Saturday, March 28, 2020

RON95, RON97 turun 6 sen lagi.

Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun enam sen seliter, masing-masing kepada RM1.38 dan RM1.68 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 3 April.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan harga runcit diesel turun sebanyak tujuh sen seliter kepada RM1.68.
“Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun, ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - BERNAMA

Terbaru, lihat ini..


Bab I 
Bab 2
Bersambung..

2 comments:

  1. Alhamdulillah kerajaan PN menurunkan HARGA minyak untuk kebaikan rakyat.

    PH hanya pandai kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org x tahu baca ekonomi mmng akan kata alhamdulillah sahaja..eh..gi mengaji shkek pasal teori ekonomi

      Delete