Mikaela Spielberg (kiri) berkata bapanya Steven Spielberg menyokong keputusannya menyertai bidang pornografi. — Foto ihsan Instagram/vandal_princess dan AFP
HALAMAN HIBURAN
Sering diejek berat badan, anak Steven Spielberg nekad jadi pelakon lucah
ANAK pengarah filem terkenal Hollywood, Steven Spielberg mengumumkan menyertai dunia perfileman lucah dan berminat untuk menjadi penari erotik.
Mikaela Spielberg, anak angkat kepada Steven dan isteri Kate Capshaw, berkata dia sudah mula menghasilkan video pertama dan berhasrat untuk bekerja di kelab tarian bogel, lapor The Sun.
Gadis berumur 23 tahun itu memilih kerjaya berkenaan selepas berdepan dengan ejekan berat badan (body shaming) selama bertahun-tahun.
“Saya penat kerana tidak mampu buat yang terbaik untuk badan saya, dan jujurnya saya sangat letih apabila diberitahu supaya membenci badan sendiri.
“Saya juga letih bekerja setiap hari tetapi tidak memberi kepuasan jiwa.
“Dengan kerja (baru) ini, saya mampu ‘memuaskan’ orang lain, dan saya rasa itu bagus kerana ia tidak membuatkan saya rasa teraniaya,” katanya dalam wawancara dengan media Amerika Syarikat (AS) itu.
Mikaela berharap kerjaya baru akan membuatkannya menjadi lebih berdikari dan tidak bergantung harap kepada kewangan ibu bapanya sebagai selebriti.
Dikritik umum kerana mencemarkan imej bapanya, Mikaela bagaimanapun berkata keputusannya itu disokong oleh kedua-dua orang tuanya.
Mikaela menjadi anak angkat pengarah filem ‘Jurassic Park’ pada 1996 dan mempunyai enam adik beradik termasuk Jessica Capshaw, Max Samuel Spielberg, Theo Spielberg, Sasha Rebecca Spielberg dan Sawyer Avery Spielberg, serta Destry Allyn Spielberg.
Dilimpahi kemewahan ketika kecil, beliau mengakui bergelut dengan beberapa kejadian trauma sebelum ini termasuk keganasan seksual, sakit mental dan masalah alkohol.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah cara fikir dan cara hidup barat yang bebas dari kehidupan bertamaddun dan beragama. Orang beriman sepatutnya kekal dengan cara hidup Islam walau di manapun mereka berada.
Allahu Akbar.L
Allahu Akbar.L
Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
Wow!!!berkat lobai jadi Menteri petrol Turun!
ReplyDeleteAmalan itu berkadar dengan ilmu. Kerana itu rakyat menentang mike sabu sebagai menteri pertahanan. Folio ini penting. Berkaitan dengan keselamatan negara. Rakyat hilang keyakinan akan keberhasilan folio ini, memandangkan pendidikan menterinya di bawah par.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAamiiin. Ahli yg lain jemput keluar parti pkr dan pan. Dulu anuar janji, hari ini jadi kerajaan, esok harga minyak turun. Rupa2nya anuar yg turun.
ReplyDeleteKita sokong gabungan baru. Baru seminggu udah buat perubahan harga minyak. Peguam negara pun udah baru. Kita harap banyak lagi perubahan yg menguntungkan.
ReplyDeletePkr dan pan dedalu yang berpaut di pohon dap. Dap gemuk mereka gemuk. Dap layu mereka layu. Dap tumpor, mereka tumpor.
ReplyDeleteDulu tuan2 marah mahathir lantik bukan islam jadi peguam negara, sekarang peguam negara dah pun orang islam. Dulu tuan2 marah menteri kewangan lantikan mahathir, sekarang menteri itu sedang kemas bilik. Dulu tuan2 marah bendera malaysia bintang lima bucu, sekarang adakah mereka akan buat juga lima bucu. Dulu tuan2 marah menteri pertahanan tak habis ngaji, sekarang ketua turus tentera tidak lagi bermenterikan menteri yg pandai guna senjata dapur. Dua tuan2 marah pergolakan sebab gila kuasa, sekarang mereka dah low profil dan imej negara sedang pulih.
ReplyDeleteTinggalkan dark vader pkr dan pan serta the emperor dap. Kembali merealisasikan hak perlembagaan.
KENAPA SUKAR SANGAT WUJUDKAN KABINET WALAUPUN TANPA DAP?
ReplyDeleteKami dulu ada DAP dalam gabungan kami, tapi tetap aman tenteram dan dapat wujudkan barisan kabinet dengan pantas.
Dalam parti 'Pengkhianat Negara" (PN), tiada DAP kononnya DAP tu komunis, kononnya PN tu kerajaan Melayu Islam, tapi sampai sekarang Kabinetnya hanya ada sekor PM. Sebab apa? Sebab masing-masing berebut nak jadi menteri. Buat malu Melayu dan Islam je. Pak lebai pun bukan main lagi, tersingkap jubah dan serban bila berdepan dengan jawatan.
Kerajaan tak berkat memang Allah sempitkan jalan. Percayalah, kerajaan pengkhianat ini akan tumbang bila- bila masa saja.
Kalau tak berebut jawatan antara pengerusi bersatu dengan presiden pkr, mungkin ph masih memerintah. Pkr, pan dan dap mahukan presiden pkr jadi pm, tapi pengerusi bersatu tak mahu tunai janji. Sudahnya kerana rakyat, Agong buat keputusan yang terbaik, menolak krisis perebutan.
ReplyDeleteDalam ph semua tunduk pada guan eng dan bapanya. Tapi bila bersatu mula tolak guan eng, kelam kabut ph. Jangka hayat pun jadi pendek.
ReplyDelete