Saturday, March 28, 2020

Mengunidi Calon Non Muslim (DAP), Apa Kata Ulama..


Undi Calon Non Muslim Dalam P'raya. Apa Kata Ulama?

Lantik Pemimpin Non Muslim..

I. Haram:
  • Al-Qadhi ‘Iyadh, Ibnu Munzir dan Ibnu Hazm menyatakan bahawa para ulama sepakat bahawa kepemimpinan tidak boleh diserahkan kepada orang kafir (Syarh Shahih Muslim: 6/315; Ahkam Ahl al-Dzimmah: 2/787; Maratib al-Ijma’: 208).
  • Al-Jassas sewaktu menafsirkan ayat 28 Surah Ali ‘Imran berpendapat ayat ini menjadi dalil pengharaman meminta bantuan bukan Muslim dan mempercayai mereka, dan mereka tidak berhak memperoleh kekuasaan (wilayah) ke atas orang Muslim, dan Ahlu Dzimmah tidak boleh memegang jawatan dalam pengurusan harta dan kekuasaan (Ahkam al-Qur’an: 3/280).
  • Ibn Nujaim al-Hanafi sewaktu membahaskan soal syarat pemilihan ‘amil zakat berpendapat hendaklah seorang Muslim, kerana bukan Muslim tidak mempunyai kuasa ke atas orang Muslim, dan beliau juga berpandangan amalan memberikan sebahagian jawatan kepada orang Yahudi pada zaman beliau adalah haram (Al-Bahr ar-Ra’iq Syarh Kanz al-Daqa’iq: 2/248).
II. Harus: 
  • Menurut Ibnu Hajar al-Haitami, adalah harus mengangkat orang bukan Muslim untuk suatu jawatan jika adanya maslahah padanya, dan jika jawatan tersebut tidak mampu dipikul mana-mana orang Islam, atau orang Islam mempunyai sifat khianat dan yang bukan Islam tidak mempunyai sifat tersebut. Namun, pihak yang mengangkatnya ke jawatan tersebut perlu mengawal selia (muraqabah) dan mampu mencegahnya daripada melakukan sebarang kemudaratan terhadap orang Islam (Tuhfah al-Muhtaj ma’a Hashiyah al-Syarwini, 9/73).
  • Imam ar-Ramli mengharuskan kerjasama dengan orang bukan Islam apabila mereka tidak berniat khianat terhadap orang Islam dan terdapat keperluan ke arahnya (Nihayah al-Muhtaj: 8/62). Imam Khatib as-Syarbini juga menyatakan keharusan kerjasama dengan bukan Islam jika ada keperluan (Mughni al-Muhtaj: 5/407).
  • Sementara Ibnul ‘Arabiy pula menyatakan bahawa jika (pada pelantikan non-Muslim sebagai pemimpin) mempunyai faedah yang muhaqqaqah, maka tidak mengapa (yakni harus melantik bukan Muslim sebagai pemimpin) (Ahkam al-Qur’an: 1/351).
  • Imam Fakhruddin Ar-Razi dalam Tafsir Mafatihul Ghaib, ketika menafsirkan ayat 28 Surah Ali ‘Imran di atas berpandangan bahawa larangan yang dimaksudkan adalah menjadikan non-Muslim pemimpin mutlak tanpa ada orang Islam yang sama-sama memimpin (Tafsir al-Kabir: 8/192).
  • Menurut Ibn Sa’ad al-Hanbali, antara maksud keadaan dharurah yang dibenarkan melantik bukan Muslim sebagai pemimpin ialah dalam keadaan mereka adalah majoriti, dan disyaratkan mereka itu mempunyai pandangan yang baik terhadap orang Islam, dan mereka dalam kalangan yang boleh dipercayai (Mathalib Uli al-Nuha fi Syarh Ghayah al-Muntaha: 2/532).
  • Menurut Muhammad ibn Ahmad Al-Saffarini al-Hanbali, sebahagian ulama’ mazhab Hanbali memakruhkan penyerahan urusan orang Islam kepada yang bukan Islam seperti kutipan cukai tanah dan pembahagian ghanimah kecuali kerana dharurat (Ghaza’ al-Albab: 2/15).
III. Pandangan Para Ulama Kontemporari 
Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Menurut beliau, golongan bukan Islam mempunyai hak untuk menjawat jawatan-jawatan negara kecuali jawatan-jawatan yang lebih dominan unsur keagamaan seperti ketua negara, panglima tentera, penghakiman antara orang Islam dan pengurusan zakat. Adapun jawatan-jawatan selainnya maka harus bukan Muslim menjawatnya jika syarat-syarat kompetensi, amanah dan kesetiaan kepada negara dipenuhi. 

Bahkan beliau turut berpandangan bahawa tiada masalah untuk melantik bukan Muslim sebagai salah seorang timbalan Presiden sesebuah negara, khasnya jika bukan Muslim membentuk jumlah komposisi penduduk yang besar, seperti Sudan. Rujuk Ghayr al-Muslimin fi al-Mujtama’ al-Islami (hlmn 23-24).

Non-Muslim berhak menyumbang suara dan pandangan mereka pada perkara yang tiada nas yang muhkam atau nas yang ada bersifat zhanniy dilalah dan tsubut. Mereka berhak mempunyai perwakilan dalam dewan perwakilan dan kerajaan selagi mana bilangan wakil Musim melebihi wakil bukan Muslim. 

Bagi beliau, prinsip لهم ما لنا وعليهم ما علينا  terpakai dalam keadaan ini, dimana Muslim dan bukan Muslim berkongsi hak dan perlindungan yang sama, dan tertakluk kepada undang-undang yang sama (kecuali dalam kes-kes tertentu).

Beliau juga menyatakan bahawa sepanjang sejarah, orang bukan Muslim telah banyak memegang jawatan-jawatan penting dalam negara Islam, dan tiada seorang ulama’ pun yang mengingkari hal ini. Adapun ayat-ayat al-Qur’an yang melarang muwalah terhadap orang bukan Islam, ia khusus kepada mereka yang mempunyai permusuhan terhadap agama Islam dan penganutnya, bukan semata-mata kerana berbeza agama. Rujuk Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam (hlmn 195-197).

IV. Syeikh Wahbah az-Zuhaily

Sewaktu mentafsirkan ayat 28 Surah Ali ‘Imran di atas, beliau menegaskan bahawa tahaluf (kerjasama), kesepakatan, memberi kepercayaan pada perkara-perkara tertentu bersama bukan Muslim adalah diharuskan, selagi mana mereka bukan dalam kalangan yang memusuhi agama Islam dan kaum Muslimin. Rujuk Al-Tafsir al-Munir (3/202-203)
V. Syeikh Rashid Ghannouchi

Menurut beliau, seluruh rakyat dalam negara Islam berhak untuk menjawat semua jawatan umum dalam pentadbiran negara kecuali sebagai Imam dan ketua tentera kerana kedua-duanya berkait rapat dengan tugas menegakkan agama. Ini sebagaimana yang diistilahkan oleh Al-Mawardi yang mengkelaskan wizarah kepada dua iaitu tafwidh yang menggagaskan dasar (Perdana Menteri) atau tanfiz yang melaksanakan dasar (Jemaah Menteri) Rujuk Huquq al-Muwathanah: Huquq Ghayr al-Muslim fi al-Mujtama’ al-Islami(hlmn 79).

VI. Pandangan Terpilih 
Dari Mufti W/Persekutuan.
Hasil carian imej untuk mufti wilayah persekutuan dr zulkifli

Sila lihat: BAYAN LINNAS SIRI KE- 129, MENGUNDI CALON BUKAN MUSLIM DALAM PILIHANRAYA. Oleh Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan. Dimuatnaik, diterbitkan 11 April 2018.
Jawatan SekarangMenteri Hal Ehwal Agama Malaysia dari 2020.

Menurut beliau..

Setelah meneliti dalil dan pandangan para ulama’ yang dikemukakan di atas, kami berpandangan hukum mengundi non-Muslim dalam pilihanraya dan melantik mereka sebagai pemimpin (kecuali pimpinan tertinggi) adalah harus berdasarkan kepada alasan berikut:

1. Wakil rakyat bukan ketua/imam

Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah menulis:
“Sesungguhnya al-niyabah (perwakilan) merupakan wakil kepada sebahagian orang ramai dalam kawasan tertentu, ia tidak dianggap dalam bab al-imarah (kepimpinan) dan al-wilayah (kekuasaan) yang dilarang dalam hadith daripada memintanya. Seorang wakil (rakyat) bukannya ketua, menteri atau gabenor, tetapi dia sekadar mewakili kawasannya dalam dewan yang berfungsi untuk menegur kepimpinan, penguasa dan para menteri. Oleh itu, dia menegur bukannya yang ditegur.” Rujuk Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam (hlmn 194)

Kuasa seorang wakil rakyat di Malaysia adalah terhad dan terbatas, dikawal dan terikat dengan undang-undang serta perlembagaan negara. Jika suatu perkara itu menyentuh sebarang urusan yang berkaitan dengan agama Islam, ia perlu melepasi dan mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja.

Sistem pengundian di Malaysia juga tidak memestikan seorang wakil rakyat itu memperoleh sebarang kuasa. Jika calon tersebut menang sekalipun, penggubalan dan penetapan dasar tidak terletak pada seorang individu semata-mata, tapi ditetapkan menerusi konsensus atau kehendak majoriti sesebuah dewan yang terbentuk melalui sesebuah parti atau gabungan yang mempunyai dasar tersendiri.

Wakil rakyat yang mewakili Parlimen atau DUN juga bukanlah ketua dalam erti kata sebenar, kerana peranan sebenar mereka adalah membawa suara rakyat ke dan menyuarakan isi hati dan keluhan mereka. Mereka wajib berkhidmat kepada rakyat yang telah memilih mereka. 

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
سَيِّدَ الْقَوْمِ خَادِمُهُمْ
Maksudnya: "Pemimpin suatu masyarakat itu merupakan khadam bagi mereka." Disebut oleh Abu Abdul Rahman as-Sulami dalam kitabnya Adab as-Suhbah (117, 1/89)

2. Wakil rakyat tidak berkuasa menentukan dasar secara sendirian

Pada zaman dahulu, raja-raja berkuasa mutlak dan boleh bertindak sesuka hati tanpa ada kuasa lain yang boleh menghalang. Pada zaman sekarang, doktrin pengasingan kuasa (separation of power) yang diamalkan dalam sistem demokrasi mampu mencegah mana-mana pihak daripada menyalahgunakan kuasa atau melakukan perkara yang melangkaui bidang kuasa yang ditetapkan.

Pada peringkat persekutuan, kuasa legislatif (Parlimen), kuasa eksekutif (Jemaah Menteri) dan kuasa kehakiman (mahkamah) akan saling menyemak-imbang (check and balance) antara satu sama lain demi memastikan tiada salah guna kuasa berlaku.

Selain itu, Yang Dipertuan Agong, Sultan dan Yang Dipertua bagi setiap negeri juga bertanggungjawab memastikan kedaulatan dan kemuliaan agama Islam sentiasa dipelihara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri. Justeru, kebimbangan melantik non-Muslim sebagai pemimpin akan menggugat kedudukan agama Islam adalah tertolak kerana ia sebenarnya telah dijamin Perlembagaan, dan ia tidak boleh dipinda melainkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

3. Kontrak sosial Muslim dan non-Muslim

Perlembagaan Persekutuan melalui artikel 8 telah memberikan hak yang sama rata kepada seluruh warganegara untuk perlindungan daripada sebarang diskriminasi berasaskan agama, ras dan jantina dari sudut undang-undang.

Perlembagaan Persekutuan boleh diibaratkan seperti Piagam Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w bersama-sama kaum Muslimin dan orang Yahudi di Madinah untuk hidup aman dibawah panji keadilan dan kesaksamaan. Sebagai orang Islam, kewajipan menepati dan mempertahankan perjanjian ini tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.. 

Sebagaimana firman Allah SWT:
وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللَّـهِ إِذَا عَاهَدتُّمْ وَلَا تَنقُضُوا الْأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا
Maksudnya: “Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah)”. (Surah an-Nahl: 91)

Kontrak sosial ini merangkumi penghormatan warga non-Muslim terhadap Islam sebagai agama Persekutuan, manakala sebagai imbalannya warga Muslim perlu memberi hak kepada warga non-Muslim untuk menikmati hak yang sama sebagai seorang warganegara, antara lainnya ialah untuk bertanding dan menempati posisi ahli Parlimen, DUN dan menteri kabinet.

Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Maidah : 8)

Keadilan dalam konteks ini termasuk juga memberi hak kepada mereka untuk mempunyai perwakilan di Parlimen dan DUN, terutamanya di kawasan-kawasan majoriti bukan Muslim.

4. Fiqh implikasi dalam masyarakat majmuk

Jika dalil-dalil yang disebutkan di atas difahami secara literal, maka sudah pasti pelantikan seorang non-Muslim untuk apa jua jawatan awam adalah haram. Ini tidak terhad kepada wakil rakyat atau menteri sahaja, bahkan termasuk juga jawatan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru besar atau pengetua sekolah, ahli Majlis Daerah / Perbandaran / Bandaraya, hakim mahkamah sivil dan pegawai tinggi kementerian.

Keadaan ini sudah pasti akan menimbulkan suasana kucar-kacir dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, selain memperbesar jurang antara agama dan kaum yang akan menatijahkan imej Islam yang buruk pada pandangan non-Muslim. 

Dalam hal ini, fiqh ma’alat al-af’al (fiqh implikasi) amat perlu diberi perhatian, di mana sesuatu pandangan atau keputusan yang diambil harus mengambil kira kesan dan implikasi yang akan terjadi. Islam akan dilihat sebagai satu agama yang ektrem dan menindas penganut agama lain.

Berdasarkan statistik untuk tahun 2000, penduduk non-Muslim membentuk kira-kira 40% (38.7%) daripada 30 juta rakyat Malaysia (Layari https://www.malaysia.gov.my/). Pembentukan sebuah kerajaan yang hanya terdiri daripada wakil Muslim dalam sebuah masyarakat majmuk adalah suatu yang amat tidak sihat, dan tidak dapat diterima oleh akal dan hati yang sejahtera.

5. Uruf masyarakat Malaysia dalam sebuah negara demokratik

Imam al-Qarafi menyebut bahawa:
وَالْجُمُودُ عَلَى الْمَنْقُولَاتِ أَبَدًا ضَلَالٌ فِي الدِّينِ وَجَهْلٌ بِمَقَاصِدِ عُلَمَاءِ الْمُسْلِمِينَ وَالسَّلَفِ الْمَاضِينَ
Maksudnya: “Kejumudan terhadap fatwa-fatwa dan pandangan ulama’ terdahulu adalah satu kesesatan dalam agama dan satu kejahilan terhadap maksud sebenar mereka.” Rujuk Anwar al-Buruq fi Anwa’ al-Furuq (1/177)

Begitu juga Ibn ‘Abidin as-Syami, faqih mazhab Hanafi pernah berpesan:
أن المفتي ليس له الجمود على المنقول في كتب ظاهرة الرواية، من غير مراعاة الزمان وأهله، وإلا يضيع حقوقاً كثيرة، ويكون ضرره أكثر من نفعه
Maksudnya: “Seorang mufti tidak seharusnya bersikap jumud terhadap nukilan pandangan terdahulu yang terdapat dalam kitab hanya semata-mata berdasarkan zahir riwayat tanpa meraikan suasana zaman dan masyarakat setempat. Jika tidak, banyak hak-hak yang akan diketepikan, dan membawa mudarat yang lebih besar daripada kebaikan.” Rujuk Rasa’il Ibn ‘Abidin (2/131)

Keterikatan terhadap pandangan ulama silam sehingga tidak peka kepada tuntutan kontemporari merupakan suatu hal yang harus dijauhi dalam ijtihad dan fatwa. Suasana Malaysia memerlukan satu ijtihad politik yang meraikan ‘uruf dan suasana setempat. Kata Imam Ibnul Qayyim:
تَغْيِيرِ الْفَتْوَى ، وَاخْتِلَافِهَا بِحَسَبِ تَغَيُّرِ الْأَزْمِنَةِ وَالْأَمْكِنَةِ وَالْأَحْوَالِ وَالنِّيَّاتِ وَالْعَوَائِدِ
Maksudnya: Perubahan fatwa harus disesuaikan dengan perubahan zaman, tempat, keadaan, niat dan adat kebiasaaan.” Rujuk I’lam al Muwaqqi’in (1/41)

Demokrasi, iaitu membuat keputusan berdasarkan suara majoriti, telah menjadi satu ‘uruf masyarakat Malaysia dalam memilih pemimpin dan pembentukan kerajaan. Maka ia satu hal yang harus diambil kira dalam berinteraksi dengan nas-nas syara’ dan pandangan ulama’ silam.

Konsep kewarganegaraan dalam sebuah negara bangsa

Sistem kenegaraan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat khilafah-khilafah selepasnya adalah berbentuk Darul Islam, di mana kewarganegaraan dikelaskan mengikut agama, daerah atau negeri yang bermusuh dinamakan Dar al-Harbi dan yang mempunyai perjanjian dinamakan Dar al-Mu’ahad. Warga bukan Muslim dikelaskan sebagai Ahlu Dzimmah yang berlindung di bawah kekuasaan negara Islam.

Adapun pada zaman sekarang, konteks dan sistem yang diamalkan berbeza.. Kerana itulah munculnya ijtihad-ijtihad moden dalam bidang politik yang menganggap pengkelasan warga bukan Muslim sebagai Ahlu Dzimmah tidak lagi sesuai pada zaman sekarang yang mengamalkan sistem negara bangsa (nation state). 

Antara ulama’ yang berpegang kepada pendapat ini termasuklah Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Wahbah az-Zuhaily dan Dr. Fahmy Huwaidi yang terkenal dengan bukunya Muwathinun la Dzimmiyyun yang berpandangan rakyat bukan Muslim seharusnya dianggap sebagai warganegara yang setaraf dengan rakyat Muslim.

Selain itu, tatkala negara-negara majoriti bukan Islam seperti Kanada dan United Kingdom mulai memperlihatkan peningkatan perwakilan Muslim dalam kerajaan dan kepimpinan negara atas dasar kesetaraan dan kesaksamaan, maka sewajarnya juga Malaysia dan negara-negara majoriti Muslim yang lain menempatkan perwakilan bukan Islam yang sesuai dengan komposisi rakyat yang bukan Muslim dalam pemerintahan negara.

Sekian, menurut beliau.

Akhirnya:

Weblog Ibnu Hasyim bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan, pada masa itu (diterbitkan 11 April 2018) berbunyi...

"Hasil penelitian yang dilakukan, kami dapati tiada dalil qath’ie  (muktamad) yang melarang untuk mengundi calon bukan Muslim dalam PRU di Malaysia dan melantik mereka sebagai pemimpin. Ayat-ayat al-Qur’an yang dijadikan hujah untuk mengharamkan pemilihan bukan Muslim sebagai wakil rakyat, apabila diteliti sebenarnya merujuk kepada orang-orang kafir yang memusuhi Islam dan penganutnya. 

"Adapun bagi golongan bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam dan patuh kepada Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, maka larangan tersebut tidak terpakai. Hal ini termasuk di bawah topik siyasah syar’iyyah bagi pemerintah untuk membenarkan pencalonan mereka atas dasar maslahat kumpulan minoriti.

"Tanpa menafikan bahawa majoriti ulama silam mengharamkan pelantikan non-Muslim sebagai pemimpin dan keharusan hanya diberikan apabila terdapatnya darurat. Ini dapat difahami memandangkan konteks hubungan Muslim dan non-Muslim pada waktu tersebut berbeza dengan sekarang.

"Kesimpulannya, hukum asal mengundi bukan Muslim dalam pilihanraya dan melantik mereka sebagai pemimpin adalah harus, kecuali apabila terdapat sifat mendatang seperti memberi ancaman kepada kemuliaan Islam, tiada sifat amanah dan tiada kepakaran dalam melaksanakan tugas.

"Kesemua faktor ini haruslah diambil kira dalam membuat keputusan sebelum mengundi dan memilih, selain 

  • memastikan jawatan tertinggi negara seperti Perdana Menteri, 
  • portfolio hal ehwal Islam 
  • dan pertahanan negara 
  • adalah kekal disandang oleh orang Muslim yang berkelayakan sahaja. 
Wallahu a’lam."

Jadi bagaimana hukum mengunidi calon non Muslim dari parti DAP? Mari kita lihat latar belakang pemimpin dan parti DAP itu sendiri..
-Ibnu Hasyim
KL

Bersambung, insya Allah...

9 comments:

  1. Minta tolong janganlah mengelirukan tajuk, kenapa harus sebut Dap sahaja(Dap juga parti berbagai kaum) kenapa tak sebut cara keseluruhan apakah satu parti sahaja yang mengwakili kaum cina biarlah tulus

    ReplyDelete
  2. berat tanggungan kamu di akhirat kelak,kerana mentafsir hukum berdasarkan parti politik.jangan sampai kekal selamanya dalam neraka sudahlah

    ReplyDelete
  3. Macai khadam MCA..butoh Pas

    ReplyDelete
  4. 'mentafsir hukum berdasarkan parti politik.'
    Cakap orng jahil agama..

    ReplyDelete
  5. Kafir ada dua jenis. Zimmi dan harbi. Salah satunya dibenarkan bekerjasama dengannya.

    ReplyDelete
  6. Dalam islam ada satu fiqh yg dinamakan fiqh as- siasah. Tiada salah jika benar pada isu dan tempatnya.

    ReplyDelete
  7. Ya, kita tahu, masih ada puak jilat juboq gian eng meneruskan hasut ganggu..
    Tak usah menyamar le, orang kenal mana penjilat juboq kapiaq gian eng.
    Kesian, Masih jadi barua DAP lgi.

    Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula atau rejam kerana pembelot. Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, dan babi-babi buta tu..

    Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat sangat ke?? kalau mampuih panggil lah gian eng solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi
    Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..

    DAP macam cicak penyet, kering, kepala terapit pintu, terkepit. Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat,peluluq juboq tak basuh si kulup gian eng. hi hi hi . tak malu muka tembok pungkok babi..

    Jilat Juboq gian eng.. Jilat Juboq gian eng.. Jilat Juboq gian eng..
    Mereka bangga disebut macam tu.

    ReplyDelete
  8. Kenape pas sanggup kerjasama dgn mca seketul babi?..

    ReplyDelete
  9. Terkini kominis China telah hantar jumlah besar bantuan perikemanusian kepada Malaysia,tak payahlah menghina sesama manusia

    ReplyDelete