Friday, March 27, 2020

COVID-19: AS No 1 Di Dunia, Cabar Ego Trump & NATO..

COVID-19: Amerika Syarikat kini nombor satu di dunia, dengan lebih 82,000 kes positif
Amerika Syarikat kini mempunyai jumlah kes positif COVID-19 tertinggi di dunia melepasi China dengan 82,404 kes keseluruhan.


BILANGAN kes positif jangkitan COVID-19 di seluruh dunia buat pertama kalinya melepasi angka setengah juta pada Khamis. Ia menyaksikan pertambahan 59,089 kes dalam tempoh 24 jam, berbanding 466,955 kes pada Rabu.

Buat pertama kalinya juga, Amerika Syarikat (AS) mengatasi China dan Itali untuk muncul sebagai negara paling ramai kes positif COVID-19. AS mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes sebanyak 17,119, menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 82,404.


New York, Washington dan California merupakan bandar yang paling terjejas teruk di negara Uncle Sam itu. Angka kematian di Amerika Syarikat pula melepasi paras 1,000 mangsa dengan keseluruhannya sebanyak 1,178 kes.

Menurut statistik Universiti Johns Hopkins, setakat jam 6 pagi waktu Malaysia, China berada di kedudukan kedua dengan 81,782 kes, diikuti Itali 80,589 kes. China setakat Khamis merekodkan dua hari tanpa kes tempatan dan hanya mempunyai pertambahan kes import.

Sementara itu, Itali masih kekal sebagai negara yang mempunyai kes kematian paling tinggi di dunia dengan 8,215 mangsa.

Ini diikuti dengan Sepanyol dengan jumlah 4,154 kes, manakala China 3,169 kes. Secara keseluruhan, jangkitan COVID-19 di seluruh dunia mencapai angka 526,044 kes dengan 23,709 kematian.

Bagaimanapun, terdapat 122,066 kes yang telah sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital. Pandemik COVID-19 kini telah menular di 175 negara setakat ini.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Novel Coronavirus terus mengganas di seluruh dunia tanpa sebarang petanda akan berhenti dalam masa terdekat. Virus yang menyebabkan penyakit yang digelar COVID-19 ini telah menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Ketua Pengarahnya menggesa agar dunia perlu melakukan tindakan yang agresif dan taktikal bagi memeranginya. 

Beliau menyeru agar ujian saringan diperhebat, pengasingan serta rawatan pesakit dipertingkat, malah penjejakan dan kuarantin diperluas untuk mengesan punca jangkitan. Namun masih ada nada egois dari sesetengah pemimpin dunia yang seolah-olah memandang enteng ancaman biologikal tersebut. 

Ironinya para pemimpin yang jahil itu bukan datang dari negara yang kecil anak, apatah lagi dari negara miskin atau mundur. Mereka ini semua para pemimpin negara-negara besar yang popular. Contohnya Presiden AS, Donald Trump dan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro. Mereka berdua ini bagaikan masih bermimpi kononnya COVID-19 itu tidak akan ‘goyang’ negara mereka.


Terbaru, lihat ini..


Bab I 
Bab 2
Bersambung..

4 comments:

Anonymous said...

Di china dalam jangkawaktu dari febuari hingga pertengahan march 2020 telah didapati lebih 21juta pengguna talian telepon mudah telah tertamat tempoh samada yang bersifat prepaid dan postpaid.
Ini menjelaskan kejatuhan mendadak penggunaan talian telefon mudah alih di negara china menurut sumber yang berkait me-monitor tahap dan kadar penggunaan talian mudah alih dan data di serata dunia.
Menurut laporan itu lagi yang disiarkan agensi berita utama dunia termasuk China Insider dan CNA, ianya menunjukkan kadar penurunan yang sangat luarbiasa terutama bilamana sesebuah negara sedang mengalami bencana dimana mendapatkan matlumat terkini melalui kemudahan alatan mudah alih adalah sangat diperlukan.

♡ Secara pikir aku la, ianya berlaku disebabkan samada:
1. Penggunanya sudah tiada duit nak buat topup atau bayar bil dan tempoh grace period 50 hari pun tamat maka nombor tu pun retired la.
2. Handphone dia orang rosak, dan mereka tak boleh repair atau beli baru.
3. Mereka tu telah merasa malas nak guna handphone lalu membiarkan nombor tu di-retiredkan oleh service provider.
4. Terdapat pengurangan jumlah individu disana yg menggunankan jumlah talian lebih dari satu.
5. Pemilik ekaun tersebut sudah tiada lagi samada di china kerana migrate.
6. Pemilik ekaun tersebut sudah tiada lagi didunia ini buat selama2nya.

Peace.

Anonymous said...

KKM jangka tsunami dalam gelombang ketiga Covid-19
Hariz Mohd

Diterbitkan 2 jam lepas
Dikemaskini 9 minit lepas



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan tsunami gelombang ketiga wabak Covid-19 di negara ini berikutan jumlah besar rakyat Malaysia bercuti ke luar negara semasa tempoh cuti sekolah awal bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan kini merupakan sebahagian daripada persediaan menghadapi gelombang ketiga.

"Kami menjalankan PKP ini sebagai persiapan untuk ekspektasi kami, di mana tiga minggu lalu kami fikir akan ada gelombang ketiga, atau apa yang kami panggil tsunami," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, pihak berkuasa kesihatan mendapati ramai rakyat Malaysia meninggalkan negara ini untuk bercuti sepanjang tempoh itu, termasuk ke Jepun dan Korea

Anonymous said...

Cina ada lebih 1 billion penduduk...setakat 21 juta hanye celah gigi aje....

Anonymous said...

Berjuta rakyat China Komunis melarikan diri (bersama virus covid-19) ke pelbagai negara asing termasuk M.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails