Sunday, March 22, 2020

Ternak Kelulut, Jadi Sumber Pndapatan..

SARANG kelulut di ladang milik Rohani.
SARANG kelulut di ladang milik Rohani.
Usahawan, guru ternakan kelulut


DENGAN hanya bermodalkan RM2,000 untuk mula menternak lebah kelulut kini seorang wanita boleh berbangga dengan usaha yang dijalankan sejak enam tahun lalu.
Pengurus Aqif Kelulut Farm, Rohani Rani dan suaminya, Wan Mohd Safri Wan Sulaiman kini mampu tersenyum dengan ternakan kelulut yang diusahakan di bawah Projek Komersial Ternakan di atas tanah seluas 14 ekar milik Jabatan Pertanian Pahang di Tanah Putih, Pekan, Pahang membuahkan hasil lumayan.
Secara purata, kira-kira 300 kilogram madu sebulan dapat diperoleh dan ia dipasarkan ke seluruh negara.
Bukan itu, saja, mereka turut menjual sarang kelulut kepada sesiapa yang mahu berjinak-jinak dengan ternakan kelulut.
Rohani berkata, menternak kelulut sebenarnya mudah, kurang risiko selain kos yang murah dan mempunyai permintaan pasaran yang tinggi namun tidak ramai yang mengetahuinya.
“Saya bermula secara kecil-kecilan dengan modal RM2,000 dan lama-kelamaan selepas mengetahui selok-belok penjagaan kelulut ini, saya mula kembangkan.
“Bermula dengan hanya satu spesies, kini saya memiliki pelbagai spesies lain termasuk Trigona Itama, Trigona Thoracica, Trigona Apicalis, Trigona Binghami, Trigona Terminata, Trigona Canifron,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Rohani, spesies Itama lebih komersial dan mendapat permintaan tinggi kerana pengurusannya lebih mudah berbanding kelulut lain.
Kata ibu kepada dua anak ini, mencari log kelulut spesies itu juga lebih mudah selain ia lebih senang dijaga.
“Berbanding Thoracica, kelulut jenis itu mudah ‘merajuk’ dan kadangkala apabila madu diambil, ia seolah-olah tak suka dan tidak akan hasilkan madu pada bulan selepas itu.
SESI amali dengan peserta kursus.  SESI amali dengan peserta kursus.

“Bagaimanapun, pada bulan berikutnya, kelulut ini (Thoracica) akan kembali menghasilkan madu namun uniknya, jenis itulah yang menghasilkan paling banyak madu,” katanya.
Jelas Rohani, biarpun mudah, hanya penjagaan dan persekitaran yang baik dapat membantu kelulut menghasilkan madu lebih banyak dan berkualiti.
Katanya, perkara itu bagaimanapun diabaikan ramai pengusaha.
“Kita perlu sentiasa pastikan ancaman terhadap kelulut seperti kumbang haptoncus loteus (kumbang pollen), black soldier fly (BSF), katak dan cicak dielakkan supaya kelulut dapat fokus terhadap penghasilan madu.
“Sekiranya perkara itu tidak dilakukan, kelulut terpaksa ‘mengurangkan’ kerja kerana perlu membuat kawalan terhadap ancaman sarangnya,” katanya.
Mengulas lanjut, Rohani berkata, pada 2016 berlaku serangan kumbang pollen sehingga dia terpaksa membakar 150 sarang kelulut untuk mengelak berjangkit kepada sarang lain.
Kata Rohani, dia mengalami kerugian besar ketika itu sehingga ada pihak tampil membuat kajian.
“Saya dan suami berusaha mencari jalan penyelesaian selama dua bulan dan akhirnya bertemu kaedah terbaik dengan mencipta perangkap menggunakan botol mineral yang digantung di sekitar ladang.
“Di dalam botol itu diisi dengan biji pollen sebagai umpan dan minyak, jadi kumbang yang datang masuk akan terperangkap di dalamnya sebelum mati,” katanya.
Rohani berkata, sejak menggunakan teknik itu, ladangnya tidak lagi berdepan serangan serangga itu yang kebiasaannya banyak ketika musim buah.
Selain itu, kata Rohani, untuk mengelak serangan BSF, dia juga akan pastikan sarang sentiasa kering dan meletakkan sarang di atas ‘stand’ yang dicipta khas.
Katanya, kaedah itu secara tidak langsung turut dapat elak serangan cicak dan katak.
Sementara itu, Rohani turut terbabit program Empower ECER dengan menjadi ‘cikgu’ mengajar mereka yang berminat dengan ternakan kelulut.
“Saya dan suami suka berkongsi ilmu. Dengan pengalaman yang dilalui sebelum ini saya ajarkan kembali kepada yang baru-baru berjinak.
“Tiada rahsia kerana saya mahu lebih ramai terbabit untuk mengembangkan bidang ini ke seluruh Malaysia,” katanya.
ROHANI berkongsi ilmu mengenai ternakan kelulut.  ROHANI berkongsi ilmu mengenai ternakan kelulut.
(MuMetro)


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk landak raya

6 comments:

Anonymous said...

Pemimpin-pemimpin Pee H gila kuasa masih bergaduh berebut jawatan dan sibuk berpolitik untuk agenda peribadi sendiri yang membuktikan puak Pee H ini mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan wabak covid-19 dan penderitaan rakyat.

Dasar terbuka KERA-jaan Pee H Yang teramat bodoh membenarkan rakyat China Komunis bebas memasuki Msia di waktu wabak Covid sedang merebak di China telah menyebabkan virus covid-19 merebak ke Msia dan membiak Dan mengancam nyawa rakyat Msia.

Akibat kebodohan melampau Pee H, lebih 1000 rakyat Msia dijangkiti virus covid-19 dan sebilangannya telah meninggal dunia.

Ini membuktikan pemimpin-pemimpin Pee H sangat tidak layak memerintah negara.

Anonymous said...

Ini penjilat-penjilat mereka.. Dah takdak apa nak jilat..
Rupanya masih ada puak jilat juboq gian eng meneruskan hasut..

Tak usah menyamar le, orang kenal mana penjilat juboq kapiaq gian eng.
Kesian, Masih jadi barua DAP lgi.
Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula atau rejam kerana pembelot.

Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, dan babi-babi buta tu.. Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat sangat ke?? kalau mampuih panggil lah gian eng solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi

Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..

DAP macam cicak penyet, kepala terapit pintu, terkepit.
Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat,peluluq juboq tak basuh si kulup gian eng. hi hi hi . tak malu muka tembok pungkok babi..

Jilat Juboq gian eng.. Jilat Juboq gian eng.. Jilat Juboq gian eng..
Mereka bangga disebut macam tu..

Anonymous said...

Walaun klu hati dah busuk..ubat mcm mana pun tak akan sembuh..ini lah ajaran tuang presideng..

Anonymous said...

Kesian peluloq juboq tk basoh, tauliah palsu. Perasuah.
kepala dah penyet, tinggal ekoq je tekodek-kodek.. HIIIIIIIIIIII

Anonymous said...

RBA ternakan parti kafir harbi DA-Pigs sedang meroyan histeria gila babi sejak Pakatan Hancing terguling baham tanah kerana terputus bekalan dedak cap roket yang menjadi kegemaran babi ternakan gian end. Siang dan malam RBA sibuk menjilat gian end tak basuh berak.

Ha ha ha ha ha ha

Anonymous said...

Perhimpunan tabligh kelulusan zaman ph. Waktu tu tengah sibuk rebut kuasa mahathir dan nuwar. Urusan negara no dua penting. Dalam otak nampak kerusi pm, tak nampak covid. Rakyat jadi mangsa.

Sekarang nuwar sebuk hentam kerajaan dalam isu covid. Tindakan tak betul, alatan tak cukup, pakej ransangan ekonomi tak ada. Apa jenis manusia ni????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails