Tuesday, April 07, 2020

Berjayakah M'sia Tangani COVID-19? S'pura Terpaksa Ikut..

BERNAMA - COVID-19: Pesakit Pulih Semakin Meningkat, Kes Baharu ...
BERNAMA - COVID-19: Pesakit Pulih Semakin Meningkat, Kes Baharu Malaysia hampir berjaya tangani COVID-19

KITA berjaya melaksanakan 47,723 pengujian setakat 3 April 2020 atau 1,452 ujian bagi setiap sejuta penduduk. Kadar ini lebih baik berbanding Amerika Syarikat yang hanya melaksanakan 409 ujian per juta dan Jepun (312 per juta). Ia juga jauh meninggalkan negara Serantau seperti Indonesia (28 per juta) dan Filipina (48 per juta)

Kita adalah antara negara yang paling berpotensi mengadakan ujian besar-besaran dengan anggaran 16000 ujian akan dapat dilakukan setiap hari pada bulan ini. Kerjasama KPT dan MOSTI menyediakan 10 makmal diagnostik tambahan pula akan membolehkan tambahan 1400 ujian dilaksanakan sehari kepada seluruh rakyat. Ya. KKM tidak bekerja seorang diri

Kita adalah antara negara terawal mengadakan lockdown secara bertahap bagi memastikan moral rakyat boleh menyerap tekanan secara natural. Penggunaan tentera walaupun dikecam dari dalam akhirnya menunjukkan hasil apabila kita menjadi antara negara yang berjaya ‘flatten the curve’ sehingga Singapura pun akhirnya terpaksa melakukan perkara yang sama.

Kita adalah antara negara yang berjaya menyediakan ratusan pusat kuarantin termasuk mengubah suai MAEPS Serdang sebagai pusat rawatan dan kuarantin terbesar negara hanya dalam tempoh 4 hari Kita adalah antara negara yang mempunyai kadar kesembuhan COVID-19 yang tinggi di dunia. 

Setakat semalam, 24.8 peratus kes positif telah pun pulih dan dibenarkan keluar. Peratusan ini adalah lebih tinggi daripada kadar global (20.8 peratus) serta negara-negara maju seperti Perancis (21.65 peratus), AS (4.43 peratus), Kanada (17.66 peratus), Israel (5.42 peratus) dan Australia (10.7 peratus).

Paling utama, kita adalah negara yang fokus dan tidak terganggu dengan politik dalaman. Antara punca New York menjadi negeri pertama di dunia mencatatkan lebih 100 ribu kes positif semalam adalah kerana Gabenornya Andrew Cuomo (Demokrat) tak berhenti-henti berpolitik dengan Trump (Republican).

Apa sahaja kekurangan sama ada isu Doraemon, isteri membebel dan akronim MEWA ditamatkan sama ada dengan permohonan maaf atau penarikan semula. Semuanya supaya kita semua boleh fokus kepada krisis yang lebih utama. Ya. Ini bukan Kerajaan yang saya undi. Ini juga bukan Kerajaan yang anda undi, tapi apa yang berlaku telah membuktikan, mereka adalah Kerajaan yang kita perlukan hari ini
“Kita Mesti Menang”

ABDUL RAHIM HILMI ZAKARIYA
Bukit Tunggal Kuala Terengganu –HARAKAHDAILY 4/4/2020

Lihat sebelum ini..
Unjur kematian besar: Keceluparan LKS dikesali

3 comments:

Anonymous said...

Ibnu ko tu blogger pas pondan penakut..

baik tutup blog ko ni..tak bantu pas pon kerana satu malaysia sudah tahu pas tipu dan tonggang agama.

Anonymous said...

RBA ternakan DA-Pigs sakit mental yang kronik meroyan histeria.

Anonymous said...

Untuk Anon 8:25 AM

KENYATAAN MEDIA MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN

7 April 2020

KERAJAAN PERLU BERHENTI MENYALAHKAN PENJAWAT AWAM

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan melahirkan rasa kesal terhadap perkembangan mutakhir ini berkaitan pemecatan beberapa jawatan dalam agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Tindakan Kerajaan memecat jawatan-jawatan lantikan Kerajaan sebelum ini daripada golongan professional pada masa ini adalah tidak wajar dan bukan keutamaan.

. bla.. bla... blahhh..bole blahh..bla...

blaa..blahhh..bole blahhh...

YB DS Shamsul Iskandar Mohd Akin
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Liew Chin Tong
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Persoalan

Sejak bila DAP jadi champion dalam membela penjawat awam nih...!? mana pergi pakar formula@strategi DAP iaitu Tony Phua..!?

Bukan sewaktu awal-awal PH memerintah mereka lah yang nak beriya-iya nak buang penjawat awam ..LUPA DAH KEEEE? sekarang nak jadi JUARA pulak..ke masa buang penjawat awam dulu kena sakit HILANG INGATAN..sekarang dah SEMBUH terus MEROYAN tak tentu HALA ke? kalau lupa semak je kat GOOGLE kisah-kisah PH tamatkan jawatan Penjawat Awam kat situ kalau betul MP-MP PH dah kena sindrom penyakit PELUPA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails