Foto Facebook Ustaz Ebit Lew
'Rasa berdosa biarkan keluarga daif, anak kecil tidur dengan nyamuk' - Ebit Lew
KUALA LUMPUR: "Saya makan sedap, rumah saya besar, kenderaan banyak, anak kecil ini pula tidur dengan nyamuk.
Demikian kata pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang mengibaratkan beliau berdosa sekiranya tidak membantu sebuah keluarga dikesan sudah setahun tinggal dalam sebuah bangsal di kebun getah di Baling.
Ebit dalam Facebooknya berkata, beliau bukan sahaja tidak tidur lena, malah rasa berdosa apabila mengetahui sepasang suami isteri dan empat anak kecil itu berada dalam kesempitan hidup.
"Menangis lagi di Baling, Kedah. Dah dua hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan empat orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah.
"Selepas sahur terus ke sini.. jauh dari orang dan dalam kebun getah, banyak nyamuk. Tidak lepas kereta saya masuk dalam, kena jalan kaki. Menangis tengok adik-adik ini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.
"Bagi saya sehari mereka di sini adalah dosa buat saya yang tidur lena, makan sedap, rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk.. mereka anak yang baik, senyum bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat, comel, cemerlang pelajaran dan sukan," katanya.
Melalui perkongsian itu, Ebit turut mengajak keluarga berkenaan berpindah rumah dan akan menanggung sewa rumah baharu itu.
"Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik di sini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa, rasa bersalah. Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka," katanya.
Beliau turut berkongsi, terdapat pihak yang sudah menjanjikan pembinaan rumah bagi keluarga itu yang dijangka akan disiapkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nanti.
Dalam status Facebook terbaharunya, Ebit berkata, keluarga itu sudah berpindah ke rumah sewa baharu dan beliau sudah membayarkan dua bulan sewa serta bil sewa rumah dan elektrik.
"Mereka kata macam mimpi dan anaknya gembira sahaja di dalam kereta saya tadi. Jiran semua baik dan datang membantu perpindahan tadi.
"Saya pergi kedai perabot belikan dua katil 'queen' dan tilam, dua tilam 'single', tikar getah, periuk nasi elektrik dan beri duit belanja buat keluarga ini," katanya yang turut berharap, anak kecil dibantunya akan belajar di madrasah nanti. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa khabar MB Kedah yang mewah kaya raya, ada di mana sekarang?
Mukmin, tidak membiarkan jiran kelaparan..
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ , عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ.
Dari Ibnu Abas dari Nabi SAW: Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan. (HR at Tabrani No: 12579) Status: Sahih
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ , عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ.
Dari Ibnu Abas dari Nabi SAW: Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan. (HR at Tabrani No: 12579) Status: Sahih
Pakatan Hancing pimpinan parti kafir harbi hanya pandai kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll.
ReplyDeletePakatan puak kafir harbi dan puak munafik liberal ini memenangi PRU dengan menggunakan politik persepsi yang sangat kotor dan menjijikkan. Politik persepsi lebih kotor dari najis !
Alhamdulillah KERA jaan Pakatan Hancing telah tumbang baham tanah.
Jawatan dpt sebab 2...
ReplyDelete1. Dedikasi
2. Daddy kasi
hahahaha
Maaf, gurau kasar sikit
Dlm politik, org yg nak jawatan jadi ketua rakyat, tapi tak mahu bantu rakyat, ini bukanlah manusia yg baik. Harta berlambak, rumah super mewah, kereta berjenama, tapi biarkan rakyat menderita. Apa jenis manusia ni??? Masa zaman deddy pun macam tu. Mana ada pm sebelumnya yg meninggalkan kerusi pm bawa harta yg berlambak lambak.
ReplyDeleteTak kan abak cucu jer yg nsk ksya rays ada boat mewah, kapal layar, jet pribadi, pulau marina langkawi resort rakyat merempat di biar kan... jangan fikir anakcucu senang lenang..
ReplyDeletekalah kan terus pemilihan ini lagi bagus...!!