Friday, March 27, 2020

Individualistik COVID 19: 5 Perkara..


Sikap mementingkan diri sendiri (Individualistik)


DARIPADA Anas bin Malik R.A dia berkata:
“Rasulullah S.A.W mengundang orang-orang Ansar untuk diberi bahagian mereka (tanah) di Bahrain, maka di antara mereka ada yang berkata, “Ya Rasulullah, jika anda melakukan hal tersebut kepada kami, maka lakukanlah hal yang sama terhadap saudara-saudara kami orang Quraisy”. Tetapi Baginda S.A.W tidak melakukan hal tersebut lalu Baginda S.A.W bersabda, “Sungguh kalian akan menyaksikan sikap individualistik (mementingkan diri) setelah pemergianku. Bersabarlah hingga kalian bertemu denganku”. [Hadis riwayat Imam Bukhari no. 2377]

Maksud ‘al atsrah’ dalam hadis adalah sikap yang selalu mementingkan diri sendiri dan kerakusan untuk mendapatkan apa yang menjadi hak orang lain untuk kepuasan diri semata-mata.
Hadis di atas mengisahkan sikap setia kawan orang-orang Ansar yang tinggi terhadap sesama Muslim walaupun mereka berhak untuk mendapatkannya. Mereka memang terkenal dengan sikap suka melebihkan orang lain walaupun mereka juga memerlukannya. Allah memuji sifat orang Ansar melalui ayat 9 surah Al-Hasyr;
“Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” (Al-Hashr: 9)

Pengajaran
(i) Setiap orang pasti mempunyai masalah tersendiri yang tidak difahami orang lain. Tetapi apabila sentiasa merasakan dia sahaja yang ada masalah, maka dia hanya akan beri tumpuan pada masalah dia sahaja tanpa ambil peduli orang lain.
(ii) Tidak akan ada manusia yang boleh hidup sendirian. Saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua memerlukan stok makanan di rumah, tetapi jangan sampai menafikan hak orang lain untuk mendapatkannya.
(iii) Termasuk juga dalam kategori pentingkan diri sendiri apabila tidak mengendahkan arahan untuk duduk di rumah supaya tidak menjadi penyambung rantaian virus.
(iv) Seandainya para ‘frontliner’ mementingkan diri, nescaya mereka juga akan memilih untuk berada di rumah dan membiarkan sahaja mereka yang terkena jangkitan melawan virus atau mati (moga dijauhkan). Tetapi mereka terus berusaha dan membahayakan nyawa mereka demi seluruh rakyat dan negara.
(v) Kepayahan dan keperitan yang dilalui bersama akan mendapatkan kemanisan di akhirnya insyaAllah.
Moga kita terpelihara daripada sikap buruk ini.
MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
25 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 25/3/2020


Lihat Ini..
Cina Malaya & Malaysia..  Imbas sejarah. 
CATATAN SANTAI MERLIMAU

E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..

BAB 1
BAB 2
Bab 3
Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

Hiiiiiiiiiii

Ya, kita tahu, masih ada puak jilat juboq gian eng meneruskan hasut..
Tak usah menyamar le, orang kenal mana penjilat juboq kapiaq gian eng.
Kesian, Masih jadi barua DAP lgi.

Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula atau rejam kerana pembelot. Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, dan babi-babi buta tu..

Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat sangat ke?? kalau mampuih panggil lah gian eng solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi
Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..

DAP macam cicak penyet, kering, kepala terapit pintu, terkepit. Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat,peluluq juboq tak basuh si kulup gian eng. hi hi hi . tak malu muka tembok pungkok babi..

Jilat Juboq gian eng.. Jilat Juboq gian eng.. Jilat Juboq gian eng..
Mereka bangga disebut macam tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails