KULIM: Para pekerja Infineon Technology Sdn Bhd telah mengadakan bantahan terhadap pengurusan syarikat tersebut yang dikatakan telah menindas mereka pada satu piket aman di luar premis tersebut di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), di sini sebentar tadi.
Protes julung kali dengan penampilan solidariti serba merah ini menyerlahkan kemarahan serta ketidakpuasan hati mereka berikutan banyak tindakan syarikat yang disifatkan tidak adil terhadap hak serta memeras tenaga pekerja secara keterlaluan.
Syarikat antarabangsa yang semakin berkembang membesar operasi dan premisnya sejak bertapak dari tahun 2006 itu pada ketika ini memiliki lebih 1,500 pekerja melibatkan dua sektor utama iaitu urus tadbir teknologi tinggi serta produktiviti elektronik.
Bagaimanapun, pekerja tempatan mewakili sekitar 70 peratus dari jumlah keseluruhan terutama di bahagian produktiviti menerima gaji minimum bermula RM1,200 berbanding pekerja asing yang kebanyakannya dari Filipina bermula dengan gaji RM1,600.
Malangnya, bukan sahaja Keuntungan Suku Tahunan yang sebelum ini diberi sebagai QPI Bonus dikurangkan, malah pekerja tempatan menikmati kenaikan tahunan cuma RM20 yang sangat tidak merangsang semangat kerja, sedangkan syarikat kekal meraih untung.
Paling ditentang oleh Kesatuan Pekerja Infineon apabila pihak syarikat menafi dan mengurangkan begitu banyak insentif pernah mereka nikmati selama ini, selain tekanan dan beban kerja yang berganda diberikan untuk meninggikan mencapai keuntungan.
Antaranya melibatkan peruntukan untuk program-program tahunan dan peningkatan oleh pihak kesatuan, selain peraturan masa yang menyulitkan pekerja untuk mendapat rehat seminimumnya termasuk bagi tujuan solat, makan dan seumpamanya.
Bagaimanapun, usaha kesatuan mengadakan tuntutan menerusi Perjanjian Kolektif (CA) gagal diberi perhatian sewajarnya dari pihak syarikat disebalik komitmen tinggi pekerja hingga syarikat berjaya mencatat keuntungan berbilion ringgit sejak beberapa tahun ini.
Rata-rata peserta piket juga mengakui tekanan ke atas mereka adalah satu pembulian mental dan manipulasi tenaga sehingga memberi kesan kepada kesihatan, kegembiraan dan motivasi pekerja, malah melarat kepada keluarga dan sosial.
Pekerja turut mengadu situasi kerja di mana terpaksa melalui lokasi-lokasi berisiko kerana terdedah dengan bahan kimia ekoran pihak pengurusan gagal menyelenggara keperluan berkaitan, namun berbelanja mewah bagi binaan yang tidak mendesak seperti tandas.
Wakil Kesatuan Sekerja Infineon bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) serta Jabatan Perhubungan Perusahaan bagaimanapun telah mengadakan rundingan tergempar dengan Pengarah Urusan Infineon beberapa jam sebelum piket berlangsung.
Hasil perbincangan selama hampir 4 jam itu akhirnya pihak pengurusan Infineon terbuka menerima beberapa CA diajukan serta sedia merundingkan lanjutan tuntutan akan dikemukakan pihak pekerja serta memansuhkan sekatan berkaitan.
Setiausaha Agung MTUC, J Solomon yang selepas rundingan berucap kepada peserta piket menyifatkan kejayaan tersebut kerana keberanian dan satu padu pekerja menyuarakan bantahan dan menuntut hak bersama mereka.
Turut kelihatan adalah wakil-wakil dari Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Utara di mana piket tersebut akhirnya bersurai aman dan gembira pada jam 6:15 petang setelah berhimpun sejak pukul 4:00 petang. – HARAKAHDAILY 10/3/2020

5 comments:
Kesian, Masih jadi barua DAP lgi.
Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula.
Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, dan babi-babi buta tu.. Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat angat ke?? kalau mampuih panggil lah gian eng solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi
Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..
DAP macam cicak penyet, kepala terapit pintu, terkepit.
Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suata bunyi bising penjilat,peluluq juboq tak basuh si kulup gian eng. hi hi hi . tak malu muka tembok pungkok babi..
Dasar pemalas lagi culas...komen pun copy paste..macam ini yg dikatakan mahu menegakkan islam dan melayu...betul betul kamu ini golongan LGBT( Lobai Gelojoh Berat Telo ).Hihihikikikihahahakahkahkah
Inilah makanan harian dan zikir walaun..Dap..dap..dap..walaupn dap dh x de dlm kjaan..lidah sentiasa basah dengan makian
Sama macam baca surah abu lahab. Supaya ingat bahayanya.
Dalam quran sebut banyak kali syaitan. Damping syaitan pada kafir dan yg sekongkol. Sama macam baca "auzubillahi minasy syathoni ar rajimi"
Post a Comment