Friday, April 24, 2020

Kes positif di Indonesia 7,775, kematian 647. Di AS, Kematian 47,000.

COVID-19: Kes positif di Indonesia 7,775, kematian 647
Keadaan di sebatang jalan yang lengang akibat penularan COVID-19 di Ubud, Bali, Indonesia, 23 April, 2020. REUTERS

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 7,775 kes, dengan 11 lagi kematian berlaku bagi tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata pada Khamis, jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 647 orang, sejak kematian pertama pada 11 Mac lepas.


"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam (Rabu) sehingga 12 tengah hari ini (Khamis), sebanyak 357 kes baharu, manakala pesakit yang dalam pengawasan berjumlah 18,283 orang," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 301 kes, diikuti Jawa Barat (74 kes), Jawa Timur (60), Jawa Tengah (53) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. (BERNAMA)

Pegawai perubatan mengambil sampel darah orang ramai bagi mengesan virus COVID-19 di New York. - Foto AFP
Pegawai perubatan mengambil sampel darah orang ramai bagi mengesan virus COVID-19 di New York. - Foto AFP

COVID-19: Kematian di Amerika mencecah 47,000

WASHINGTON: Kematian akibat COVID di Amerika Syarikat (AS) mencecah 47,000, pada Rabu, menurut laporan Agensi.

Model University of Washington https://covid19.healthdata.org/united-states-of-americyang dipetik oleh Rumah Putih, mengunjurkan hampir 66,000 kematian COVID-19 di AS menjelang 4 Ogos depan.
Kematian pertama di AS dicatatkan pada 6 Februari lalu. Dalam tempoh beberapa minggu selepas itu, angka kematian di AS terus meningkat sehingga ia menjadi yang tertinggi di dunia.
Semalam, kematian akibat COVID-19 di negara itu adalah sebanyak 47,050, manakala rekod harian sekitar 1,800 dengan beberapa negeri lain belum melaporkan.
Mengikut rekod kematian pada Selasa lalu adalah 2,792 sahaja manakala 2,806 kematian dicatatkan pada 15 April lalu.
Semalam, di New York, pusat wabak COVID-19 melaporkan 474 kematian baru, iaitu ada jumlah terendah sejak 1 April.
Sehingga ini, Amerika Syarikat mencatat jumlah kes COVID-19 paling tinggi dunia iaitu lebih dari 830,000.
Bagaimanapun, Presiden Donald Trump, semalam memuji langkah diambil beberapa negeri di AS, yang dipimpin oleh Republikan, termasuk Georgia, Carolina Selatan dan Tennessee yang sudah membuka kembali ekonomi mereka, meskipun terdapat amaran mengenai kemungkinan peningkatan jangkitan COVID-19. - Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails