Wednesday, March 11, 2020

Kisah Ronaldinho yang tinggal RM27 di poket



BEKAS bintang bola sepak dunia, Ronaldinho ketika ini pasrah menerima hukuman penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah menggunakan pasport palsu.
Musibah terbaru ini menambah derita Ronaldinho yang satu ketika dahulu sangat berjaya tetapi kini dibebani dengan masalah kewangan dan muflis.
Difahamkan putaran hidupnya berubah apabila Ronaldinho kembali ke Brazil selepas mengakhiri karier panjang di Eropah.
Selepas khidmatnya berakhir di AC Milan pada Januari 2011, pemain yang dikenali dengan barisan gigi depannya yang unik itu pulang ke Brazil untuk beraksi bersama Flamengo.
Selain mendapat gaji 100,000 pound sterling (RM540,000) seminggu, dia juga masih memperoleh pendapatan menerusi tajaan iklan seperti CocaCola, EA Sports, Gatorade, Nike dan Pepsi.
Jika digabung secara keseluruhannya kontraknya itu, pendapatan Ronaldinho boleh menghampiri 100 juta pound sterling (RM540 juta).
Nasibnya mula berubah pada 2012 apabila Flamengo tidak mampu membayar penuh gajinya dan memutuskan untuk memotong gaji pemain itu.
Daripada dibayar 100,000 pound sterling, ia menurun menjadi 24 ribu pound sterling (RM131,000) seminggu sekali gus Ronaldinho berasakan ia tidak mencukupi untuk membiayai kehidupannya.
Dia kemudian berhijrah ke kelab Atletico Mineiro, Queretaro dan Fluminense. Selepas itu, kontrak lumayan menerusi tajaan iklan tidak lagi disambung.
Ketika pendapatannya terus merosot, Ronaldinho masih mengamalkan gaya hidup yang tinggi sekali gus menyaksikannya berdepan masalah kewangan yang serius.
Dia terpaksa menggadaikan beberapa aset peribadi untuk membayar kesemua hutang dan baki yang tinggal dipoketnya difahamkan hanya sekitar 5 pound sterling (RM27). (Agensi)

3 comments:

Anonymous said...

Ketua2 parti pandapigs katanya dah mula merangkak pergi jumpa tunkutty konon pasal tunkutty tak turun pergi dalam progrem siri ceramah 'Kencing 2.0',
Ya la.. maklumlah pandapigs yg diketuain matsyabu & kalidgereja lah yg paling lantang mintak tun bagi tarikh letak jawatan sebelum tu. Rela jadi pembangkang woo kalu tun tak letak.. woo. Sekarang nih byk nak kena pikir nak maintain opis2 yg bercambah diseluruh pelusuk daerah, nak bayar gaji macai2, nak beli g-string dan lain2 lagi.
Anuwar alju** mana nak kisah sgt, private jet pun ada, dan harta yg lain munkin jimin tahu.
Dapigs pula sitokey terowong munkin boleh tolong.. takkan dah habis untung niaga dokumen fotostat konon kajian trowong yg dibayar beratus juta ringgit.
Dan oh ya.. broker2 projek yg sekarang dah sangkut yg ditanggung ternak oleh tokey2 projek tu mcm mana yer?

Dan ini ada aku dengar kat warung2 geng2 penjilat dapigs berkata yg limpigstokong dah pegang pen nak sain dokumen batal bayaran balik pptn, dan dah nak umum harga minyak 50sen seliter serta br1m yg tukar jadi basah tu nak dinaikan pada jumlah rm5,000.00 seorang. Tapi tak dapat la nak buat sebab nak sains jer tiba2 tun letak jawatan pm.
Aduhai kuatnya mabuk kencingan dapigs geng2 pandapigs nih.

Anonymous said...

Tak usah fitnah lah anwar adan private jet...

Anonymous said...

Muadakat Nasional atau Menipu Nasional?

Muafakat Nasional tolak kerajaan pintu belakang, walau 'luas terbuka'
Haspaizi Zain, Kow Gah Chie

6 Dec 2019, 11:57 am
Dikemaskini 3 bulan lepas

Umno menegaskan parti itu tidak impikan perubahan kerajaan melalui "pintu belakang" walaupun peluang untuk berbuat demikian terbuka luas.

Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata melalui Muafakat Nasional mereka ingin membentuk kerajaan melalui "pintu depan" selaras dengan prinsip demokrasi.

"Melalui Muafakat Nasional, kita tidak impikan perubahan kerajaan melalui pintu belakang yang terbuka luas.

“Walaupun ketika ini pintu depan dan pintu belakang terbuka, kita tetap memilih pintu hadapan.


"Kita akan bina kerajaan sendiri mengikut lunas-lunas demokrasi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sementara kita bersiap menunggu PRU ke-15, banyak perkara perlu kita selaraskan dalam Muafakat Nasional, Insya-Allah," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2019 di PWTC, hari ini.

Kontroversi mengenai kerajaan "pintu belakang" tercetus apabila timbulnya khabar angin berkenaan komplot belakang tabir antara beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dengan bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein.

Menurut laporan Malaysiakini yang memetik sumber, rancangan itu bertujuan menubuhkan kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah dan menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim daripada menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Sekretariat PH dalam satu kenyataan turut membangkitkan dakwaan itu. Hishammuddin bagaimanapun menafikannya dengan berkata beliau tiada pengaruh untuk melakukan perkara seperti itu.

Pada 27 Oktober lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak berminat dengan langkah itu dan Umno sedia mengambil alih kerajaan menerusi pilihan raya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails