Sunday, March 08, 2020

“Cuma ‘pemerintah’ sebelum ini cuba menutup kebenaran'. Kes Muhammad Adib


Gambar fail, Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. - Foto Google Image
Harapan baharu bela kematian Adib
ALOR SETAR: Pelantikan Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara memberi harapan baharu buat keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bagi menuntut pembelaan atas kematiannya hampir dua tahun lalu.
Bapa arwah, Mohd Kassim Abdul Hamid, 65, berkata beliau mahu melihat pelaku yang membunuh anaknya ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.
“Selepas Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian arwah adalah akibat perbuatan jenayah, pada 27 September lalu, kami menunggu tindakan lanjut pihak berkuasa tapi sampai sekarang tiada sebarang perkembangan.
“Ia sepi begitu saja, harap polis bersungguh-sungguh menjalankan tugas menangkap suspek.
“Jangan buat seperti yang lepas, apabila dah tukar kerajaan dan Peguam Negara baharu ini, biarlah ada jalan baharu juga untuk keadilan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, di sini petang semalam.
Bapa kepada empat anak ini, berkata beliau tidak berpuas hati selagi penjenayah yang membunuh anaknya tidak diberkas.
Katanya, beliau tidak mahu mendengar pelbagai alasan diberikan sebelum ini seolah-olah mahu menutup kes berkenaan.
“Sebagai ibu bapa, saya dan isteri Asma Aziz, 53, tidak putus berdoa supaya kes arwah anak saya mendapat pembelaan sewajarnya...Saya yakin seluruh rakyat Malaysia juga mengharapkan kebenaran.
“Cuma ‘pemerintah’ sebelum ini cuba menutup kebenaran, rakyat Malaysia tahu perjalanan kes ini. Saya berterima kasih kepada semua yang membantu terutama kepada peguam yang memberikan perkhidmatan percuma kepada keluarga saya.
“Saya difahamkan peguam keluarga saya sedang membawa kes saman terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa ini, ada surat pemberitahuan mengenainya sampai tiga hari lalu, saya juga berharap kes ini akan berjalan lancar,” katanya.
Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN). -(BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sokong pelantikan Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara.. Diharapkan  dapat memberi harapan baharu buat keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bagi menuntut pembelaan atas kematiannya hampir dua tahun lalu.
Sokong, Allahu Akbar!

11 comments:

Anonymous said...

siasat juda LGE dan Mujahid tentang penjualan aset Tabung Haji

Anonymous said...

#kitabaikramaisayang# sama2 kita berdoa pada Allah moga kebenaran akan terungkai.

Unknown said...

Kerajaan baru juga gagal nak bw pelaku dalam kes adib ni...setiap kenderaan samada bomba,polis atau tentera lengkap dgn cctv...kebenaran ada kat sini...takan lah penulis otai pun nak main politik jugak...bumbinglah penulis penulis muda bkn meracun fikiran kami dgn idea kusut politik tuan...ingat mati skit

Anonymous said...

Harap Peguam Negara yang baru tidak melengah2kan lagi kes sepertimana TT dan kerajaan hancing bacin!

Pihak polis dilihat cukup profesional dalam hal ini. Masalah yang dilihat rakyat ianya sangkut di AG Chamber. Ramai peguam2 handalan disana, dikatakan ada seribu lebih, harap ada yang tampil menerangkan apa perkara sebenar yang telah berlaku!



Anonymous said...

Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun.
Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula.

Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat angat ke??
kalaumampuih panggil lah gian eng solat..
hii jijik dan kesiannya.

Anonymous said...

Cakap politik dengan akal fikiran bukan dengan kebodohan makihamun.
Jadilah insan yang baik fikiran

Anonymous said...

Pemikiran penulis blog ini tak boleh di contohi untuk generasi akan datang.

Anonymous said...

pihak polis tak dapat kenal pasti pealaku mungkin malam tu
dalam keadaan kecoh
macam mana nak dakwa

Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil.
Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.
Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa.
Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Anonymous said...

Sama kes macam ltte juga ker. Samar dan tidak jelas. Atau kes reunion komunis. Atau kes jual harta khazanah. Atau kes oktober fest. Atau kes warga cina masuk tapi tak keluar. Semua ni samar. Jadi buang kes!!!

Anonymous said...

Kalau nak bela non muslim, bela juga muslim. Jangan bila kes non muslim, bukti tak jelas. Bila babitkan muslim, bukti jelas. Adil tu bila hak agama diletak pada tempat yg betul. Hak non muslim pun diletak di tempat yg betul. Jangan berat sebelah. Jangan hina pengorbanan dan ayahanda bondanya.

Anonymous said...

Tangkap dan dakwa Mr Tomato Kicap Di mahkamah kerana bersekongkol dengan penjenayah DA-Pigs dan sabotaj kes Adib.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails