Monday, March 09, 2020

Subky Latif Menulis Fasal Kahwin..


Kaya kahwin miskin demi imbangi keadilan sosial
SATU tindakan yang indah dan mulia bagi seorang kaya memilih orang miskin sebagai pasangan hidupnya demi keadilan sosial dan dengan demikian boleh mengubah status ekonomi dan kehidupan si miskin yang bernasib baik itu.


Apakah hartawan Khadijah boleh jadi contoh apabila memilih pemuda Muhammad menjadi suaminya, sedang Muhammad sebelumnya adalah seorang yang tiada status harta, bahkan menjadi wakil Khadijah menjalankan rombongan perniagaannya di luar Mekah. Kedudukannya tidak sebagai pekerja tetap.
Tidak dipastikan apakah ia akan menaikkan status sosial dari tidak berada, menjadi orang berada. Tetapi seorang yang dipercayai sepertinya dapat meringankan tanggungjawab Khadijah menjaga kekayaannya.
Nabi ada misi, bukan demi mengubah status kemiskinan keluarga Abu Talib berkongsi kekayaan dari harta Khadijah. Tetapi kalau ramai perempuan kaya mencontohi Khadijah nescaya ramai buruh, tukang kebun berubah status sosial.
Tetapi dapatkah perempuan kaya mempercayai laki-laki miskin untuk menjadi suaminya atau tidakkah dia terasa memilih suami miskin menjejaskan status sebagai orang kaya. Payah laki-laki miskin rasa selesa dan bermaruah beristerikan orang kaya. Dia sentiasa jadi suami murung.
Saya ada maklumat ibu saudara saya anak orang kaya. Demi membantu seorang laki-laki miskin yang dipercayai, dinikahkan anak perempuannya dengan laki-laki miskin tadi. Dan diberinya menantunya tanah dan keperluan modal. Tetapi anak perempuan sepanjang hidup terasa tidak berkeadilan supaya bersuami sepadan dengan satus kekayaan keluarganya.
Anjuran si kaya kahwin si miskin, rasanya tidak melibatkan wanita kaya, tapi bagi laki-laki kaya sahaja. Banyak kejadian laki-laki kaya memilih isteri miskin. Ada justeru membantu nasib ekonomi keluarga perempuan itu tetapi kebanyakannya bukan kerana kemiskinan perempuan itu tetapi kerana rupawan perempuan itu.
Tidak dipastikan selepas kahwin si isteri dapat membantu suami bertambah kaya, atau si suami hanya mahu isteri sebagai orang cantik saja.
Kahwin bagi pasangan kaya miskin seperti ini, tidak banyak mengubah status keadilan sosial masyarakat.
Yang bertuah hanya wanita miskin yang jadi isteri orang kaya itu sahaja. Keluarga perempuan itu belum tentu terbela dengan dia jadi isteri orang kaya. Mungkin melimpah bantuannya kepada keluarga, tetapi sistem sosial masyarakatnya tidak terbela.
Keluarganya yang sama-sama miskin dahulu belum tentu berubah status hidup selepas saudari miskinnya jadi isteri orang kaya.
Mungkin keadaan tertentu ada yang dapat dibela, tetapi yang bernasib baik ialah anak miskin itu dapat kahwin orang kaya.
Bagi membetulkan status ekonomi dan kehidupan masyarakat, bukan satu dua orang miskin kahwin dengan orang kaya atau orang kaya mencari orang miskin jadi isteri. Jika laki-laki kaya cari isteri miskin yang cantik, dengan siapa pula anak perempuan kaya kahwin?
Jika dianjurkan si kaya cari isteri miskin, maka senang, tetapi anak perempuan orang kaya bermasalah mencari jodoh anaknya dengan laki-laki miskin. Laki-laki miskin tetap ada ego kelelakian.
Yang perlu dibetulkan ialah ketempangan sosial dan ekonomi masyarakat. Jika sistem sosial dapat dibetulkan, serah sahaja kepada sikaya dengan siapa dia hendak kahwin. Kaya kahwin miskin tuah kepada orang tertentu, tetapi sistem sosial masyarakat tidak berubah. Subky Latif -HarakahDailly.


Lihat sebelum ini..

Berburu Landak, Macan Tutul ini Menyesal dan Merasakan Akibatnya!!

3 comments:

Anonymous said...

Jangan pedulikan lagi Dr Mahathir dan Kit Siang lagi - Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid

Anwar marah marah kenapa Tun kutuk dia lagi...Pada Anwar Ibrahim pedulikan saja si celaka renta itu, dia lebin nak selamatkan politik Mukhriz dan selamatkan anakcucu si celaka tua renta itu...

Dr Mahathir yang terkenal dengan lidah bercabang, fitnah jijik, peras ugut, kroni mengayakan 4 orang anak bertaraf billionaire, pembelit dan kepala perompak dengan myka tak malu dia tak pedulikan plakad “Anwar PM ke-7” ni. Imej dari NST.

Bagi Tun Abdul Hamid, apa yang orang Malaysia kena buat sekarang adalah mulakan hari baru tanpa Dr Mahathir, Anwar dan Lim Kit Siang. Kerana baginya, selama ni kita dah disibukkan dengan tingkah laku diorang ni sampaikan keadaan politik kita jadi tak tentu hala.

Mengambil contoh Dr Mahathir, baginya selama ni Dr Mahathir dah buat banyak masalah dalam negara, seperti:

Krisis Perlembagaan dengan Raja-Raja Melayu

Menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988

Menyebabkan UMNO diharamkan;
Berkelahi dengan Timbalannya sendiri Tun Musa Hitam

Memecat Anwar Ibrahim

Bergaduh dan cuba menjatuhkan Tun Abdullah Badawi

Masuk dan keluar UMNO berkali-kali.

Anwar pula baginya begitu ghairah nak jadi Perdana Menteri dengan mendesak Dr Mahathir beberapa kali menyerahkan jawatan kepadanya. Seorang pengamal pluralist, pejuang LGBT, penipu pembohong sesumpah boleh bertukar prinsip dan akidah bila bila masa.

Manakala, kehadiran DAP dalam kerajaan PH Anwar Ibrahim juga nampaknya seperti menyerahkan kuasa politik Melayu kepada parti berkenaan.

“Nampaknya selagi beliau (Dr Mahathir) ada dalam arena politik, beliau tidak berhenti-henti menimbulkan masalah. Cukuplah. Kita mulakan hari baharu tanpa Dr Mahathir, Anwar dan Lim Kit Siang.” – Tun Abdul Hamid

Anonymous said...

"Politik salahkan orang lain", ini jenis politik yg ada dalam ph. Anuar salahkan azmin, azmin pulak salahkan anuar. Mahathir salahkan anuar, anuar pulak salahkan mahathir. Puaka pulak salahkan lobai, mulia lobai kerana tak salahkan puaka. Puaka pun dah panas ponggong sebab belum berjaya tumbangkan lobai.

Unknown said...

contohi perkahwinan Mastura anak orang kaya dan Syawal yg miskin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails