Friday, April 03, 2020

Atu Zero&isteri Bantu Jahit Baju PPE - "ini sahaja yang dapat kami bantu”. Masya Allah!

Atu Zero dan isteri hulur bantuan jahit baju PPE - “Tiada duit ... Shafeeqa turut dibantu suaminya dalam menyiapkan baju pelindung (PPE) untuk diberikan kepada petugas hospital.
HALAMAN HIBURAN

TIDAK mampu untuk menghulurkan bantuan dari segi kewangan, isteri kepada pelawak Atu Zero iaitu Shafeeqa Johari mengambil inisiatif lain dengan membantu menjahit baju pelindung (PPE) untuk petugas hospital.


Shafeeqa berkata dia terpanggil untuk membantu barisan hadapan (frontliners) selepas ternampak sebuah posting seorang jururawat di laman Facebook meminta bantuan mana-mana pihak yang sudi menjahitkan baju itu.
Menurut Shafeeqa yang juga pengurus kumpulan Zero itu, bukan hanya dirinya sahaja namun Atu dan adik iparnya turut saling membantu dalam menyiapkan pakaian tersebut.
"Saya terpanggil untuk menolong menjahit pakaian PPE tu selepas terlihat satu posting seorang jururawat yang memerlukan bantuan. Kebetulan ada kenalan saya yang mengenali jururawat tersebut dan menghubunginya.
 Shafeeqa bekerjasama dengan tenaga pengajar UiTM.
"Lagipun sekarang saya duduk rumah menjaga anak saja, ada waktu terluang ini saya fikir apa salahnya memberi bantuan dari segi tenaga. Kesian melihat mereka perlu bekerja dalam pada masa yang sama nak kena jahit baju sendiri.
"Pihak hospital menyediakan kain, saya menjahit saja. Alhamdulillah, permulaan saya siapkan 50 helai dalam masa tiga hari dan terus hantar kepada petugas kesihatan di Hospital Sg. Buloh dan Hospital UiTM Sg. Buloh.
"Atu dan adik ipar saya turut membantu. Kalau saya perlu jaga anak, Atu akan potong kain dan dia juga yang akan menghantar kain kepada sukarelawan yang lain di area Shah Alam. Ini saja yang dapat saya berikan untuk hargai mereka, tiada duit untuk diberikan," kata Shafeeqa kepada mStar.
Sebelum ini, Shafeeqa berkongsi perkara itu di laman sosial dan mendapat sambutan netizen yang turut ingin menghulurkan bantuan dan menawarkan diri untuk menjahit pakaian PPE tersebut.
Shafeeqa juga memuat naik status dia sedang mencari pihak kilang yang boleh membantu secara sukarela untuk menjahit PPE dengan kuantiti yang banyak dalam kadar segera untuk Hospital Sungai Buloh.
Dalam pada itu, Shafeeqa mengakui dia banyak menerima panggilan daripada beberapa hospital yang memohon bantuannya namun terpaksa menolak kerana sukar untuk proses menghantar kain dan pakaian itu.
Biarpun ramai suri rumah dan doktor yang sudi membantunya, namun dia masih memerlukan lebih ramai lagi sukarelawan untuk menyiapkan pakaian PPE itu dalam kuantiti yang banyak serta cepat.
"Ada beberapa hospital bertanyakan kepada saya tapi sekarang, saya boleh buat untuk yang dekat saja. Saya tak mampu nak buat seorang tapi syukur, ramai orang yang sudi menjadi sukarelawan untuk menjahit pakaian itu.
 Pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill kini sedang bertungkus lumus menyiapkan pakaian perlindungan diri (PPE). Foto Facebook RADZUAN RADZIWILL.
"Antaranya, suri rumah dan juga doktor yang klinik terpaksa ditutup buat sementara waktu. Pihak hospital sangat memerlukan pakaian itu dalam kuantiti yang banyak tapi mereka tak kisah berapa banyak yang kami boleh jahit dan beri kepada mereka.
"Sebab itu, saya nak cari lagi sukarelawan yang tinggal berdekatan Shah Alam, yang ada mesin menjahit untuk bantu mempercepatkan lagi proses menyiapkan pakaian itu. Lagi ramai, lagi bagus.
"Kalau ada yang sudi nak tolong, boleh hubungi saya di Instagram. Nanti saya boleh hantar kain dan beri video tutorial untuk jahit baju tersebut," ujarnya.
Sementara itu, Shafeeqa turut berterima kasih kepada pihak tenaga pengajar Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dan semua sukarelawan yang membantu menyiapkan pakaian PPE itu bersamanya.
Lihat sebelum ini..

    No comments:

    Post a Comment