Pakej rangsangan mampu sokong pertumbuhan
LAJNAH Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan menyambut baik Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang telah diumumkan oleh kerajaan yang bernilai RM20 bilion. Melalui kenyataan awal kami pada 13 Februari yang lalu kami telah menjangkakan pakej rangsangan sepatutnya di antara RM19 bilion hingga RM21 bilion bagi memastikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kekal pada 4.8 peratus.
Sekiranya pakej rangsangan ekonomi RM20 bilion ini dapat dilaksanakan dengan teliti dan berkesan kami masih berkeyakinan bahawa sasaran pertumbuhan 4.8 peratus bagi tahun 2020 masih mampu untuk dicapai.
Secara umumnya pakej rangsangan yang diumumkan ini mempunyai elemen-elemen yang berupaya untuk memacu permintaan domestik melalui sokongan yang ditawarkan kepada industri dan juga pengguna secara umum. Secara khusus sektor peruncitan dan perhotelan akan mendapat sokongan hasil daripada pakej ini.

Namun bagi memastikan kesan yang menyeluruh kepada ekosistem ekonomi Malaysia, kami mencadangkan agar bantuan yang ditawarkan melalui pakej rangsangan ini harus merangkumi semua sektor dan bukan terhad kepada sektor pelancongan sahaja. Ini bagi memastikan wujud kesan rantaian dalam sistem ekonomi yang seterusnya menghasilkan kesan pekali yang akan menyokong pertumbuhan.
Justeru kerajaan perlu untuk mengenal pasti semua sektor aktiviti ekonomi yang terjejas dengan Covid-19 untuk dimasukkan di dalam pakej rangsangan ini.
Pengurangan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga merupakan langkah positif bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat. Namun bagi memastikan tidak berlaku perangkap kecairan rakyat harus terus berbelanja dengan berhemat bagi terus menyokong ekonomi.
Langkah Kerajaan yang menawarkan pengecualian cukai perkhidmatan sektor perhotelan seperti dalam Kumpulan A, Jadual Pertama, Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 dan pengecualian cukai pendapatan individu adalah positif dan mampu untuk menggalakkan pelancongan domestik. Ini akan menyokong sektor tersebut yang mempunyai 78.2 juta pelancong dan menyumbang pendapatan sebanyak RM60.4 bilion
Skim latihan semula yang juga mendapat sokongan dalam pakej rangsangan ini mampu untuk membantu terutamanya pekerja-pekerja yang terjejas dalam sektor pelancongan. Bagi memperkasa skim latihan semula ini kami menyarankan agar ianya dilaksanakan dengan teliti dan komprehensif ke arah menyediakan tenaga kerja Malaysia ke arah menghadapi cabaran Rancangan Malaysia ke-12, Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital. Ini seterusnya akan menyediakan asas kepada penstrukturan semula ekonomi Malaysia kepada ekonomi yang berasaskan input buruh.
Bersempena dengan pelaksanaan pakej ini, Kerajaan juga disarankan untuk mengambil peluang dengan memperkasa langkah-langkah dan kerangka yang perlu ke arah mentransformasi ekonomi Malaysia ke arah ekonomi digital. Antara langkah-langkah penting tersebut telah pun kami sarankan dalam kenyataan yang lalu bertarikh 1 November 2019.
Langkah Kerajaan menyediakan dana RM1 bilion untuk memperkasa Argomakanan juga baik ke arah pengstrukturan semula ekonomi Malaysia bagi jangka masa panjang, Namun langkah ini hanya akan kekal dan berdaya saing sekiranya dilaksanakan secara komprehensif dan dengan perancangan strategik ke arah mewujudkan keselamatan makanan (food security). Sekiranya ini dicapai ianya juga mampu untuk menjadikan ekonomi Malaysia kalis inflasi.
Cadangan Pelaksanaan projek-projek infrastruktur di bawah pakej rangsangan ini juga mampu untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Sebagaimana kenyataan kami bertarikh 6 Januari dan 13 Februari, kami berpandangan bahawa Kerajaan perlu mempertimbang untuk melaksanakan projek rumah mampu milik sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan. Ini bagi memastikan hanya projek yang berimpak tinggi dan mempunyai pekali tinggi dilaksanakan yang seterusnya menghasilkan kesan maksima dalam menyokong ekonomi negara.
MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi 2
Lajnah Ekonomi, Hartanah & Pembangunan Usahawan PAS Pusat.
Timbalan Pengerusi 2
Lajnah Ekonomi, Hartanah & Pembangunan Usahawan PAS Pusat.
8 Rejab 1441H
3 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 3/3/2020
3 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 3/3/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan baru, kembalilah kepada keadilan Islam.
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tiga orang yang doa mereka tidak akan ditolak.
Pertama, orang puasa ketika berbuka.
Kedua, pemimpin yang adil.
Ketiga, doa orang yang kena zalim.
Maka Allah akan mengangkat doanya ke atas dan membukakan baginya akan pintu langit dan Allah berfirman: “Demi kebesaran-Ku, pasti dia akan Aku tolong walaupun selepas beberapa masa nanti.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Menurut sejarah, Khalifah Umar Abdul Aziz (yang tarafnya seperti Presiden atau Perdana Menteri sekarang) pernah menulis surat kepada gabenornya yang bernama al-Jarrah bin Abdullah al-Hakami yang menjadi gabenor di Khurasan dengan berkata:
“Hai Ibn Ummi Jarrah, janganlah kamu memukul orang-orang beriman dan kafir mu’ahad (membuat perjanjian dengan orang Islam) dengan menggunakan tongkat atau rotan kecuali pada kebenaran.

“Awasilah kamu daripada melaksanakan qisas kerana ia membawa kepada banyaknya khianat dan perkara yang tersembunyi. Baca semua surat dan jangan disembunyikan atau diabaikan kecil atau besar urusan kecuali hendaklah dihitungkannya.”
Ketokohan kepemimpinan khalifah ini juga terserlah apabila beliau dengan tegas tidak menerima sebarang bentuk hadiah sekalipun dikatakan Rasulullah menerima hadiah dengan berhujah:
“Tetapi bagi kami dan orang selepas kami dianggap sebagai rasuah.”
“Tetapi bagi kami dan orang selepas kami dianggap sebagai rasuah.”
Begitu juga beliau membatalkan pemberian hadiah kepada semua gabenor yang kebiasaannya menerima hadiah pada setiap kali perayaan Nairuz dan Mahrajan.
Umar juga pernah menegah gabenor dan pegawai kerajaan daripada terbabit aktiviti perniagaan dan tindakan itu dibuat dengan menghantar surat kepada gabenornya dengan menegaskan bahawa pemimpin, gabenor atau pegawai kerajaan tidak boleh melakukan aktiviti perniagaan.
Ini kerana aktiviti itu mengakibatkan mereka sibuk dengan perniagaan dan akan berlaku pilih kasih serta mendapat habuan daripada sumber yang kurang elok.
Sekian, fikir-fikirlah.
Sekian, fikir-fikirlah.
1 comment:
Kesian, tulang besi, puaka rimba dan lancu-lancau masih jadi peluloq pungkok tak basuh gian eng.. kesian, memang keturunan kamu pecacai.. suka makan dedak babi kesian.
ramai dah lari, tapi memang kamu keturunan pecacai masil kekal jadi penjilat juboq kapiaq laknatullah!
kalau tak berubah akan jadi hamba pecacai kapiaq sampai kiamat. Kalau mampuih nak mintak tolong gian eng solat ke??
Astaghfirullah!Taubatlah segera.. Baliklah jadi orang yang beriman.
Post a Comment