Sebuah motosikal yang digantung penyidai kain di sebuah stesen minyak menjadi tanda tanya. Foto Facebook Alin Taharin
Demi anak bapa sanggup jual tudung, gantung pada ‘handle’ motor... emoji senyum beri 1001 maksud - “Nak raya nanti macam mana pula?”
TANPA mempedulikan cuaca panas terik, seorang penunggang motosikal duduk di atas tembok di sebuah stesen minyak.
Namun, apa yang peliknya apabila kelihatan penyidai baju kecil tergantung pada sebelah pemegang motosikal milik lelaki itu.
Menerusi sekeping foto yang dirakamkan oleh seorang wanita, terdapat kadbod yang diletakkan di atas tempat duduk yang memaklumkan dia menjual tudung.
“Saya jual tudung sebab nak beli susu dan lampin anak,” menurut keterangan pada kadbod itu.
Lebih menyentuh hati apabila di akhir keterangan itu turut disertakan dengan emoji senyum yang sukar ditafsir apakah maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Lebih menyentuh hati apabila di akhir keterangan itu turut disertakan dengan emoji senyum yang sukar ditafsir apakah maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Keterangan pada kadbod yang diletakkan di atas tempat duduk motosikal.
Wanita berkenaan tampil menjelaskan bahawa lelaki berkenaan bukan mengemis tetapi memerah keringat sendiri demi keluarganya.
“Terserempak dengan saudara ni di Petronas Seberang Jaya. Saudara ni bukan meminta tetapi menjual tudung demi keperluan anak,” tulisnya di halaman Facebook Alin Taharin.
Posting wanita berkenaan kemudian menjadi tular selepas ia dikongsi halaman Facebook Penang Kini.
Tudung yang dijual, digantung pada penyidai baju kecil.
"Tolong support brother kita ni sesiapa yang berdekatan. Tu baru cari duit nak beli lampin anak. Nak raya nanti macam mana pula? Anak berapa orang pun kita tak tahu. Semoga Allah mudahkanlah urusan semua umat Islam di bulan Ramadan ini,” komen netizen yang lain.
Malah, ada yang mengingatkan bahawa segelintir pihak yang mengalami kesempitan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.
“Rezeki masing-masing, yang mana ada gaji tu sepanjang PKP ni janganlah kita riyak sangat. Ada yang teramat susah nak survive.
“Kita doa yang baik-baik. Yang mana ada lebih tu kita kongsi-kongsi lah rezeki. InsyaAllah rezeki ada di mana-mana. Amin,” ujarnya. (Mstar)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila renungkan kata-kata Allahyarham Amiduddin Baki..
'Pisang berbuah dua kali
ayam di kepok mati kelapatan
itek di air mati kehausan
ibarat malang pak kadok
ayam menang kampong tergadai.
Beginikah bangsa di negara berdaulat
bumiputra rela dagang merantau?
Dikutip dari majalah dua bulanan 'Al-Islah' terbitan sekitar 1960/70an oleh Tuan Hj Yusuf Rawa (Bekas Presiden PAS) di Lebuh Aceh Pulau Pinang.
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..
Bab 1
- Bumiputera Melayu PP Mulai 'Kelaparan'. K/Negeri, ...
- PKP: K’jaan P Pinang perlu beri potongan bil air
- P.Pg Tukar Kalimat Azan Kepada 'al-Salatu fi buyut...
- Virus Corona Di Pantai Malindo, Balik Pulau, PP..
- PP Pentingkan 'nasib penggiat seni' Dari Rakyat Se...
- Ibu Catu Makanan bimbang 'kelaparan', T'ganu. Berb...
- 600 Keluarga Rohingya putus bekalan makanan.
Bersambung..
5 comments:
hoi.. kerajaan PN jual asset hang tak mau komen ke? Dulu meratib kata PH jual harta, DAP jual harta melayu bagai, hang mmg sial!
wei anon 11.05. ko tu yg bongok. kerajaan jual kpd tnb glc kerajaan. yg untung nanti pemegang saham tnb. ph jual ihh kpd singapork. ko nampak bezakan. simpan sikit bongok di bulan poser ni.
Percaya sangat kat menteri duit Eng Guan akhir nya leboh equiti bumi. Memang kuat menipu cina dap ni. Tapi kaldai2 dap tak kisah. Janji dapat jawatan terutama jawatan pm.
Meratib apa yg telah lalu ini ada lah amalan orang yg suku mencaci. PH sudah terkubur. PN sekarang yg berkuasa. ITU tanggung jawap mereka sekarang. Jangan nencari kesalahah yg lampau. Orang yg bodoh saja mencari kesalahan orang orang lain. Jika itu falasapah org melayu. Ia tak akan kemana.
anon 12:53, cina guan eng bg rm30 e-wallet pun hg sebat, lg banyak cakap, piirah melayu
Post a Comment