Thursday, March 05, 2020

Presiden PAS Paling Layak Dilantik Timbalan PM. -Cadangan BERSATU T'ganu&Armada K'tan.


Bersatu Terengganu, Armada Kelantan cadang Hadi sebagai TPM

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu menganggap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang calon paling layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ketuanya, Senator Datuk Razali Idris berkata, cadangan itu bersesuaian dengan latar belakang Abdul Hadi kerana pemimpin itu tidak pernah terpalit dengan isu salah guna kuasa atau skandal rasuah sepanjang terlibat dalam politik.

Selain itu katanya, gandingan pemimpin Pas itu bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dilihat mampu meredakan kemelut politik yang dilihat masih belum berakhir sepenuhnya.

"Jadi, dari sudut demokrasi, ternyata Abdul Hadi yang juga merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia itu lebih layak berdasarkan pengalaman dan rekod bersihnya dalam politik.

"Cadangan (Abdul Hadi) ini juga untuk meredakan krisis pemilihan jawatan itu, namun lebih utama semua pihak perlu menghormati prerogatif Perdana Menteri untuk menentukan siapa timbalan beliau," katanya ditemui hari ini.

Terdahulu, suara tidak puas hati dalam kalangan pimpinan Bersatu negeri mula kedengaran dalam memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diserahkan kepada pemimpin terlibat skandal rasuah.

Sementara itu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kelantan, Asran Alias berkata, semua pihak harus menghormati Presiden Bersatu yang kini menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Menurutnya, UMNO tidak perlu menekan Perdana Menteri untuk memilih Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

“Tan Sri Muhyiddin telah jelaskan, beliau akan mengambil ahli Kabinet yang bersih dan berintegriti sahaja.

“Maka Datuk Seri Zahid yang masih terpalit dengan skandal rasuah tidak patut diangkat menjadi pimpinan utama,” katanya semalam.

Ini susulan tindakan UMNO Kedah menetapkan pendirian mereka supaya Ahmad Zahid menganggotai semula barisan Kabinet baharu Perikatan Nasional dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam masa sama, Armada Kelantan turut mencadangkan Abdul Hadi selaku calon Timbalan Perdana Menteri bagi menggalakkan pembangunan di negeri itu.

MR :  PAS taklah nampak nak jawatan sangat hanya nak Malaysia mendekati cara Islam

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setuju 100%!

6 comments:

cik minah said...

Aku setuju. Memang PAS layak.
Baru jelas mana mana terang, mana gelap.
Mana Islam, mana Abu Lahab..

Anonymous said...

Kesian, tulang besi, puaka rimba dan lancu-lancau masih jadi peluloq pungkok tak basuh gian eng.. kesian, memang keturunan kamu pecacai.. suka makan dedak babi kesian.
ramai dah lari, tapi memang kamu keturunan pecacai masil kekal jadi penjilat juboq kapiaq laknatullah!
kalau tak berubah akan jadi hamba pecacai kapiaq sampai kiamat. Kalau mampuih nak mintak tolong gian eng solat ke??

Astaghfirullah!Taubatlah segera.. Baliklah jadi orang yang beriman.

Anonymous said...

Paling baik kalau anuar jadi timbalan bersama mahathir. Mereka berdua ni yg berebut rebut jawatan. Lebih2 lagi anuar. Pernah cuba ikut pintu belakang nak bawa lari ahli parlimen umno. Kesian jugak sebab hajat tak kesampaian. Tapi Agong pun tak yakin. Satu sebab tak berapa bersih, dua sebab jadi jurucakap dap, tiga sebab tikam belakang (bukan lucah).

Anonymous said...

Tghh sejak sebelum pru14 diserang, difitnah, ditohmah terutama dari team dap dan parti ternakannya pan. Apa yg menyedihkan macam mana mike sabu dan group 18 boleh termakan hasutan dap terhadap tghh. Adakah mereka terima habuan wang bulanan sampai sanggup putus saudara dengan seislam dan bersaudara dengan kafir dap.

Anonymous said...

Yang penting neraca keadilan. Jaga hak bumiputera dan agama persekutuan serta kedudukan raja2. Penduduk lain kena terima kontrak sosial seperti yg dipersetujui. Jika keadilan ini terjaga, tiada siapa pun rasa tergugat dan teraniaya.

Unknown said...

Dalam sebuah hadis, Baginda Rasulullah bersabda, maksudnya: “Semua yang ada di bumi dan di langit, termasuk sekali ikan-ikan di dalam air beristighfar untuk para ulama. Bahawa kelebihan orang alim berbanding ahli ibadat sama seperti kelebihan bulan berbanding cakerawala yang lain. Bahawa para ulama itu adalah pewaris para Nabi.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmidzi)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails