Sunday, March 01, 2020

Politik Politik Juga, Tapi Jom Sokong Beli Produk Muslim!


POLITIK, politik juga, tetapi Islam lebih tinggi dari politik perkauman dan kenegerian yang sempit.
Lihat, kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Negeri Perak ini..
“Jom Sokong Kempen Beli Produk Muslim”
1. Dewan Muslimat Pas Negeri Perak terkilan dengan larangan yang dikeluarkan oleh Exco Agama Negeri Perak yang melarang kempen BMF (Buy Muslim Product First) di masjid-masjid seluruh negeri Perak.
Larangan itu dikeluarkan berikutan Program Kempen BMF yang dianjurkan disebuah masjid di Ulu Kinta pada Jumaat lepas.Kempen mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pengeluar-pengeluar produk muslim dan orang ramai.
2. Masjid adalah sebuah institusi umat Islam yang sewajarnya diberikan kebebasan atau keizinan untuk melakukan aktiviti yang berkaitan umat Islam termasuklah untuk meningkatkan peluang ekonomi kepada orang Islam.
3. Adalah diingatkan kepada exco agama kerajaan PH Perak supaya janganlah terlampau sempit pemikirannya sehingga melihat aktiviti kempen BMF sebagai tindakan bersifat politik semata-mata.
Sudah tiba masanya semua pemimpin muslim tidak kira latarbelakang parti atau pertubuhan bersama memberikan sokongan kepada kempen BMF yang dilakukan oleh NGO UMMAH dan beberapa NGO lain.
4. Orang-orang Islam Melayu adalah pengguna terbesar di negara ini dan adalah dilihat bahawa kempen BMF ini boleh mempengaruhi harga barangan lain yang berada di pasaran.
Secara tidak langsung kempen ini memberi kesan yang positif kepada pengguna lain kerana dapat menikmati harga barangan lain dengan lebih murah.
Tahniah diucapkan kepada UMMAH atas usaha yang murni ini.
“Islam memimpin,Wanita Sejahtera.”
Dr Najihatussalehah bt Ahmad.
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
19.10.2019

4 comments:

Anonymous said...

KITA SOKONG UMAT ISLAM 100% BELI PRODUK MUSLIM DAN GUNA PERKHIDMATAN MUSLIM.

SUDAH TIBA MASANYA KITA MEMPERKASAKAN DAN MEMARTABATKAN EKONOMI UMAT ISLAM.

JIKA BUKAN KITA, SIAPA LAGI ?

Anonymous said...

Hidupkan rangkaian peniaga muslim. Kalau bukan pengguna muslim siapa lagi. Berwaspada dengan produk halal non muslim.

Anonymous said...

Tidak jadi masalahnya sebab sekarang sudah kerajaang Islang!

Anonymous said...

bila geng bodo bersuara, hahaha , la ni puak walaun dah jd kerajaan pun masih bodo bengong ker, janji halal lah ngok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails