang seolah-olah memandang enteng ancaman biologikal tersebut. Ironinya para pemimpin yang jahil itu bukan datang dari negara yang kecil anak, apatah lagi dari negara miskin atau mundur.
Tetapi, mereka ini semua para pemimpin negara-negara besar yang popular. Contohnya Presiden AS, Donald Trump dan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro. Mereka berdua ini bagaikan masih bermimpi kononnya COVID-19 itu tidak akan ‘goyang’ negara mereka.
Al'MautaAmerika'Al'MautaIsrael
ReplyDeleteAmiinn!
ReplyDeleteBiarkan ramai americana mampos....hidup nyusahkan islam dan palestin...
ReplyDeleteBaguslah kalau kurang ubatan hospital..
ReplyDeleteBoleh la mana2 yg nanti mahu mencuba perubatan alami berasaskan herbal turut mencuba apa yg diaorang terpikir.
Nasib sabut timbul.
Mudah2an Allah swt memelihara penduduk amarika terutama penduduk asal mereka yg terjajah.