Awas: Gelombang ‘Ikramisasi’ IPTA di Malaysia
SELEPAS Dr Maszlee Malik meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan, timbul dakwaan dalam Asia Sentinel bahawa sekurang-kurangnya 26 Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor IPTA di Malaysia telah beliau lantik dari puak IKRAM.
Menariknya, individu yang tampil mempertahankan Dr Maszlee dalam laman web IKRAM ialah Datuk Dr Musa Nordin yang menyebut tuduhan itu palsu kerana puak IKRAM yang Dr Maszlee lantik sebagai Naib Canselor IPTA hanyalah 6.
Kalaulah betul hanya 6 Naib Canselor IPTA yang Dr Maszlee lantik adalah dari puak IKRAM sekalipun, bilangan ini masih lagi besar, 6 daripada 20 adalah 30 peratus, dan tidak hairanlah begitu kuat sekali dakwaan ‘Ikramisasi’ IPTA di Malaysia.
Menariknya lagi, satu memorandum yang diserahkan oleh pimpinan IKRAM kepada Dr Maszlee pada 11 Jun 2018 menyebut “terdapat lebih 500 tenaga akademik IPTA atau IPTS dalam kalangan ahli IKRAM yang digabungkan dalam wadah IKRAM Akademia”.

Carian lanjut mendapati IKRAM Akademia ini telah kemudiannya didaftarkan pada 30 Oktober 2018 dengan Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama yang memilih Ahli-ahli Jawatankuasanya telah dilangsungkan di Seri Kembangan pada 5 Januari 2019.
Bermula dari situ, keahlian IKRAM Akademia melonjak naik dengan umpamanya catatan pertambahan seramai 98 ahli yang datang dari IPTA seluruh negara hanya dalam tempoh kurang 3 bulan sahaja, iaitu antara 22 Ogos ke 6 Oktober 2019.
Peliknya, keahlian IKRAM Akademia hanya eksklusif untuk ahli-ahli IKRAM yang menjadi ahli akademik sahaja, begitu juga dengan aktiviti-aktivitinya yang bersifat eksklusif, termasuk “mentoring dan pembangunan kerjaya ahli IKRAM Akademia”.
Bayangkanlah bila Bengkel Penyediaan Geran Projek FRGS 2019 anjuran IKRAM Akademia di UPM, yang selalunya dan sepatutnya dibuka kepada semua ahli akademik, pun boleh dibuat eksklusif untuk ahli-ahli IKRAM dan diselitkan agenda IKRAM sekali.
Mereka juga begitu berani sekali sebelum ini dengan mendedahkan secara terbuka aktiviti-aktiviti dan identiti ahli-ahli mereka kerana dukungan kuat Dr Maszlee malah selepas Dr Maszlee sudah meletakkan jawatan sekalipun ia tetap berterusan. Apakah akan jadi jika gelombang Ikramisasi IPTA di Malaysia ini dibiarkan berterusan? Bolehkah dan bagaimanakah gelombang Ikramisasi IPTA di Malaysia ini dihentikan?
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 12/4/2020
5 comments:
SEKALI KITA TROLL DEPA TERUS MATI
DAH PERINGAT LAWAN DNG FAKTA & BUKTI
NI MASIH NAK FITNAH MEMBATU API DLM FB
KLU NAK JADI BODOH SOKONGLAH PH SKLI LAGI
KIKIKI..
Boleh! Sekarang mantri KPT geng kito. Kita tukar denge PASimisasi, ok dog?
Bahaya liberal ini kerana aqal lebih tinggi dari agama. Anak muda lebih terdedah kepada bahaya ini. Banyak yg dihalalkan oleh liberal seperti lgbt dan kahwin sejenis. Umrah lelaki bertelekung pun dibolehkan. Yg penting kasut hitam bukan tulisan jawi.
Masalahnya salah sorang presiden parti ph terlibat dengan rodok belakang dan tinggi makrifat liberalnya.
Tulisan jawi asas baca fatihah dengan betul. Kasut hitam asas untuk tak basuh kasut seminggu.
Post a Comment