Wednesday, March 18, 2020

Eksklusif: Virus Corona Sebenarnya Disebar Tentera Amerika?



INI BUKAN konspirasi. Ini kenyataan Kementerian Luar China yang diterbitkan oleh Zhao Lijian –senada dengan lima pegawai tinggi China yang lain.

Zhao Lijian turut mengkritik keras sikap Amerika yang tidak telus kerana tidak mendedahkan data mengenai pesakit di negara Uncle Sam itu. Beliau menulis:

“Siapa pesakit pertama dan bila ia bermula? Berapa ramai yang dijangkiti? Apakah nama-nama hospital terbabit? Kemungkinan memang tentera AS yang membawa wabak itu ke WuhanTolonglah telus!  Umumkan data anda. Jelaskan kepada kita!”

Malah, apabila Duta China di Washington, Cui Tiankai dipanggil untuk memberi penjelasan kepada Penolong Setiausaha Negara Amerika, David Stilwell, beliau bersikap ‘defensif’  dan tidak menafikan tuduhan Zhao Lijian itu. –bahawa tentera Amerika yang membawa virus Corona ke Wuhan.

Kenyataan pegawai Kementerian Luar China ini boleh didasarkan kepada tiga hakikat:

  • kenyataan Dr. Robert Redfield (Pengarah Center for Disease Control and Prevention), 
  • kehadiran 176 tentera Amerika dalam acara Military World Games di Wuhan pada Oktober 2019, 
  • serta lokasi strategik Wuhan yang merupakan lokasi pembinaan kapal perang yang besar dan produktif di China – sekali gus menjadi tapak peluasan kuasa Beijing mencabar dominasi Amerika di Laut China Selatan.
Dalam siri kenyataan Zhao Lijian yang dibuat dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin itu, beliau menyertakan video Dr. Robert Redfield – video penerangan sama yang dijadikan sandaran oleh ketua beliau, Hua Chunying ketika menegaskan bahawa China sama sekali tidak boleh dikaitkan sebagai punca virus Corona.

Dr. Redfield mendedahkan dalam video itu bahawa sememangnya wujud kes di Amerika yang sah meninggal dunia kerana positif virus Corona, 
sebaliknya ia pada awalnya didiagnosis sebagai influenza.

Pakar Penyakit berjangkit China yang menemui SARS pada 2003 iaitu Zhong Nanshan mengadakan sidang akhbar pada 27 Februari lepas mengatakan bahawa

“jangkitan yang pertama memang terjadi di China, tetapi virus itu tidak semestinya berasal dari China’.
Paling signifikan tentulah sehari selepas sidang media Zhong Nanshan itu iaitu kes pada 28 Februari lepas di mana seorang pesakit di Amerika disahkan positif virus Corona sedangkan beliau tidak pernah melawat mana-mana negara yang dilanda wabak berkenaan mahu pun berinteraksi dengan mana-mana pesakit yang positif dengan virus tersebut. 

Ringkasnya bermakna virus yang agresif itu tidak semestinya berasal dari China. Rakan sejawat Zhao, iaitu Geng Shuang ketika ditanya oleh Reuters sama ada kenyataan Zhao Lijian itu boleh dianggap sebagai pendirian rasmi Kerajaan China dengan mengejutkan membalas bahawa Amerika ‘tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab’ serta ‘Amerika mempunyai pandangan yang berbeza mengenai asal-usul virus Corona’. 

Duta China di Afrika Selatan, Lin Songtian turut menegaskan bahawa virus Corona bukan berasal dari China. Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo sebelum ini merujuk virus Corona sebagai ‘virus Corona China’ atau ‘virus Wuhan’ manakala Penasihat Keselamatan Negara Amerika Robert O’Brien pula mendakwa ketidaksediaan China telah merugikan tempoh dua bulan untuk membendung virus itu.

Untuk rekod, acara Military World Games dianjurkan di Wuhan pada Oktober 2019 dan sememangnya dihadiri sekitar 176 orang tentera Amerika. Wabak virus Corona disahkan pertama kali merebak pada November 2019, iaitu tidak lama selepas berakhirnya acara Military World Games ini.

Wuhan juga ialah lokasi kritikal pembinaan angkatan kapal-kapal perang buat tentera laut China (PLA-N). Wuhan menempatkan syarikat Wuchang Shipbuilding Industry Group yang bertanggungjawab membina kapal-kapal selam untuk tentera laut China serta Naval University of Engineering yang menghasilkan pelbagai teknologi dasar laut buat tentera China.

Pada 2018, Wuchang Shipyard di Hubei, Wuhan juga dikesan menjadi lokasi pemasangan ‘electromagnetic gun’ (railgun) di ‘landing ship’ Haiyang Shan sekali gus menjadikan China negara pertama di dunia yang memasangnya di landing ship. 

Malah, dua kapal Littoral Mission Ship (LMS) Malaysia iaitu KD Keris dan KD Sundang juga dibina oleh Wuchang Shipbuilding di Wuhan dan baru sahaja diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2019 sebelum virus Corona merebak. 

Antara projek utama ketenteraan China yang diunjurkan terjejas dengan wabak virus Corona ini ialah pembinaan kapal pengangkut pesawat China yang ketiga serta pembinaan pesawat-pesawat pejuang yang baru. 

Jiangnan Shipyard yang bertanggungjawab membina kapal pengangkut pesawat China yang ketiga serta Shenyang Aircraft Corporation yang membina pesawat pejuang buat tentera laut dan udara China telah terpaksa menangguhkan sebahagian kerja-kerja pembinaan mereka.

Analisis ‘ancaman’ kekuatan industri pembinaan kapal perang China ke atas dominasi angkatan laut Amerika ini boleh dibaca dengan terperinci dalam karya‘Chinese Naval Shipbuilding: An Ambitious and Uncertain Course’ pada 2017 terbitan Naval Institute Press.

Amerika Syarikat saat ini memiliki 11 kapal  
pengangkut pesawat berkuasa nuklear – tidak termasuk sembilan lagi ‘assault ships’  – yang kesemuanya mampu membawa pesawat F-35B. Hakikat bahawa pesawat F-35B Lightning II Amerika buat pertama kali menyertai latihan ketenteraan Cobra Gold Indo-Pasifik pada Februari lepas seolah-olah memberi isyarat kepada Beijing bahawa mereka masih mendominasi.


Sama ada benar atau tidak dakwaan serius Kementerian Luar China bahawa tentera Amerika yang membawa virus Corona ke Wuhan, apa yang pasti virus berkenaan telah memberi impak negatif ke atas kemajuan tentera China untuk menyaingi armada laut Amerika.
Semoga Allah memelihara kita semua.
Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 16/3/2020

11 comments:

Anonymous said...

Banyak versi la Pak ibnu Hasyim.. ini pun ada jgk yg kata mcm ni..

BUMI YANG TERCINTA (2): TERBONGKARNYA MISTERI CORONAVIRUS (COVID-19)
http://bumiyangtercinta2.blogspot.com/2020/01/terbongkarnya-misteri-novel-coronavirus.html?m=1

Ibnu Hasyim said...

Tq

Anonymous said...

INI Propaganda negara cina. TRUMP kata ini Chinese virus. Mana yg betul. Tak usah pecah kepala.Fakta ia bermula dari wuhan china.

Anonymous said...

Hahahaha...siapa musuh amerika sekarang?....bukan cina?..

Barua penyamun kutip fakta dari tong sampah di wuhan..

Anonymous said...

Blogger bumi penyiasat atau pengutip sampah?..

Anonymous said...

Kerajaan cina nak bunuh rakyat mereka sendiri kununye dgn guna virus...virus ni tak boleh merebak kpd pemerintah cina ker?...blogger ni dah siasat courier mana bawak virus ke china?..

Tak masuk akal langsung...yg dungu jer percaya dgn cerita dongeng..

Kikikikikik..

Anonymous said...

MCA lebih power...pas dan umno bisu..ape komen barua penyamun?...

KPM sudah iktiraf UEC dalam program guru? https://www.ismaweb.net/2020/03/18/11kpm-sudah-iktiraf-uec-dalam-program-guru/

KPM sudah iktiraf UEC dalam program guru?

Mah Hang Soon kotakan janji reformasi dalam isu pendidikan Cina?

Photo of siti hafidah siti hafidah Send an email 18/03/20200 12,610 1 minit anggaran tempoh bacaan

BANGI, 23 Rejab 1441H, Rabu – Ketika negara berdepan dengan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) didapati mengeluarkan iklan pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian bagi calon laluan khas Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

KPM turut mempelawa lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program tersebut.

Program itu dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Dari segi syarat akademik, pemohon hendaklah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta Sejarah.

Sementara itu, bagi syarat tambahan untuk lulusan UEC, pemohon mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML) manakala lulusan SMA atau SMU, pemohon mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga gred kepujian di peringkat SMA atau SMU.

Bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah Bahasa Cina Pendidikan Rendah bagi lulusan UEC.

Dalam tempoh kursus persediaan, calon mesti mengikuti kursus khas dan lulus dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu Komunikasi; Sejarah; dan Pendidikan Moral.

Selain itu, Pendidikan Islam Pendidikan Rendah ditawarkan bagi lulusan SMA atau SMU, di mana dalam tempoh kursus persediaan, calon mesti mengikuti kursus khas dan lulus dalam tiga mata pelajaran berikut iaitu; Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah; Sejarah; dan Pendidikan Syariah Islamiah.

Iklan itu seolah-olah menunjukkan Timbalan Menteri Pendidikan I, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon telah menunaikan janji dengan pertubuhan radikal, Dong Zong dan Jiao Zong dalam isu pendidikan Cina.

Hang Soon yang juga Timbalan Presiden parti perkauman MCA dilaporkan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan KPM dan gabungan itu untuk menggerakkan reformasi pendidikan.

Sebelum ini, manual pengambilan pelajar oleh IPG tidak menyenaraikan butiran mengenai pengambilan lepasan UEC untuk program ijazah perguruan, menyebabkan pertubuhan pendidikan dan parti politik berasaskan Cina tertanya-tanya sama ada kerajaan telah menghentikan program berkenaan.

Sijil UEC tiada kaitan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia, dikelolakan Jawatankuasa Kerja Sekolah-sekolah Menengah Cina (MICSS) dan wakil-wakil dari Dong Jiao Zong.

UEC adalah silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan dan bertentangan dengan Dasar Pendidikan serta Akta Pendidikan 1996.

Anonymous said...

Barua2 penyamun tidak akan berani bukak mulut bila usaha MCA untuk daulatkan UEC berjaya...umno dan Pas sudah lemah...

2 kerusi MCA lebih power dari kerajaan melayu iselam.....

Umno dan pas takut kpd MCA..

Anonymous said...

Hey barua penyamun..

Ade ker kes covid di israel?...mekah kena tutup..

Amerika bawah pengaruh Yahudi...yahudi nak kuasai dunia...

Amerika ada teknologi canggih yg boleh cipta biological weapon..

Logik lah amerika nak lumpuhkan persaingan ketenteraan dan ekonomi china..

Otak Barua penyamun lembap..

Anonymous said...

Satu syarat dapat sokong cina dap utk ph ialah uec. Masnee malik adalah individu yg bawa uec ke kement Pendidikan. Dimulakan oleh ph. Jadi pengkhianatan itu adalah dari ph. Beban yg terpaksa dipikul oleh pn.

Anonymous said...

Tukarlah mentaliti. Berfikir cara islam. Jangan berfikir cara orang kafir berfikir. Tambah ilmu islam, tambah ilmu semasa, dan imbang dengan ilmu islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails