Menurut Amirudin, Pakatan Harapan Selangor bertegas sepakat untuk menolak sebarang cubaan mengganggu-gugat mandat rakyat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengesahkan bahawa pentadbiran Negeri Selangor kini tidak lagi dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Tegasnya, secara automatik Bersatu kini bukan lagi sebahagian dalam gabungan Kerajaan Negeri Selangor.
“Justeru, keterlibatan semua pimpinan dan Ahli Bersatu adalah terkeluar daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Permuafakatan Ketua Kampung (MPKK), anak-anak syarikat kerajaan negeri serta seluruh rangkaiannya yang berkaitan sesuai dengan keadaan politik semasa,” katanya dalam satu sidang media di sini pada Khamis.
Perkara itu juga telah dimaklumkan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Video: Pentadbiran negeri Selangor tidak lagi dianggotai Bersatu - Menteri Besar
Menurut beliau lagi, sokongan itu sebagai menghormati mandat rakyat yang besar dan juga kepercayaan yang tinggi kepada PH di negeri Selangor selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.
Tegas beliau, Pakatan Harapan Selangor bertegas sepakat untuk menolak sebarang cubaan mengganggu-gugat mandat rakyat.
Terdahulu, beliau memaklumkan, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan kekal berjalan seperti biasa atas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Selangor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dengan komposisi sebelum ini yang terdiri daripada 19 kerusi dikuasai PKR, DAP (16), Amanah (8), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (6), Barisan Nasional (5), PAS (1) dan Bebas (1).
Harap rakyat selangor sedar. Pilih parti yg bersih dan jelas hala tuju. Pkr tiada hala tuju yg jelas. Dap malaysian malaysia. Pan malaysian malaysia, sama serupa dap. Sedangkan malaysia terdiri dari dua perkataan. Malay dan sia = tanah orang malay. Bangsa lain adalah pendatang.
ReplyDeleteAda petualang hanya kerana pangkat dan harta. Pilih yg utamakan bangsa dan agama dan dinaungi oleh sultan. Baru dapat kuasa yg sedikit, sudah mula ketepikan rakyat asal dan raja2. Lagu negaraku pun tidak fasih.
ReplyDelete