KUALA LUMPUR: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini pada jam 10.33 pagi.
Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri interim setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lalu.
3 comments:
Trouble maker mahathir eloklah bersara sepenuhya. Cukuplah jasa mu. Lagi libatkan diri, lagi masalah akan timbul. Musuh juga sekutunya pun eloklah bersara. Satu rekod pm nanti yg mungkin rekod sepanjang zaman kekal hingga kiamat.
Rakyat selesa sekarang tanpa dap dan pan. Rakyat selesa tanpa pm 7 dan pm menanti. Politik realistik ganti politik fitnah. Fokus sekarang kepada pembangunan ummah dan bmf. Jangan lagi ada blogger seperti puaka rimba yg hidupnya menghina melayu dan ulamak.
Lantikan sudah jelas dan nyatakan. Sebarang gangguan atas perlantikan boleh dianggap penderhakaan. Rakyat berhemah. Singkirkan rasa iri hati kerana tidak terpilih. Didik pengikut supaya sama2 tidak derhaka. Asuh dap supaya lebih faham dan hayati budaya tempatan dan kontrak sosial. Jangan benarkan dap ubah landskap perlembagaan negara. Ini asas harmoni.
Atuk Kerala sudah lupakah dunia kata pergi dan kubur kata mari ? Bertaubatlah sebelum terlambat !
Post a Comment