Saturday, April 25, 2020

Akaun Facebook Ini, Catat 1.5 Juta Pengikut Dalam 10 Hari. Mengapa?

Pengikut akaun Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’ mencecah 1.5 juta orang dalam tempoh 10 hari. — Paparan skrin Facebook
Pengikut akaun Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’ mencecah 1.5 juta orang dalam tempoh 10 hari. — Paparan skrin Facebook
‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini’ catat 1.5 juta pengikut dalam 10 hari


NILAI, 25 April — Sejak beberapa hari yang lalu, akaun laman Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’ menjadi sebutan dalam kalangan warganet, yang berkongsikan pelbagai jenis masakan mereka yang tidak menjadi, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengasas akaun Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official Norlaila Dollah-Ahmed, 46, berkata akaun itu yang diwujudkan dengan niat hanya untuk berkongsi masakannya dan pengguna Facebook yang tidak menjadi dan beliau tidak menyangka ia akan menjadi tular sehingga turut mendapat perhatian Perdana Menteri.
“Tercetus idea untuk buat akaun ini sebab saya suka masak dan suka berkongsi resepi dalam Facebook saya, ada juga yang cuba masak ikut resepi saya tetapi tidak jadi, dan saya sendiri pun pernah masak serunding tetapi tidak jadi dan ia hangus, dari situ saya terfikir boleh dikongsi di dalam Facebook, untuk kita santai-santai bergelak ketawa waktu-waktu PKP ini.
“Lepas akaun ini diwujudkan, pengikut makin lama makin ramai dan ia terus menjadi tular sehingga Perdana Menteri pun tahu kewujudan akaun ini dan itu memang saya tidak sangka sama sekali,” katanya kepada Bernama di sini.
Ibu dua orang anak ini berkata, sejak akaun itu disebut Perdana Menteri dalam ucapan khasnya semalam, seramai 200,000 permohonan baharu yang ingin menjadi pengikut akaun berkenaan.
“Ketika ini kami ada 20,000 ‘post’ yang masih ‘pending’ belum dapat kami siarkan, sebab terlalu banyak dan permohonan baharu untuk menjadi pengikut akaun ini juga sangat ramai kami perlukan masa untuk tapis perkongsian kami dan permohonan pengikut.
“Saya terasa juga tempiasnya bila tengok orang ramai komen positif dan gelak ketawa, bila melihat perkongsian-perkongsian yang menarik suami saya sendiri yang dahulunya seorang yang susah nak gelak, tetapi boleh nampak gelak ketawa dia bila tengok perkongsian orang ramai dalam akaun ini,” katanya.
Norlaila yang menjalankan perniagaan kedai makan di Nilai di sini berkata, namun di sebalik komen positif, terdapat juga sesetengah pihak yang menimbulkan isu mendakwa kononnya akaun ini diwujudkan, untuk orang membazirkan makanan dan menghina makanan.
“Niat asal saya untuk kita santai-santai bergelak ketawa sahaja, bukan sampai menghina makanan dan bukan juga untuk dijadikan bahan untuk orang yang sengaja buat masakan mereka tidak jadi, kemudian post dan ‘gilakan’ komen serta ‘like’ dan akhirnya membuat pembaziran.
“Sebab itu kami kena tapis, mana-mana masakan yang kami tengok sengaja dibuat-buat tidak menjadi atau gambar google, kami tidak akan siarkan,” katanya.
Justeru, Norlaila turut meminta agar pengikut akuan itu lebih berhati-hati terhadap setiap komen yang diberikan, bagi memastikan mereka tidak menghina makanan dan membuat mana-mana pihak terasa hati. — Bernama


Lihat sebelum ini..
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014

3 comments:

Anonymous said...

Mulia Hati Ustaz Ebit Lew, moga dapat teruskan aktiviti amal - Najib Razak

(Psstt.!! Najib dah komen pasal Ebiet Liew Atok tak nak komen ka.!?)

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersimpati dengan luahan ustaz Ebit Lew setelah pendakwah terkenal itu tidak akan meneruskan usahanya dalam membantu golongan susah.

Menerusi laman Facebook, Najib berkongsi keratan berita mengenai pendakwah tersebut sehingga menerima lebih 40,000 tanda suka dan 1,200 perkongsian.Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersimpati dengan luahan ustaz Ebit Lew setelah pendakwah terkenal itu tidak akan meneruskan usahanya dalam membantu golongan susah.

Menerusi laman Facebook, Najib berkongsi keratan berita mengenai pendakwah tersebut sehingga menerima lebih 76,000 tanda suka dan 2300 perkongsian.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, perjuangan dan hati Ebit disifatkan mulia kerana sering tampil membantu golongan yang hidup dalam serba kekurangan.

Najib turut berharap agar pendakwah keturunan Cina berkenaan dapat meneruskan aktiviti amal itu dan kebaikannya hanya mampu dibalas oleh Allah SWT.


Mmmm mintak Atok komen pulak...

Anonymous said...

Rupanya masih ada lagi balaci DAP ini..
Teruskan Meroyan.
Memang puak-puak munafik atau anti Islam ada sepanjang zaman..
Ya, kita tahu, masih ada puak anjing kurap jilat juboq gian end meneruskan hasut ganggu..
Tak usah menyamar le, orang kenal mana penjilat juboq kapiaq gian end.

Kesian, Masih jadi barua DAP lagi.
Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian end. barua pecacai yang patut di hukum sula atau rejam kerana pembelot. Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, budak kampung dan babi-babi buta tu..
Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat sangat ke?? kalau mampuih panggil lah gian end solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi
Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..

DAP macam cicak penyet, kering, kepala terapit pintu, terkepit. Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat,peluluq juboq tak basuh si kulup gian end. hi hi hi . tak malu muka tembok pungkok babi..
Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end..

Mereka bangga disebut macam tu.
Hiiiiiiiii

Anonymous said...

Hati2 dengan kaldai2 yg cuba suntik sentimen benci membenci sesama umat islam. Membenci islam rohingya, membenci ust ebit liew. Umat islam perlu saling bantu membantu dan buang perasaan membenci umat islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails