Thursday, March 26, 2020

Menteri Agama JPM Pula Diserang. Tabung COVID-19 Untuk Islam Saja?


Tiupan sentimen membenci Islam di musim COVID-19
COVID-19: Agong, Permaisuri jalani proses kuarantin, 7 kakitangan istana positif
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong negatif COVID-19. Gambar fail/ Bernama.

SIDANG media di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, melancarkan Tabung Musa’adah COVID-19 JAKIM hanya berlangsung selama 6 minit 27 saat sahaja.

Empat kali di dalam sidang media ini Datuk Dr Zulkifli menyebut tujuan tabung ini dilancarkan adalah untuk memberi bantuan kepada ‘mereka yang memerlukan’ atau ‘mereka yang berkeperluan’, termasuk frontliners.
Dan tidak sekalipun di dalam sidang media ini Datuk Dr Zulkifli menyebut dana dari tabung ini hanya akan disalurkan kepada umat Islam sahaja.
Bagaimanapun portal berita yang mempunyai niat tertentu terhadap Islam sengaja meletakkan “JAKIM lancar Tabung COVID-19 untuk bantu umat Islam yang memerlukan” sebagai tajuk beritanya.
Dan tajuk portal berita ini terus sahaja digunakan oleh aktivis yang mempunyai niat tertentu terhadap Islam untuk menghentam Datuk Dr Zulkifli dan JAKIM kerana kononnya pilih kasih.
Hairan sungguh dengan golongan ini, tatkala seluruh negara sedang cemas menghadapi wabak COVID-19 sekalipun mereka masih ada masa untuk menyemai sentimen kebencian sesama sendiri.
Semoga mereka diberikan keinsafan.
Hasil carian imej untuk dr kamarul & dr zulkifli
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 24/3/2020

No comments:

Post a Comment