Friday, June 05, 2020

Mulakan Hari Baru, Tanpa Tun M, DS Anwar Dan L/Kit Siang.


YDPA menyelamatkan, Tun M pula buat masalah


PADA 28 Februari, lebih kurang jam 11.00 pagi, saya menyiapkan rencana saya bertajuk ‘Melayu Tertipu Lagi’ dengan membuat beberapa kesimpulan, antaranya:

(1) Orang yang menggagalkan penubuhan Kerajaan PN adalah Tun Dr. Mahathir.
(2) Dalam peristiwa ini, Tun Dr Mahathir dan DS Anwar sama-sama tidak boleh dipercayai. Diharapkan peristiwa ini akan menyingkirkan kedua-dua mereka
daripada arena politik negara….
(3) Umno, PAS, BERSATU (termasuk kumpulan Azmin) hendaklah bersatu teguh. Saya percaya, jika perikatan mereka kuat, parti-parti di Sabah dan Sarawak, MCA dan MIC akan menyertai mereka yang berkemungkinan membolehkan mereka menubuh kerajaan baru. Tetapi, ini hanya boleh dilakukan tanpa Tun Dr Mahathir dalam BERSATU kerana beliau tidak boleh menerima Umno sebagai satu parti.

Pada masa itu, belum nampak penyelesaian krisis itu. Terdapat tiga kumpulan, kumpulan Tun Dr. Mahathir, kumpulan DS Anwar dan kumpulan TS Muhyiddin yang disokong kuat oleh Umno dan PAS, masing-masing tidak mempunyai majoriti.
Dalam masa 24 jam sehingga petang 29 Februari, kita dengar cerita berbagai-bagai perkembangan; PH mencalonkan DS Anwar sebagai calon PM; DS Anwar dan pemimpin-pemimpin DAP dengan angkuh mengatakan ‘we have the numbers’; Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) sekejap diberitakan menyokong Tun Dr. Mahathir, sekejap menyokong DS Anwar dan sekejap menyokong TS Muhyiddin; DS Anwar sekejap menyokong Tun Dr Mahathir, sekejap menawarkan dirinya sebagai calon dan berlagak seperti sudah pasti akan dilantik; Tun Dr Mahathir yang enggan menerima kekalahan, bermodalkan sokongan GPS dan WARISAN, membuat perkiraan dengan PKR, DAP dan PAN untuk ditonjolkan semula sebagai calon PH, yang bererti Kerajaan PH yang ditamatkannya dengan peletakan jawatannya hendak dihidupkan semula dan DS Anwar sanggup mengundur diri daripada menjadi calon PM demi menyelamatkan Kerajaan PH.
Perkembangan yang terakhir disebut itu menunjukkan sejauh mana DS Anwar dan Lim Kit Siang sanggup berkompromi untuk menyelamatkan Kerajaan PH kerana, mereka tahu, jika mereka terlepas kuasa, mereka akan berada di kedudukan yang merugikan.
Akhirnya, pada petang 29 Februari, terbitlah kenyataan Istana Negara yang dengan rasminya mengatakan bahawa YDPA telah berkenan melantik TS Muhyiddin sebagai Perdana Meteri Kelapan.
Kita berhenti di sini dahulu untuk membuat beberapa pemerhatian.
(1) Dengan keluarnya kenyataan itu, tamatlah krisis seminggu itu. (Apa yang akan berlaku selepas itu, akan dibincang berikutnya.)
(2) Dengan terlantiknya TS Muhyiddin sebagai PM, Tun Dr Mahathir dan DS Anwar tersingkir daripada perebutan untuk menjadi PM. Mereka akan terus menimbulkan masalah. Itu keistimewaan dan kepakaran mereka berdua. Diharapkan orang Melayu dan Raja-raja Melayu sudah muak dengan tindak tanduk mereka dan mengenepikan mereka untuk selama-lamanya.
(3) Orang Melayu merasa lega kerana tidak lagi akan melihat karenah Lim Guan Eng, Mujahid, Waytha Moorhy, Theresa Kok, Syed Sdiq, Mat Sabu dan lain-lain.
(4) Peletakan jawatan Tommy Thomas memberi nafas lega kepada lebih seribu pegawai-pegawai perundangan, ada yang telah memberi perkhidmatan lebih daripada tiga puluh tahun, menjadi pakar dalam bidang masing-masing tetapi tidak diberi kepercayaan terhadap kepakaran mereka oleh Tommy Thomas. Sebaliknya beliau melantik peguam-peguam swasta dan dibayar upah dengan wang pembayar cukai. Diharapkan seorang pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik mengganti beliau. Demikian juga diharapkan seorang pegawai MACC yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik mengganti Lateefa Koya.
Tetapi, sebaik sahaja kenyataan itu diterbitkan, pemimpin-pemimpin PH, diketuai Tun Dr Mahathir bersama-sama DS Anwar telah menolak keputusan yang dibuat oleh YDPA itu. Itu tidak menghairankan. Mereka akan merayu dengan lemah longlai untuk mendapat pengampunan. Mereka terima pengampunan walaupun cara dilakukannya menyalahi prosedur yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Tetapi, apabila YDPA membuat satu keputusan yang tidak menyebelahi mereka, YDPA pun mereka tentang. Ini menunjukkan sejauh mana mereka sanggup lakukan untuk mencapai matlamat mereka. Mereka tidak mempunyai had dan batasan.
Perkara 40 (2), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:
“Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
(a) melantik seorang Perdana Menteri;”
Perlembagaan tidak menetapkan bagaimana baginda hendak melaksanakan budi bicara itu. Tetapi, adalah patut bahawa baginda melantik seorang Ahli Parlimen yang mengikut hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Parlimen. Jika tidak, Undi Tidak Percaya mungkin akan dibuat dan, jika berjaya, PM itu hendaklah meletak jawatan dan masalah berulang semula.
Dalam kata-kata lain, YDPA tidak dikehendaki menemu duga setiap Ahli Parlimen, apatah lagi mengambil kira senarai yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir, untuk membuat keputusan itu.
Sekarang, keputusan telah dibuat, PM telah dilantik, tak usahlah memperdulikan apa kata Tun Dr Mahathir, mahupun senarainya. Jika beliau dan PH tidak berpuas hati, mereka bolehlah mengemukakan Undi Tidak Percaya di Parlimen. Itu caranya, bukan mencabar budi bicara YDPA.
Bagaimana kedudukan Tun Dr Mahathir dan Ahli-ahli Parlimen dalam senarai Tun Dr Mahathir yang tidak menyokong TS Muhyiddin, dalam BERSATU? Saya ulangi apa yang saya katakan dalam rencana saya “Melayu Tertipu Lagi”, jika mereka tidak mengikut pendirian parti, singkirkan mereka.
Pagi ini, saya teruja melihat pemimpin-pemimpin Umno, PAS dan BERSATU bersama-sama ke Istana Negara untuk menubuh kerajaan baru. Diharapkan ia berkekalan. GPS dan WARISAN eloklah berfikir semula dan tidak lagi mengikut Tun Dr Mahathir ke mana sahaja yang dibawanya. Sudah tiba masanya beliau ditinggalkan atau disingkirkan.
Beliau telah terlalu banyak membuat masalah sepanjang tempoh beliau menjadi PM: menyebabkan krisis Perlembagaan dengan Raja-raja sebanyak dua kali; menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas; menyebabkan Umno dibatalkan; bergaduh dengan Tun Musa Hitam; bergaduh dengan DS Anwar; bergaduh dengan Tun Abdullah Badawi; bergaduh dengan DS Najib; menyerahkan kuasa politik orang Melayu kepada DAP; menyebabkan krisis Perlembagaan lagi sekarang; mencabar YDPA; masuk keluar Umno entah berapa kali. Nampaknya selagi beliau ada dalam arena politik, beliau tidak berhenti-henti menimbulkan masalah. Cukuplah.
Kita mulakan hari baru, tanpa Tun Dr. Mahathir, DS Anwar dan Lim Kit Siang.
TUN ABDUL HAMID MOHAMAD – HARAKAHDAILY 2/3/2020

7 comments:

Puaka Rimba said...

Opocot...terperanjat Ana!.. Selalu nya yg masuk rumah ikut tingkap adalah Pencuri....tapi kali ini rupa nya Lobai .Hidup LGBT !!!!.Hihihikikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Puaka itu keturunan setan yg suka gangu org.

Anonymous said...

Perhatian

Puaka Rimba ..March 2, 2020 at 3:28 PM menulis
"Opocot...terperanjat Ana!.. Selalu nya yg masuk rumah ikut tingkap adalah Pencuri....tapi kali ini rupa nya Lobai .Hidup LGBT !!!!.Hihihikikikihahahakahkahkah"

Menuduh YDP Agung terlibat dengan pencuri 'masuk rumah ikut tingkap adalah Pencuri' bererti menghina YDPA. Ya masing-masing kita buat aduan polis, kalau dia tak tarik balik.

Anonymous said...

Dia puaka dok kat rimba, jahil pembangunan dan politik. Satu banglow dah penuh dosa. Ada lagi apartmen 5 tingkat, satu tingkat 20 pintu. Masih kosong. Nanti puaka ada banyak masa nak penuhkan dengan dosa. Tiap2 hari hina ulamak,islam dan melayu.

Anonymous said...

Jgn lupa semua ahli pas infak sikit kt madrasah nik aziz. Mengemis dlm media sosial mtk derma. Kerajaan kelantan langsung tak bantu.

Anonymous said...

Mujur presiden pkr tak jadi pm. Hancur negara jika penunggang agama seperti presiden pkr jadi pm. Nanti nak ke liang kubur boleh ditalkinkan oleh eng guan. Malaysia baru, janji dicapati.

Anonymous said...

Puaka sedang mencari tuan baru kerana tuan DA-Pigs telah tumbang baham tanah. Puaka dan syaitan perlu dijamu dedak cap roket setiap kali bulan mengambang .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails