Dr Dzul, Belajarlah Dari Keangkuhan Singapura
Saya terkejut bila hari ini Dr Dzul dilaporkan berkata kerajaan patut buat ujian antibodi COVID-19 (serological test) besar-besaran dan bukannya memanjangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) [1]. Saya tak boleh bayang kalau dia masih lagi Menteri Kesihatan.
Dr Dzul, nasihat saya belajarlah daripada keangkuhan Singapura. Ketika kita mula melakukan PKP, Singapura negara terawal mengkritik kita. Kita dituduh ekstrem, tindakan tidak kompeten, merosakkan ekonomi dua negara dan bermacam lagi [2].
Ya. Mereka ada fasiliti kesihatan bertaraf dunia. Rakyat mereka paling berdisiplin dan paling patuh arahan. Ujian besar-besaran dibuat kerana mereka yakin simptom awal dapat dikesan.
Mereka melakukan 72,680 pengujian setakat 7 April 2020. Atau nisbah 12,250 pengujian per sejuta penduduk - antara tertinggi di dunia. Malah nisbah ini sebenarnya lebih tinggi daripada Korea Selatan (9100 ujian per sejuta penduduk)
Tetapi Singapura silap. Mereka gagal mengambil kira faktor luar jangka. Contohnya 88% pesakit COVID-19 sebenarnya tiada simptom / mempunyai simptom minimum. Tetapi masih mempunyai potensi menyebarkan virus kepada orang lain.
Singapura rebah. Kes positif tiada tanda turun. Kadar kesembuhan mereka adalah 23.7%, lebih rendah daripada kita yang mencatat 44%. Akhirnya Singapura terpaksa mengalah dan mengisytiharkan lockdown (mereka panggil Circuit Breaker) bermula 7 April
Tetapi sudah terlambat. Kes mereka menjadi tidak terkawal. Pada 9 April mereka menerima 287 kes positif - lebih tinggi daripada kadar harian paling buruk negara kita.
Singapura menyesal. Lawrence Wong, Menteri Pembangunan Negara mereka mengatakan, "Jika saya tahu virus ini boleh merebak dengan cepat, saya akan melakukan tindakan yang berbeza (daripada sebelum ini iaitu ujian besar-besaran dan amalan social distancing sahaja)"
Bahayanya Singapura sehinggakan BBC sendiri memberi amaran bahawa dunia hari ini sepatutnya mula bimbang dengan trend yang sedang berlaku di negara tersebut. [3]
Jauh berbeza dengan Malaysia. Bukan sahaja PKP yang dijalankan telah berjaya mengurangkan kes-kes aktif malahan usaha dan inisiatif terutama oleh pasukan Menteri 'Air Masak' Dr Adham Baba telah berjaya memastikan negara kita bersedia untuk pandemik yang lebih serius
Dengan kurang daripada 2500 kes aktif hari ini, kita masih jauh daripada kapasiti maksimum 7000 pesakit yang boleh dirawat di pusat-pusat kesihatan negara.
Pengujian kes kita juga semakin lama menunjukkan angka yang memberansangkan. Kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi Menteri 'Tik Tok' dan MOSTI pada akhir Mac membolehkan 10 makmal tambahan digunakan bagi pengujian pada skala yang lebih besar. [4]
Ia akhirnya menyumbang kepada peningkatan pengujian harian daripada 5,341 pada 29 Mac kepada 12,138 pengujian pada 7 April.
Itulah jasa Air Suam and Tik Tok Dr Dzul.
Ingatlah. Jangan dipandang sangat kehebatan negara luar. Kerana kadang-kadang yang memukau itu cumalah kosmetik yang meliar.
Banggalah dengan negaramu sendiri. Yakinlah dengan bakat tanah air mu ini. Percayalah dengan kesabaran setiap rakyat yang senyum menanti.
Hanya dengan itu perang ini akan kita menangi
#KitaAkanMenang
---
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu
Rujukan:
[1] https://www.thesundaily.my/…/focus-on-mass-testing-instead-…
[2] https://m.facebook.com/100007423144773/posts/2636549346602478
[3] https://www.bbc.com/news/amp/world-asia-52232147
[4] https://www.hmetro.com.my/…/tambah-makmal-ujian-covid-19-me…
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu
Rujukan:
[1] https://www.thesundaily.my/…/focus-on-mass-testing-instead-…
[2] https://m.facebook.com/100007423144773/posts/2636549346602478
[3] https://www.bbc.com/news/amp/world-asia-52232147
[4] https://www.hmetro.com.my/…/tambah-makmal-ujian-covid-19-me…
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jangan lupa doa ulamak, umat Islam, dan rakyat yang dizalimi tetap akan diangkat Allah SWT ke langit tinggi. Amin!
Dr dzul pun dah kena virus angkuh temasek yg disebar melalui dap. Ditaqdirkan virus angkuh yg menjangkit kat dr dzul terstop oleh tertubuhnya pn. Tindakan pn dapat puji dari who.
ReplyDeletePUSAT KIBLAT KJAAN PAKATAN HARAPAN IALAH SINGAPURA
ReplyDeletePUSAT FITNAH KERAJAAN MALAYSIA DARI DULU LAGI
HUTANG SINGAPURA TINGGI DARI MESIA INI FAKTA YAA
MASIH JUGAK JADIKAN RUJUKAN HARAMJADAH DURJANA
KIKIKIKI
DAP ADALAH PAP VERSI MALAYSIA. SIANG KIT ASALNYA AHLI PAP. SIANG KIT SEKARANG AHLI DAP. JASAD TERPISAH TAPI SEMANGAT DAP DAN PAP SAMA. PAKAIAN POLITIK BERBEDA TAPI SEMANGAT POLITIK SAMA.
ReplyDeletePeperangan ada beberapa FASA....
ReplyDeletePemikiran juga ada beberapa FASA...
Orerational Thinking and Strategic Thinking...
Mungkin DOGTOR D*ul hanya berfikiran operational thinking...
He only can win a battle, but he will lose a war...
Hebat komen di atas April 13, 2020 at 2:51 AM
ReplyDeletet.kasih.
ReplyDeleteAircraft carrier USS Theodore Roosevelt telah keluar dari USA pada jan2020 dari pengkalannya, kapal bertenaga nuklear yg mampu berlayar selama enam bulan dgn segala kecukupan makananan minuman tenaga dll itu telah berada dilaut sejak tarikh itu dan tidak berlaku penambahan krew serta keperluan, dalam erti kata lain tidak ada keluar-masuk samada orang serta barangan dari luar kapal...
Pada 30march telah didapati seorang krew menghidapi CoV2, dan dlm masa seminggu 80% krew lain berjumlah +- 5000 orang telah disahkan positif CoV2.
Persoalannya ialah darimana datangnya virus tersebut?
Kalau salah seorang krew adalah pembawanya maka itu bermakna tempoh masa dormant virus tersebut adalah melebihi 60hari atau lain2 kemunkinan.
Sekiranya jangkitan berlaku ketika pelayaran di laut philipina dimana kapal perang tersebut mendekati pulau kecil terumbu tidak berpenghuni maka ianya membawa kpd lebih banyak persoalan lagi.
Kadar jangkitan yg tersangat cepat iaitu dala masa seminggu dari seorang yg didapati positif kpd hampir 5000 orang juga mengundang banyak persoalan kerana perlu diingat bahawa ini adalah kapal perang Usa kelas Nimz, segala kelengkapan perubatan mencukupi dan pastinya yg terbaik yg mereka ada.
Banyak persoalan mengenai virus CCP19 (pinjam dari nama diberikan oleh NDT terhadap virus yg WHO namakan Covid19-CoV2-VirusX) nih sebetulnya.
Pehak yg memandang remeh tentang virus terutama dari yg tidak mereka betul2 tahu adalah teramat bodoh yg bangga dgn kebodohannya.
Dan awas, sekiranya pembawanya telah ada disesuatu kawasan samada yg dikesan atau tidak, maka ianya boleh 'menjelma' dengan tiba2 pada tempoh masa hingga lebih 60hari.
Apakah keupayaan merosakkan disebabkan serangan virus ini?
Yg jelas bagi yg teruk adalah pertamanya adalah adanya tanda2 seperti Flu, kemudian imune mangsa menjadi lemah, kemudian organ dalaman tertentu dimamah mcm mamahan cancer, ..
Nah.. kacukan pelbagaian apa sebetulnya virus bejadah nih?