PENGHUNI penjara menyertai program Tadarus serta Khatam al-Quran sepanjang tempoh PKP di Surau Penjara Marang. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI
Khatam al-Quran 25 kali sepanjang PKP
SERAMAI 60 penghuni Penjara Marang menyertai program Khatam al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga sekarang.
Program itu dijalankan sebagai usaha dan harapan supaya wabak Covid-19 yang sedang melanda negara dan seluruh dunia itu reda, sekali gus keadaan kembali pulih seperti biasa.
Pengarah Penjara Marang, Penolong Kanan Komisioner Wan Sani Ab Latiff berkata, sehingga kini penghuni sudah khatamkan al-Quran sebanyak 25 kali sepanjang tempoh PKP.
“Program itu dijalankan secara berterusan bermula pada 10 pagi hingga 12 tengah hari pada setiap hari.
“Setiap hari, 60 penghuni termasuk lima daripadanya yang sedang mengikuti kelas tahfiz akan khatam 30 juzuk al-Quran.
“Selain khatam al-Quran, mereka mengerjakan solat hajat berjemaah dan amalan bacaan surah Yasin setiap lepas solat Maghrib di bilik domiteri masing-masing,” katanya program Tadarus dan Khatam al-Quran di Surau Penjara Marang.
Wan Sani berkata, pihaknya tidak memaksa penghuni untuk menjayakan program dianjurkan sempena Covid-19 itu, tetapi disertai secara sukarela penghuni yang berkebolehan.
“Harapan kami supaya dengan sedikit usaha dijalankan warga Penjara Marang ini membantu meredakan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia itu.
“Sebagai tanda penghargaan kepada semua penghuni yang menyertai program itu, Penjara Marang memberi saguhati berupa barangan keperluan termasuk makanan kepada mereka,” katanya.
Sementara itu peserta, Madi, 45, (bukan nama sebenar) berkata, dia bimbang keselamatan keluarganya dan sentiasa mendoakan keluarganya dilindungi daripada Covid-19 itu.
“Kami bukan sahaja berdoa, khatam al- Quran, solat hajat dan membaca Yasin tetapi turut mengamalkan bacaan Qunut Nazilah dalam setiap solat.
“Harapan kami supaya wabak Covid-19 itu cepat reda dan keluarga boleh datang melawat kami di penjara seperti biasa,” katanya yang ditahan di bawah kesalahan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurutnya, dia bekas banduan akhir tetapi mendapat pengampunan Sultan pada 2012 sebelum dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun.
Katanya, kini dia tinggal enam tahun lagi sebelum dibebaskan dan berasa tidak sabar untuk hidup bersama keluarga semula.
Wednesday, April 15, 2020
ReplyDeleteKERAJAAN MALAYSIA TERIMA WANG 1MDB DARI US MENGESAHKAN AMALAN KLEPTOKRASI NAJIB.
ZAMURI ARDANI
Bila kerajaan terima wang USD300 juta dari US, itu sebebarnya mengesahkan bahawa pentadbiran BN sebelum ini mengamalkan kleptokrasi. Para walaun Najib kena faham bahawa manusia yang kamu dokong selama ini adalah sah sebagai penyamun wang rakyat.
Wang itu dirampas oleh pentadbiran US melalui Jabatan Keadilan negara itu dari Jho Low dan Riza Aziz melalui akta anti-kleptokrasi. Kalau Najib bukan kleptokrat, wang itu tidak akan dipulangkan semula kepada kerajaan Malaysia dan kerajaan Malaysia juga tiada hak untuk menerima wang tersebut.
Wang itu adalah hasil perjuangan PH menjatuhkan rejim kleptokrasi. Wang itu adalah milik rakyat Malaysia.
Anda boleh sahaja mendabik dada itu dan ini, tetapi wang itu adalah hasil perjuangan PH. Orang yang paling banyak berjasa membawa wang itu kembali ke negara kita ialah mantan Peguam Negara, Tommy Thomas.
Terima kasih TT, terima kasih PH.
ReplyDeleteKenyataan Rasmi dari PMO ditanda tangani PM8 TS Muhyidin si UMNO TOTOK. Maka sah lagi sohih PAS mengHALALKAN KEMUNGKARAN SKANDAL 1MDB UMNO Najib yg kini menjadi teman seperjuangan PAS MENGKHIANATI RAKYAT MALAYSIA.
PAS MUNAFIKUN MUNGKARAN FASIKUN WALAUN LANUN PENYAMUN.
TAUBAT LAH WAHAI AHLI2 PAS SEBELUM NYAWA MELAYANG
BEREALITI BUKAN FANTASI MEK SEKSI
Masa ph pemerintah, janjinya nak selesaikan isu 1mdb. Boleh beri yakinkan rakyat bahawa Najib bersalah. Tapi sampai kini, rakyat tertanya apa yg berlaku. Apa sebenarnya duit yg dipulangkan itu. Adakah duit rakyat? Kembali rakyat kepada BN kerana ph tidak buktikan apa2. Sekadar persepsi seperti juga 90 juta, persepsi yg berjaya. Tapi sudahnya semua itu bohong dan fitnah.
ReplyDeletePakar fantasi ph dengan abstract oleh dap dan skrip oleh pkr dan pan. Munafiq ketara bila patuh arahan dap. Mudarat mana lebih besar antara umno dan dap. Budak Islam darjah enam pun paham apa lagi pelajar universiti dan orang dewasa.
Maksudnya najib ada dalam penjara, macam nuwar yg dah jadi banduan. Yg mana fantasi yg mana realiti.
ReplyDeleteItu pandangan zamuri ardani.
ReplyDeleteItu bukan bahan bukti mahkamah. Jika bahan bukti, boleh ke diserahkan sekarang. Sedangkan barang bukti boleh dilepaskan/tidak dilepaskan setelah kes mahkamah selesai.
Bahasa mudah, belum ada keputusan mahkamah, tapi ph sudah mencipta persepsi.