SAYA rakamkan tahniah kepada Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang secara jujur mengakui bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal merubah amalan menyekat peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Sejak mengambil alih kerajaan selepas PRU14 sehingga teraju Putrajaya bertukar baru-baru ini, itulah amalan PH di mana kami (Ahli-ahli Parlimen pembangkang) pada masa itu turut disekat daripada menikmati peruntukan untuk Ahli Parlimen.
Kami hanya diberikan peruntukan sebanyak RM100,000.00 setahun berbanding Ahli-ahli Parlimen PH sebanyak keseluruhannya RM3.8 juta. Bahkan bermula Januari 2020, kami diberitahu peruntukan untuk kami mula dibekukan dan tidak dapat dipohon lagi, kebetulannya pula sudah ada penyelaras-penyelaras Parlimen yang dilantik oleh Kerajaan PH di kawasan Parlimen yang dimenangi oleh pembangkang bermula Januari 2020.
Sewajarnya rakan-rakan kami dari PH yang hari ini mula bersuara peritnya tidak diberikan peruntukan memperjuangkan isu ini ketika tuan-tuan masih menjadi kerajaan. Ahli Parlimen Subang (dan seorang lagi seingat saya Ahli Parlimen Pasir Gudang) telah bangun di Dewan Rakyat menggesa Kerajaan PH memberikan peruntukan sama rata untuk Ahli-ahli Parlimen pembangkang. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih atas keberanian mereka berdua.
Saya setuju jika semua Ahli Parlimen yang diundi oleh rakyat diberikan peruntukan. Jumlahnya boleh ditentukan kemudian, jika boleh sama rata, itu yang terbaik. Jangan diskriminasikan mereka. Jangan jadikan contoh Kerajaan Negeri Kedah dan Selangor yang mendiskriminasi ADUN-ADUN pembangkang pada suasana getir seperti ini. Itu resmi perangai kerajaan yang hampir jatuh.

Kerajaan baru Malaysia jangan bertindak demikian. Tidak rugi kita meletakkan keadilan di atas neracanya. Rakyat hari ini sudah cerdik untuk menilai. Saya setuju kembalikan peruntukan Ahli Parlimen, bahkan permudahkan prosedurnya pada musim-musim begini.
Saya sendiri pun hingga ke saat ini masih tidak dapat menerima peruntukan untuk Ahli Parlimen kerana beberapa proses pentadbiran yang perlu dilalui yang mana sebahagiannya tergendala akibat Perintah Kawalan Pergerakan. Itu bukan menjadi masalah, isu utamanya ialah berikan sahaja peruntukan kepada setiap Ahli Parlimen. Jangan tiru budaya buruk yang diamalkan sebelum ini.
Pee H lidah biawak bercakap tidak serupa bikin. Siang dan malam sibuk kencing rakyat. RBA tidak basuh berak pula sibuk menyalak bukit. Bukit tidak runtuh, anjing RBA pula yang meroyan histeria. Dasar penipu tidak mempunyai maruah Dan moral.
ReplyDeleteZaman nabi bila ulamak berbicara bagaikan ketul² permata jatuh dari bibir mereka..tapi zaman ni bila ulamak berbicara bagai ketul² tahi jatuh dari bibir mereka..asyik nyakitkan hati..x de unsur dakwah lansung
ReplyDeleteKomen 2:56 pm ditujukan kepada ULARmak pandap ternakan parti kafir harbi DA-Pigs. Bukan setakat tahi jatuh dari bibir mereka, air kencing juga mencurah-curah jatuh menimpa rakyat. Hancing seluruh negara.
DeleteJenuh nak minta maaf. Ramai ulamak kat dunia. Jatuh ketul2 tahi. Satu tuduhan dan fitnah kepada ulamak.
DeleteAde ulamak yg baik dan dan ade juga ulamak yg jadikan ugama sebagai tunggangan..itulah yg aku nk sampaikan..
DeleteKesian. Bila hati dah gelap, permata pun jadi tahi. Dari bibir eng guan pulak jadi permata. Sedangkan bagi mukmin yg dari eng guan adalah tahi,kunig lagi.
ReplyDelete