Wednesday, March 11, 2020

Presiden PAS: Satu Perubahan Yang Perlu Dilihat Secara Demokratik.

Hasil carian imej untuk demokratik pas
Hadi: Saya tak masuk kabinet agar boleh pantau menteri PAS

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjelaskan tentang ketiadaan namanya dalam senarai kabinet yang diumum Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.


Dalam siaran langsung di Facebook malam ini, Abdul Hadi berkata beliau tidak dilantik menyertai kabinet Perikatan Nasional agar dapat memantau menteri-menteri PAS yang berada dalam kerajaan.
"Kita hantar wakil (untuk dilantik sebagai) menteri dan timbalan menteri yang akan melaksanakan peranan eksekutif untuk membuktikan kemampuan mentadbir dan mengurus dalam keadaaan parti perlu memantau.
"Sebab itu saya sebagai presiden parti tak dilantik sebagai menteri kabinet untuk lebih berkesan parti memantau kerajaan, menteri-menteri kabinet dan timbalan menteri kita yang duduk dalam kerajaan," katanya.
Semalam, Muhyiddin melantik 31 menteri dan 38 timbalan menteri. Daripada jumlah itu, tiga pemimpin PAS dilantik sebagai menteri, dan lima yang lain dilantik sebagai timbalan menteri.
Buat pertama kali, kabinet kerajaan tidak menampilkan jawatan timbalan perdana menteri, sebaliknya memperkenalkan empat menteri kanan yang memegang portfolio berasingan.
Selain itu kabinet Muhyiddin juga tidak mengikut formula konvensional yang biasanya menampilkan presiden parti-parti komponen utama.
Selain Abdul Hadi, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga tidak dilantik menyertai kabinet itu.
Semalam, Ahmad Zahid menjelaskan bahawa beliau menolak menyertai kabinet bagi menumpukan persiapan pilihan raya umum (PRU) ke-15 dan membersihkan nama dalam kes-kes mahkamahnya.
Sementara itu, dalam siaran langsung malam ini, Abdul Hadi mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan yang ditubuhkan sah dari segi perlembagaan dan menegaskan ia bukan kerajaan 'pintu belakang'.
"Kita berjaya dengan cara demokrasi, bukan cara pintu belakang. Mengikut perlembagaan yang sah. Berlaku satu perubahan yang menarik yang tak menyusahkan rakyat.
"Kita berjaya membentuk kabinet perpaduan umat yang terdiri daripada (pelbagai) parti-parti politik. Bukan sahaja wakil rakyat yang dipilih rakyat (pelbagai) malah parti-parti yang dipilih (menyertai kabinet) juga pelbagai, bukan dua, tiga parti saja.
"Ini satu perubahan yang perlu dilihat secara demokratik," katanya. 
Hasil carian imej untuk helikopter pas
Hasil carian imej untuk helikopter pas

7 comments:

Anonymous said...

Kesian, Masih jadi barua DAP lgi.

Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula.

Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, dan babi-babi buta tu.. Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat angat ke?? kalau mampuih panggil lah gian eng solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi

Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..

DAP macam cicak penyet, kepala terapit pintu, terkepit.
Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat,peluluq juboq tak basuh si kulup gian eng. hi hi hi . tak malu muka tembok pungkok babi..

Budak kampung Selatan said...

...ratib dan zikir si walaun, sambil menghisap rokok buatan yahudi...

Budak kampung Selatan said...

Hadi kata partinya ingin menyelamatkan kerajaan yang mahu dirampas dari 'atap', kononnya ada usaha untuk menekan Tun M meletakkan jawatan atau mengambil alih jawatan dari Tun M sebagai PM. Lawaknya hujah Hadi yang langsung tidak berfakta dan tidak berpijak di bumi nyata.

Siapa yang menekan Tun M letak jawatan? Tidakkah fakta dan bukti menunjukkan bahawa Majlis Presiden PH telah bersetuju untuk Tun M menjadi PM mengikut kemahuan Tun M sendiri iaitu selepas Persidangan APEC bahkan tarikhnya pun diserahkan kepada Tun M untuk menentukan bila beliau mahu menyerahkan jawatan kepada Anwar, meskipun sememangnya bertentangan dengan semangat perjanjian di dalam manifesto PH itu sendiri?

Memberikan kuasa kepada Tun M untuk terus menjadi PM seperti yang beliau mahukan, tarikh pun Tun M yang tentukan, adakah itu dikatakan menekan Tun M? Semuanya berjalan baik dan dipersetujui semua sehinggalah apabila Muhyiddin dan Azmin beserta gerombolannya khianat kepada keputusan Majlis Presiden PH. Adakah Hadi mahu menyokong pengkhianatan?

Konon-kononnya Hadi mahu kata beliau mahu menyelamatkan Tun M dari diturunkan, tetapi fakta sekarang menunjukkan Hadi bukan sahaja membantu menurunkan Tun M bahkan membantu mendirikan kerajaan pintu belakang. PH tidak masuk melalui atap dan PH masih memelihara Tun M di dalam rumahnya dengan baik. Malangnya, para pengkhianat ini buka pintu belakang, dan jemput para-para lebai masuk di dalam rumah serta menghalau Tun M keluar.

Sekarang, Hadi mahu sokong pengkhianat demi kerana kuasa yang tidak pernah lebai perolehi dari mandat rakyat. Hadi tidak perlu menjual agama dengan bermain dengan kata-kata yang meloyakan.

WFAUZDIN NS- copy paste

cik minah said...

Budak kampung pegi main jauh-jauh..
Hi hiiii

Anonymous said...

Ratib dan zikir bukanlah milik ekslusif ulama. Sekarang ramai professional pun melakukannya. Masjid di bandar lebih ramai jamaah banding masjid kat kampong.

Bahgia bila dapat buat dua dua, ratib zikir dan cari nafkah. Yang ni tiada pada dap.

Anonymous said...

1 Undi percaya
2 Mesyuarat ph, desak mahathir serah jawatan. Mahathir tegas tak serah, tp akhirnya mahathir
letak jawatan, jd pm interim.
3 MN sokong mahathir sebagai PM. PH u-turn sokong mahathir sebagai PM.
4. Mahathir nak buat UG, dap ada sama. MN tolak, cadang bubar parlimen.
5 Agong jumpa sorang2 wakil rakyat.
6 Agong pilih TSMY dan tolak Mahathir dan DSAI.

Anonymous said...

Rampas merampas dah halal....lobai pas turut sama dirikan kerajaan haram rampas mandat rakyat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails