MASA isteri aku sakit teruk dulu, doktor kata ada harapan dalam 30 peratus saja. Ada ustaz, dia kawan aku, datang berziarah, bagi nasihat agama. Anta sedekah, sedekahlah dengan banyak kerana sedekah itu boleh menyembuhkan penyakit.
Aku angguk faham, aku pun bersedekah, bersedekah dengan banyak sebagaimana nasihat ustaz. Selang beberapa hari isteri aku buka mata, bangun dari koma yang dah dua minggu. Apa aku nak kata? Aku tak boleh kata apa-apa. Allah yang Maha Penyembuh.
Isteri aku ambil ubat hospital dengan penuh disiplin di sebalik orang kata ubat hospital itu perangkap Yahudi. Aku persiapkan diri aku dengan 70 peratus keyakinan walaupun hanya 30 peratus harapan yang tinggal menunggu masanya.
Semua kehendak Allah. Tetapi ia berlaku mengikut adatnya. Isteri aku sakit, makan ubat, buat rawatan dan sembuh. Di belakang cerita adat berubat ini pula sedekah dengan banyak itu dan doa-doa dari aku, anak-anak, saudara-mara, kawan-kawan, mungkin telah menurunkan rahmat Allah ke atas aku sekeluarga. Dan akhirnya Allah juga yang menentukan apa yang Dia mahukan, tiada siapa boleh menghalang.

Jadi kita mengikut adat dan aturan bagaimana menghalang wabak, kita mengurungkan diri kita supaya kita menyekat penyakit COVID-19 dari berjangkit. Kemudian, kepada yang mampu dengan kewangan sekarang boleh bersedekah dengan banyak supaya penyakit ini disembuhkan Allah.
Atau bagi yang berpendapatan sederhana, yang boleh mengeluarkan simpanan KWSP dan sebahagiannya disedekahkan kepada yang memerlukannya atau kita bantu orang yang mahu bersedekah jika kita kurang mampu. Hidupkan kitaran sedekah ini semoga rahmat Allah datang kepada manusia, rahmat yang menyembuhkan.
Pada pengakhiran ceritanya, tetaplah Allah yang akan menentukan berjayakah usaha-usaha kita itu, namun janji Allah dan Rasul tidak akan sia-sia. Sedekah itu penyembuh penyakit, memanjang umur, memurahkan rezeki… yakinlah. Ya Allah, terimalah sedekah kami, terimalah doa kami, sembuhkanlah penyakit ini dari kami semua… Amiin
MOHD NASIR ABDULLAH
25 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 25/3/2020
25 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 25/3/2020
Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
1 comment:
Jika umat Islam tahu pelbagai kebaikan dan betapa besarnya pahala bersedekah , mereka akan berlumba-lumba bersedekah.
Malangnya terdapat sebilangan manusia berkerja siang dan malam mengumpul harta dan mereka enggan bersedekah konon kerana mereka takut jadi miskin.
Akhirnya bila mereka mati, semua harta benda mereka tidak mengikut mereka ke kubur. Maka apakah bekalan yang mereka akan bawa ke akhirat ?
Lebih malang lagi RBA DA-Pigs dan barua Pee H sibuk menghina, menfitnah dan dan memburuk-burukkan ulama Islam, perjuangan Islam, parti Islam PAS dan umat Islam yang menyokong perjuangan Islam.
Maka apakah RBA dan barua itu akan bawa ke akhirat ? Adakah mereka pernah terfikir kubur mereka akan menjadi lubang neraka ?
Jika ini berlaku, bolehkah pemimpin liberal Dan pemimpin kafir harbi gian end dan parti kafir harbi DA-Pigs menyelamatkan mereka dari siksaan kubur dan neraka ?
Post a Comment