Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
KUALA LUMPUR: Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, pembayaran fasa pertama itu membabitkan peruntukan sebanyak RM5.63 bilion.
“Dalam pengumuman awal, BPN dirancang untuk dibayar pada penghujung bulan April ini melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM9.24 bilion, yang akan dibayar dalam 2 fasa,” katanya.
Beliau dalam pada itu menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan “scammers” yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam, yang memerlukan bantuan pakej prihatin itu.
Tengku Zafrul berkata, penerima disaran merujuk kepada sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.
Beliau berkata, tempoh permohonan baru dan rayuan BPN dibuka sejak 1 April hingga 30 April ini.
Sementara itu bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan atas permohonan baru dan rayuan akan dibuat dan bagi mereka yang diluluskan bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020.
Selain itu penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat perintah kawalan pergerakan (PKP).
Penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama, seperti di Semenanjung Malaysia.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Kementerian Kewangan melalui nombor-nombor telefon 03-88829089, 03-88829087, 03-88829191, 03-88824565, 03-88824566, dari pukul 9 pagi hingga 5 petang pada Ahad-Jumaat atau pautan bsh@treasury.gov.my pre2020@treasury.gov.my atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) di talian 1-800 882 747, 03-8911 1000, pada hari dan tempoh operasi sama. BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya, kerajaan pimpinan PM ke 8 ini, lebih pandai mentadbir dan menjaga hati rakyat dari Menteri Kewangan sebelumnya yang tauliahnya pun palsu. Gila!
1 comment:
Aku pasti, sangat2 pasti, kalau pakatanhancing yg tadbir negara pasti.. ya pasti.. sangat2 pasti tak akan ada skim bantuan kecemasan Prihatin nasional nih ..
Yang akan mereka buat ialah 'tabong harapan 2.0' aka 'tabong kencingan', ... alasan dia negara tak ada duit sebab Rosmah ambil buat beli bags, Najib tak tinggal duit satu sen pun dalam perbendaharaan.. dan lain2 lagi.
Rakyat jika kena perentah berkurung yg jika mereka buat semua akan dikawal oleh 'sukarelawan' pandapigs dan peegheyR dibawah kelolaan dapigs. Polis pun kena ikut arahan mereka...
Akan ada la mereka hantar beras cap hancing sikit2 ..
Dan semua perbelanjaan 'sukarelawan' tersebut akan diambil dari perbendaharaan begitu juga segala kos yg lain kecuali kos beras hancing cap hancing akan datang duit 'tabong hancing',,
Semua menteri, tim.menteri serta pegawai2nya akan dapat elaun 10X hingga 50X ganda sebab kerja waktu kritikal alasanya dan semua perberlanjaan ditanggong oleh perbendaharaan.
Itu kalau peehancing masih tidak runtuh dam masih mentadbir.
Post a Comment