Sunday, April 26, 2020

'6 beradik yatim piatu yang tercicir', T/Menteri Turun Padang.

 
Zailah tangani ehwal kebajikan di Sg Buloh dan Kapar
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff telah turun padang mengadakan lawatan ke atas penduduk yang diuji dengan beberapa keadaan di dua Parlimen iaitu Sungai Buloh dan Kapar, semalam.
Bersama NGO Dapur Rakyat, beliau telah menyantuni anak yatim piatu terbiar dan keluarga daif serta pesakit kronik dengan turut disertai Yang DiPertua PAS Kawasan Sungai Buloh, Ustaz Zaharudin Muhammad di Sungai Plong.
Hasil sesi turun padang itu Zailah menyaksikan sendiri nasib 6 beradik yatim piatu yang tercicir dari pendidikan dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana ada antara mereka mempunyai masalah surat beranak.
Beliau juga mengambil maklum keadaan golongan OKU tidak didaftarkan dengan JKM atas pelbagai kekangan kehidupan, selain menemui penduduk yang masih tidak mendapat maklumat mengenai bantuan PRIHATIN disediakan oleh kerajaan.
Kunjungan ziarah serta menyerahkan sumbangan itu turut dipanjangkan Siti Zailah yang melawat mangsa ribut dan asnaf dengan diiringi oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kapar, Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh di Bukit Kapar.
Beliau turut memuji tindakan pantas pihak Lembaga Zakat Selangor dan JKM setelah menerima aduan pihak Ketua Kampung dengan segera mempercepatkan bantuan kepada mangsa yang terbabit. – HARAKAHDAILY 25/4/2020

YB Timbalan Menteri Wanita hulur sumbangan di Temerloh dan ziarah di Jerantut

YB Zailah Yusof, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kelantan sempat singgah di Temerloh menziarahi dan memberi sumbangan.

Penghuni OKU di Rumah Sinar Harapan, Saudara Basiron pemberita harakah.

Mak Cik Timah 2 beranak yang mengalami sakit kanser.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails