Wednesday, March 04, 2020

K/Siang, LGE, Anwar Elok Bersara. -Exco Armada Bersatu.

DAP - Dari sisi pandangan saya sebagai pemuda Bersatu
Mohd Fahim dakwa gaya politik pemimpin tertinggi DAP langsung tidak cuba memahami psikologi politik Melayu. Gambar BERNAMA
DAP - Dari sisi pandangan saya sebagai pemuda Bersatu.
Mohd Fahim Mohd Farid Exco Armada Bersatu Nasional
Diterbitkan pada Mac 04, 2020 12:26 MYT

Peristiwa 'Langkah Sheraton' minggu lalu menjadi titik hitam sejarah kerajaan Pakatan Harapan (PH). 

Ia menjadi tinta yang kekal dalam lipatan sejarah politik tanah air apabila PH yang telah berjaya menjadi kerajaan dengan menjatuhkan sebuah kerajaan yang memerintah sejak 61 tahun negara ini merdeka, kembali menjadi pembangkang tak sampai sepenggal.

Padan dengan muka.



Nak lepaskan diri, kita boleh saja salahkan musuh. Menyalahkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atau Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah benda yang sangat enteng. Tak perlu buat kajian mendalam pun. Tapi betulkah semua ini salah mereka saja?

Sebagai anak muda di dalam Bersatu, saya melihat sesuatu keadaan secara objektif, kami tak mahu pikul beban sejarah politik lampau. Kami ‘straight forward’. Kalau betul, betullah. Kalau salah, salahlah. Apa nak pusing-pusing?

Saya ambil nasihat Tun (Dr Mahathir Mohamad). Kalau kita nak maju, jangan sibuk salahkan orang lain. Usaha dan baikilah diri sendiri.

Saya percaya, 90 peratus kesilapan atau kesalahan hingga membawa kejatuhan kerajaan PH adalah kesilapan PH sendiri.

Dalam PH, DAP antara parti kedua dominan daripada segi jumlah kerusi  dengan bilangan 42 Ahli Parlimen. DAP adalah pembawa obor politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bukan rahsia. Semua orang tahu.

Saya mengenali DAP baru saja lagi. Taklah kenal sangat. Tetapi dengan melihat gelagat sesetengah pemimpin DAP semenjak menjadi kerajaan, membuatkan saya sebagai anak muda menjadi semakin muak.

Gaya politik pemimpin tertinggi DAP langsung tidak cuba memahami psikologi politik Melayu. Mereka hanya tahu Anwar PM (Perdana Menteri), Anwar PM dan  Anwar PM, sedangkan semua tahu, Anwar tak cukup majoriti. Azmin sendiri pun dia tak dapat kawal.

Berbalik kepada DAP. Pemimpin-pemimpin muda dalam DAP seperti Mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong; Mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh; Menteri Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin; Exco Perak, Howard Lee Chuan How; Mantan Exco Johor Sheikh Omar Ali; ADUN Ketari, Young Syefura Othman atau Rara dan setiausaha politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan, adalah antara tokoh muda yang mempunyai karektor politik yang profesional, sederhana dan beridealisme.
Mereka ini adalah model kepimpinan baharu DAP. Tetapi, kebolehan dan ketokohan pemimpin-pemimpin muda DAP ini dirosakkan oleh sikap politik orang-orang lama dan pemimpin utama DAP yang sombong, bongkak, angkuh dan rasis. Kesombongan taiko-taiko DAP inilah menjadi duri dalam daging kerajaan PH. 

Kakitangan kerajaan mengadu dengan sikap bongkak 'taiko-taiko' DAP ini. Lagak ini dibawa hingga ke mesyuarat PH termasuk di peringkat Majlis Presiden. Di dalam kepala taiko-taiko DAP ini hanya mahu Anwar jadi PM. Tak ada benda lain yang mereka mahu.

Hinggalah ke suatu tahap, dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, beberapa orang taiko-taiko DAP ini bersikap sangat keras dengan Tun. Kesabaran Tun M ada hadnya. Taiko-taiko DAP ini bila membuka mulut, tiada benda lain, hanya bercakap untuk memastikan Anwar ditabalkan menjadi PM seberapa segera. Seolah-olah inilah perkara paling utama dalam agenda PH sebagai kerajaan. 

Tapi depan rakyat, pandai beretorik nak fokus ekonomi rakyat. Sikap, lagak dan gaya politik angkuh taiko DAP inilah menjadi punca krisis hingga membawa kejatuhan kerajaan PH. Inilah yang menimbulkan kebencian Tan Sri Muhyiddin Yassin hingga bertindak luar batas apabila membawa keluar Bersatu daripada PH. 

Lepas tu pakat beramai-ramai mengutuk Tan Sri sebagai pengkhianat. Siapa sebenarnya pengkhianat Taiko-taiko DAP inilah pengkhianat, merekalah pengkhianat Tun, hingga Tun naik ‘fed up’, hingga Tun dan Tan Sri (Muhyiddin Yassin) berselisih faham. Merekalah pengkhianat kepada kerajaan PH. Sokong membawa rebah. 

Paling sedih, merekalah yang merosakkan masa depan pemimpin-pemimpin muda dalam DAP. Kerana merekalah barisan pemimpin muda DAP yang penuh berbakat ini, hilang kerja.

Saya orang muda, saya sayang tokoh-tokoh muda dalam DAP, Amanah, PKR dan parti saya, Bersatu. Bagi saya, perkara paling sedih adalah melihat kelamnya masa depan pemimpin muda ini. Ia dirosakkan oleh nafsu gila pemimpin lama.

Saya berharap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dapat pegang pada janji untuk tidak beri ruang kepada pemimpin tua yang tidak bersih. Saya rayu, janganlah rosakkan usaha kami anak-anak muda, sebaliknya berilah ruang kepada pemimpin muda yang terbukti profesional daripada pelbagai parti untuk membantu Tan Sri memajukan dan memakmurkan ekonomi dan negara kita.

Selamatkan pemimpin muda dan pelapis kita, tinggalkan taiko-taiko DAP yang masih tak sedar diri itu. Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim, seeloknya bersaralah dari politik, anda sudah berjasa, luangkan masa dengan cucu anda. Masa anda sudah berlalu. Berilah ruang kepada bakat baru untuk memimpin.

* Mohd Fahim Mohd Farid merupakan Exco Armada Bersatu Nasional.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan Astro AWANI.

2 comments:

Anonymous said...

Sebuah RCI perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes rasuah banglo murah LGE. Kesemua yang terlibat dari pihak SPRM, Peguam Negara, Pendakwaraya, Hakim dan sebaginya perlu disiasat secara keseluruhan!

Ianya mestilah transparent kerana adalah tidak masuk akal kes yang sedang berjalan, secara tiba2 tanpa guruh tanpa ribut tanpa hujan diHENTIkan bergitu sahaja.

Kepada rakyat kompleksiti kes ini mempunyai persamaan dengan kes Khir Toyo.

Diharap TSMY dapat prioritizekan kes ini. Ia sedikit sebanyak dapat mengendurkan kegelisahan rakyat teramai!

Anonymous said...

Pemimpin Tua dan pemimpin muda parti kafir harbi DA-Pigs adalah Sama sahaja kerana mereka bersikap rasis dan anti-Islam. Hanya orang bodoh berlapis-lapis sahaja percaya pada mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails