Bukan pengkhianat, Tun M pernah akui Muhyiddin layak
RAMAI yang silap faham dengan apa yang saya perkatakan dalam Wacana Sinar Harian Ke-53, “Apakah Tun Mahathir Terlalu Tua Untuk Jadi PM”, pada 22 Mac 2018.
Ringkasnya, saya menyebut bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam ucapan beliau bertajuk “Malaysia in the World Today” di University of London pada 21 September 2016 mengumumkan bahawa jika pakatan pembangkang menang, maka yang akan menjadi Perdana Menteri ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini ucapan Tun Dr Mahathir waktu itu: “If the Opposition wins, the most likely Prime Minister will be Tan Sri Muhyiddin”.
Kemudian saya mengeluarkan beberapa fakta objektif mengenai tajuk wacana.
Pengakuan Tun Dr Mahathir
Pada 30 Oktober 2009, Tun Dr Mahathir menyebut dalam TV9 mengenai betapa Dato’ Nik Abdul Aziz, seperti Tun Dr Mahathir, perlu bersara daripada politik kerana beliau sudah tua dan nyanyuk. Ini kata-kata Tun Dr Mahathir waktu itu: “I think Nik Aziz, it is about time he goes, like me also, after sometimes you will become old and nyanyuk, all that, see, like me, step downlah.”
Pada 27 April 2013, Tun Dr Mahathir direkodkan menyebut di Putrajaya mengenai betapa Dato’ Nik Abdul Aziz, seperti beliau, perlu bersara daripada politik kerana beliau sudah tua. Ini kata-kata Tun Dr Mahathir waktu itu: “Saya ni umur 87, dah tua dah, kalau tengok ni nampak tua, berapa kali jatuh tadi. Ini dah umur 82, nak berdiri pun dah tak boleh, masih nak bertanding lagi, sampai bila-bila, apa jenis manusia ini?”
Pada 11 April 2016, Tun Dr Mahathir menyebut dalam akhbar The Australian mengenai betapa Dato’ Seri Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri. Ini kata-kata Tun Dr Mahathir waktu itu: “Saya fikir dia sudah terlalu tua. Bila saya dalam usia 70-an saya umumkan saya tak boleh jadi PM pada usia 80 jadi saya nyatakan bahawa saya akan letak jawatan dan saya lakukannya sebelum saya berusia 80.”
Pada 23 April 2017, Tun Dr Mahathir direkodkan menyebut di Tasek Gelugor mengenai betapa beliau sudah tua untuk menjadi Perdana Menteri. Ini kata-kata Tun Dr Mahathir waktu itu: “Tak apalah, saya dah (tua), lagi dua bulan 92 tahun, tak tengok dah ini, bagi kat orang muda lah.”
Rekod kesihatan Tun M
Tun Dr Mahathir telah dua kali melakukan pembedahan pintasan jantung, iaitu pada 24 Januari 1989 dan pada 4 September 2007.
Tun Dr Mahathir telah beberapa kali gagal menghadiri majlis ceramah atas masalah kesihatan, antaranya ialah ceramah di Ipoh pada 3 Disember 2017, ceramah di Bentong pada 10 Februari 2018 dan ceramah di Pulau Pinang pada 11 Mac 2018, selain batuk teruk ketika berceramah di Tanjung Malim pada 16 Mac 2018.
Jangka hayat adik-beradik Tun M
Abang Tun Dr Mahathir, Mashahor, meninggal dunia sewaktu berusia 79 tahun pada 30 September 2002.
Abang Tun Dr Mahathir, Mahadi, meninggal dunia sewaktu berusia 86 tahun pada 12 Disember 2000.
Kakak Tun Dr Mahathir, Habshah @ Bibi, meninggal dunia sewaktu berusia 89 tahun pada 6 Disember 2006.
Kakak Tun Dr Mahathir, Rafeah, meninggal dunia sewaktu berusia 94 tahun pada 1 September 2009.
Inilah antara beberapa fakta objektif yang saya keluarkan dalam wacana ini.
Pujian Tun M kepada TS Muhyiddin
Kemudiannya, setelah Tun Dr Mahathir menerjah wacana tersebut, saya telah bercakap mengenai dominasi DAP dalam pakatan pembangkang dan mempersoalkan kemampuan beliau untuk mengawal DAP. Tun Dr Mahathir bagaimanapun menjawab dengan yakin bahawa beliau mampu, kerana “I have been around quite sometime, I have some experience.”
Setelah dipelawa oleh moderator, Nazri Kahar, untuk bertanya soalan kepada Tun Dr Mahathir, saya telah menanyakan mengenai mengapa Tun Dr Mahathir berubah fikiran mahu menjadi Perdana Menteri setelah beliau sendiri mengumumkan pada 21 September 2016 bahawa Tan Sri Muhyiddin yang akan menjadi Perdana Menteri.
Ini adalah jawapan Tun Dr Mahathir waktu itu:
(1) “I wanted Tan Sri Muhyiddin to be Prime Minister because I have no wish to become Prime Minister.”
(2) “Tan Sri Muhyiddin has the capacity… I think Tan Sri Muhyiddin is far better and more honest (than other people).”
(3) “But later on I found that people just wanting asking me to take over… The other parties wanted me.”
(4) “People especially Malays warmed up to me much more than to other leaders, I am sure they knew me much more than they knew Tan Sri Muhyiddin.”
(5) “It is not a change of mind, (but) it is a response to the pressures I received from the members of the four coalition parties.”
(2) “Tan Sri Muhyiddin has the capacity… I think Tan Sri Muhyiddin is far better and more honest (than other people).”
(3) “But later on I found that people just wanting asking me to take over… The other parties wanted me.”
(4) “People especially Malays warmed up to me much more than to other leaders, I am sure they knew me much more than they knew Tan Sri Muhyiddin.”
(5) “It is not a change of mind, (but) it is a response to the pressures I received from the members of the four coalition parties.”
Berdasarkan kepada jawapan Tun Dr Mahathir dalam Wacana Sinar Harian Ke-53 ini, maka, pada hemat saya, tidaklah boleh dikatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah seorang pengkhianat. Sebaliknya, Tan Sri Muhyiddinlah yang telah berkorban memberikan laluan kepada Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri walaupun Tun Dr Mahathir sendiri mengumumkan sebelumnya bahawa Tan Sri Muhyiddin yang akan menjadi Perdana Menteri.
Apatah lagi bila Tun Dr Mahathir sendiri dalam Wacana Sinar Harian Ke-53 ini memuji Tan Sri Muhyiddin dengan menyebut Tan Sri Muhyiddin mampu (has the capacity) serta jauh lebih baik dan lebih jujur berbanding orang lain (far better and more honest than other people) untuk menjadi Perdana Menteri.
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 1/3/2020
3 comments:
PM ni jauh lebih bersih banding bang non. Bang non banyak skandal, banyak persepsi, banyak pengikut yg baran, banyak pengikut yg taubat. Bang non tubuh parti dulu pun atas alasan peribadi, tiada visi yg jelas. Konon perangi rasuah,
Apa2 pun selamat maju jaya buat bang non. Semoga malaysia lebih aman dan berdaya maju di bawah tan sri muhyiddin yassin.
Kesian, tulang besi, puaka rimba dan lancu-lancau masih jadi peluloq pungkok tak basuh gian eng.. kesian, memang keturunan kamu pecacai.. suka makan dedak babi kesian.
ramai dah lari, tapi memang kamu keturunan pecacai masil kekal jadi penjilat juboq kapiaq laknatullah!
kalau tak berubah akan jadi hamba pecacai kapiaq sampai kiamat. Kalau mampuih nak mintak tolong gian eng solat ke??
Astaghfirullah!Taubatlah segera.. Baliklah jadi orang yang beriman.
Skandel muyiden dgn nika ghee bini orang per citer hingga runtuh rumah tangga orang.?.orang kapir plak tu...m
Post a Comment