Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn menaiki tahta selepas kemangkatan ayahandanya Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober 2016. — Foto AFP
KL: Institusi beraja negara jiran, Thailand menerima tamparan hebat selepas sebilangan rakyatnya mengkritik Raja Maha Vajiralongkorn ketika wabak Covid-19 semakin membimbangkan.
Raja Maha Vajiralongkorn dikritik selepas dikatakan berada di Jerman walaupun negara Gajah Putih itu sedang berdepan krisis Covid-19, lapor Astro AWANI.
Kempen tanda pagar #kenapakitaperluraja turut tular di media sosial dengan digunakan lebih 1.2 juta kali sejak beberapa hari lalu.
Setakat ini, Thailand mencatatkan lebih 700 kes dengan satu kematian akibat Covid-19 sekaligus menyaksikan negara kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Malaysia.
Terdahulu, kerajaan memberi amaran kepada orang ramai agar menghormati sistem monarki negara itu atau berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Raja Maha Vajiralongkorn menaiki takhta pada Mei 2019 selepas kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej yang bersemayam sejak 1950.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebagai amaran kepada pemimpin-pemimpin rakyat yang suka beristirehat di luar negara.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebagai amaran kepada pemimpin-pemimpin rakyat yang suka beristirehat di luar negara.
No comments:
Post a Comment