Monday, March 23, 2020

Isu M/Kesihatan&Air Panas, Bukti LKS ‘tak reti bahasa’.




KETIKA  semua manusia yang ada perasaan sedang memerhatikan dengan serius perkembangan keadaan terkini wabak COVID-19 yang melanda negara kita yang tercinta ini, tiba-tiba muncul watak pengacau yang sangat dibenci oleh rakyat Malaysia yang waras di dalam media sosial.
Isunya cukup mudah. Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan mengatakan minum air panas boleh membantu menyahkan virus masuk ke dalam perut yang kemudian akan kalah dengan asid di situ. Kemudiannya saranannya mendapat bantahan dari ramai doktor-doktor.
Selepas itu, ia menjadi tular dan Pak Menteri ditertawakan orang dengan berbagai lawak yang diposkan oleh mereka. Bagi saya yang tidak tahu tentang ilmu perubatan, pada mulanya berfikir, ikut kamulah Menteri, siapa yang suruh cari pasal, buat kenyataan kelakar.
Setelah itu saya membaca satu kenyataan dari Lim Kit Siang yang telah cuba menjadikan isu ini bagaikan satu kesalahan Dr Adham yang sangat serius, sehingga meminta beliau ditukarkan atas alasan negara tidak memerlukan pelawak ketika waktu genting sebegini. Saya terfikir perkara lain.
Dan sebelum itu, saya juga mendapat mesej dari doktor yang mengatakan Dr Adham menjadi bahan lawak oleh doktor-doktor dari ‘satu kaum’ dalam kumpulan aplikasi WhatsApp. Hanya ‘satu kaum’, tiada bangsa lain dalam kumpulan itu yang mempermainkan Dr Adham. Saya mula ragu dan mencari bahan. Ia seperti sokongan kepada LKS supaya Menteri dilihat bodoh, perlu ditukar. Ianya gerakan berkumpulan.
Alhamdulillah, saya menjumpai sedikit perkongsian dari doktor pakar yang lain. Dr Amalina dan Dr Imelda dalam kenyataan mereka, tidaklah sampai menghina apa yang mereka katakan sebagai kesilapan mitos Dr Adham, cuma dakwa mereka tiada bukti saintifik. Seorang rakan saya doktor pakar pun begitu. Dia jelas tidak setuju, tetapi malas komen. Saya cari lagi dan berjumpa komen pakar lain.
Baik, Dr Adham melakukan kesalahan. Saya ambil ini sebagai pegangan. Ia menyalahi WHO. Tetapi ianya tidak memudharatkan kerana saranan beliau hanya minum air suam. Jika kita minum sekalipun, tak akan ada apa-apa terjadi. Hanya virus sahaja yang tak dibuktikan turun ke perut. Tetapi meminum banyak air suam, adalah digalakkan. Itu tiada siapa yang nafikan. Titik.
Tetapi apabila Lim Kit Siang mencadangkan supaya Dr Dzulkefly Ahmad diangkat kembali bagi mengetuai Kementerian Kesihatan, maka mata rakyat yang bijak seharusnya menjadi terbeliak kerana kesalahan Dr Dzul lebih parah. Beliau tidak menyekat pergerakan rakyat ke China yang ketika itu sedang dilanda wabak yang diisytiharkan oleh WHO.
Setelah keputusan diambil Dr Dzul ketika itu tidak mengendahkan dengan pengumuman WHO konon takut panik, adakah beliau sekali lagi dicadang diangkat menjadi Menteri? Kegilaan apakah atas cadangan ini? Apa jasa besar yang Dr Dzul lakukan sehingga kita mesti meletakkan sekali lagi nyawa rakyat Malaysia dalam risiko?
Dapatkah kita membezakan, antara mengajak rakyat minum air suam dan salah menerangkan virus akan terhapus kerana air suam itu, dengan kesalahan menyanggahi WHO bagi menyelamatkan negara dan menuduh pula WHO yang menasihat itu sebagai hanya menyusahkan kerana rakyat panik? Dan, rakyat majoritinya bersetuju tindakan lambat PH dahululah yang menjadikan keadaan kini semakin parah. Mereka mahu rakyat melupakannya.
Jadi jelas, Lim Kit Siang belum puas menari di pentas politik dengan politik jeleknya. Dia pernah berjanji akan meletakkan jawatan jika sekiranya Tun Mahathir tidak menyerahkan jawatan PM kepada Anwar. Nah sekarang, inilah masanya bagi dia bersara dari persada politik Malaysia.
Tidak boleh cara baik, cara jahat dibuatnya. Sedang rakyat berkabung dengan kematian demi kematian, kes demi kes, dia cuba mengangguk di air keruh bagi kepentingan politiknya. Memang dasar kurang ajar, tidak tahu adab berpolitik, dalam keadaan negara perlukan kesatuan, kepercayaan antara satu sama lain, dia kelihatan cuba memecahkan. Sungguh ‘tak reti bahasa’ LKS ini.
Lihatlah semua wahai rakyat, sama ada Melayu, Cina dan India yang cintakan negara, politik penipuan yang dibawakan oleh DAP ini, sebenarnya sudah berakhir. Apa yang mereka mahukan ialah memuaskan kehendak nafsu mereka sahaja, bukan kepentingan negara. Bukan hanya DAP, bahkan PH keseluruhannya.
Buktinya lagi, ketika negara dalam keadaan cemas begini, Ulamak PAN yang sudah sangat lama disimpan dalam peti sejuk, keluar mengemukakan fatwanya, bukan berkenaan isu terkait dengan masalah wabak yang menyerang negara sekarang, tetapi fatwa dosa besar jika mengkhianati amanah Kerajaan Pakatan Harapan. Apa kata anda? Bukankah itu mementingkan diri?
Anwar pula tidak habis-habis melalak-lalak memberitahu dunia yang Tun Mahathir menipu dia. Bak kata P.Ramlee “Kamu kan tahu dia tu penipu, muka dia pun muka penipu. Yang kamu berdua bijak pandai yang boleh kena tipu dengan dia tu, pasal apa? Kamu berdua yang bodoh”. Saya yakin semua bersetuju dengan ayat P. Ramlee ini.
Tetapi dalam episod ini, yang paling menyedihkan ialah ada lagi Melayu-Islam yang cukup dungu, masih mengharapkan kemenangan DAP sekali lagi. Mereka tetap gagah menyokong DAP ini. Gembira sungguh mereka dengan lawak Dr Adham itu, bagaikan menang PRU, bagaikan negara mereka dapat tawan kembali. 
Setia sungguh mereka dengan DAP. Apa yang DAP kutuk, mereka kutuk sama, bagaikan kumpulan koir, berpadu suara mereka bersama-sama mengikut arahan konduktor muzik. Dulu mereka tuduh PAS ambil rasuah RM90 juta. Kemudian ‘kerajaan pintu belakang’, mereka pun ikut kata. Sekarang sudah diam kerana ditegur Tuanku. Tidakkah kamu malu dan mahu berubah?
Berbakul kenyataan lawak Menteri-menteri PH dahulu yang boleh kita arkibkan. Tetapi mereka perasan yang merekalah yang terbaik. Sama seperti isu air suam tadi, tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan kebodohan Menteri-menteri PH akan menyelamatkan Malaysia. Tiada langsung. Apatah lagi peratusan undi popular mereka lebih rendah dari PN.
Cukuplah kita semua berpolitik ala DAP ini. Mereka tahu segala isu yang mahu mereka bangkitkan, tidak lagi akan dilayan oleh rakyat kerana kepercayaan rakyat terhadap pimpinan negara. Maka lama kelamaan jika ini berterusan mereka akan hilang dari radar dan sememangnya mereka mesti dihilangkan kerana tiada keperluan kewujudan mereka ini. 
Maka mereka mesti memusnahkan reputasi Kerajaan PN, bermain politik, walaupun dalam keadaan meruncing begini. Jadi bagi memastikan Malaysia aman tanpa pemecah kesatuan negara, marilah kita menyokong kerajaan sekarang yang berada dalam keadaan yang sangat mencemaskan. Kita bantu pasukan hadapan negara. Jangan dilayan LKS dan pakatannya itu yang menyusahkan negara.
MOHD NASIR ABDULLAH 
23 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 23/3/2020

16 comments:

Anonymous said...

March 23, 2020 at 12:26 PM
Sama. Anak didik 'pelacur politik Mat Sabu.'
Sama-sama pelacur.
Hiiiiiiii

Anonymous said...

Ya. Penjilat ini juga pelacur..

Terbukti ini penjilat-penjilat mereka.. Dah takdak apa nak jilat..
Rupanya masih ada puak jilat juboq gian eng meneruskan hasut..
Tak usah menyamar le, orang kenal mana penjilat juboq kapiaq gian eng.
Kesian, Masih jadi barua DAP lgi.

Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula atau rejam kerana pembelot. Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, dan babi-babi buta tu..

Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat sangat ke?? kalau mampuih panggil lah gian eng solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi
Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..

DAP macam cicak penyet, kering, kepala terapit pintu, terkepit. Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat,peluluq juboq tak basuh si kulup gian eng. hi hi hi . tak malu muka tembok pungkok babi..

Jilat Juboq gian eng.. Jilat Juboq gian eng.. Jilat Juboq gian eng..
Mereka bangga disebut macam tu.

Anonymous said...

Meroyan lah pelacur dan penjilat juboq tak basuh-pengkulup gian end..
Hiiiiiiiiiiiiiiiii

cik minah said...

Teruskan meroyan puak2 jilat juboq tak basuh gian end.
Hiiiiiiiii

Nobody said...

Hahaha, macam biasalah. Delet post. Kalau walaon memang kaki bingai. Biasalah hujah tak ada mencarut je. Lepas tu kena carut balik tak tahan hahahahahaha!!!!

Pondan memang macam tu hahahahahaha!!!!

Bye-bye pondan Ibnu Hasyim!!!

Ingat kau tu dah tua, kubur kata mari rumah kata pergi!!!!

Sampai bila kau nak bersekongkol dengan kaki jual agama???

Sampai bila kau nak memperbodohkan walaon???

Tak apalah mereka memang bodoh pun hhahahahaha!!!!

Delete jelah post-post kami. Semoga kau percaya membodohi mereka yang sebangsa dan seagama dengan kau hahahaha!!! Terutamanya walaon hahaha!!!

Anonymous said...

Belum tentu yg tua mati dulu. Banyak kes org muda mati sebelum tua. Biarlah dikata bodoh kerana bersama ulamak daripada dikata cerdik bersama dap laknatullah. Biarlah dicaci tetapi untuk bersama pelacur yg bermaruah tidak sama sekali.

Dibodohkan oleh ulamak lebih mulia daripada dibodohkan oleh dap laknatullah.

Anonymous said...

Mujur juga dr dzul tak jadi menteri kesihatan lagi. Entah2 apa lagi tindakan gila2 kerajaan ph yg didominasi oleh dap. Lagi pun dr dzul kena ikut perintah dap. Dap kata jangan larang pelancong cina, jangan larang tabligh,

Budak kampung Selatan said...

Tahu pulak dia bodoh ye..dan mengaku pulak diperbodoh..pinjam hujah penulis jap:

Bak kata P.Ramlee “Kamu kan tahu dia tu penipu, muka dia pun muka penipu. Yang kamu berdua bijak pandai yang boleh kena tipu dengan dia tu, pasal apa? Kamu berdua yang bodoh”. Saya yakin semua bersetuju dengan ayat P. Ramlee...

Adoii la korang ni

Budak kampung Selatan said...

Dh la bodo malas pulak membaca

Anonymous said...

Semasa ditemu bual oleh RTM beberapa hari lalu, Adham menjelaskan virus "tidak suka panas" dan ia boleh dinyahkan dari kerongkong untuk dikalahkan apabila memasuki perut berasid.

Ahli parlimen Tenggara di Johor itu berkata demikian dalam rancangan yang membicarakan isu Covid-19.

Kenyataan tersebut mengundang kecaman pelbagai pihak Amalina serta bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Ada benda lebih berfaedah

Kata Lee, virus memang boleh mati tetapi bukan dengan air suam sebaliknya air yang panas. Justeru, kata pakar jantung itu, dengan kaedah menggunakan air panas, pesakit adalah mangsa yang akan terkorban terlebih dulu berbanding virus yang menyerang.

Anonymous said...

Jangan dibodohkan oleh dap.

Anonymous said...

Kat petaling street atau kat tempat yg ramai cina, tak pulak nak patuh kawalan pergerakan. Apa kebal ke. Jangan nyusahkan org dan jangan biasa engkar.

Anonymous said...

Kit Siang sepatutnya telah memenuhi janjinya untuk bersara dari politik jika Dr Mahathir tidak menyerah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim. Satu dunia sudah tahu Mahathir meletak jawatan tanpa membuat peralihan kepimpinan kepada Anwar seperti yang dijanjikan.

Malangnya Kit Siang seperti Mahathir tidak mungkin melaksanakan janjinya. Kini supremo DAP ini tampil pula menyarankan Kerajaan meminjam sementara mantan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad bagi membantu usaha mencegah Covid-19.

Dalam sidang akhbar tersebut kelihatan Dr Dzulkefly sendiri hadir dan tersengih-sengih gembira.
Malah tidak boleh melupakan kenyataan Dr Dzulkefly yang memandang remeh peringatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada awal Februari 2020,

Taliban Gunong Semanggol said...

Kami penyokong tindakan adminn yg menghapuskan komen-komen yg penuh kelucahan melampau oleh kumpulan Puaka dan seangkatannya. #BiaDAP.

Anonymous said...

Cadang biarkan, supaya kenal yg berakhlaq dengan tidak berakhlaq.

Anonymous said...

Yg tak berakhlak
yg komen merapu tak de fakta pon..myg bongok dungu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails