PENDAHULUAN
(1) Dalam suasana serangan COVID-19 di peringkat global ini, kita perlu lihat bahawa manusia itu memang diciptakan oleh Allah S.W.T dalam keadaan hidup saling memerlukan;
(1) Dalam suasana serangan COVID-19 di peringkat global ini, kita perlu lihat bahawa manusia itu memang diciptakan oleh Allah S.W.T dalam keadaan hidup saling memerlukan;
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
(al-Hujurat: 13)
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
(al-Hujurat: 13)
(2) Sistem yang disediakan oleh Allah S.W.T ialah kepelbagaian bangsa, asal-usul, keturunan, latar belakang dan sebagainya. Perkara ini perlu dilihat dari kaca mata pemikir.
Kepelbagaian ini hakikatnya diciptakan oleh Allah S.W.T untuk hidup dalam keadaan tolong-menolong. Ini kerana setiap bangsa dan keturunan, pasti ada kelebihan masing-masing.
(3) Kita boleh lihat dalam Sirah Nabi S.A.W, bagaimana Baginda S.A.W memanfaatkan pengalaman Salman al-Farisi yang mencadangkan supaya dikorek parit mengelilingi Madinah.
Idea tersebut diambil daripada pengalamannya di Parsi, dan dicadangkan kepada Baginda S.A.W. Cadangan tersebut diterima. Ia menjadi gambaran bahawa perbezaan itu boleh dimanfaatkan antara sesama manusia.
Plato dan Aristotle
(1) Di dalam karya-karya ilmuan atau tokoh sejarah, kita akan dapati konsep penghasilan sumber tenaga manusia ini pernah ditulis. Sangat banyak untuk digali.
Antara tulisan yang agak kuno seperti ‘Republik’ yang dikarang oleh Plato, ahli Falsafah Yunan. Beliau melakarkan di dalam bukunya itu mengenai kepelbagaian kebolehan manusia.
Bahkan, beliau dan anak muridnya Aristotle ada mengemukakan pendapat dan teori mengenai negara ideal. Sekalipun kedua-duanya ada berbeza pendapat.
(2) Negara ideal menurut Plato ialah negara yang mementingkan kebajikan. Ini kerana menurut beliau, kebajikan itu adalah pengetahuan. Beliau melihat pentingnya pengurusan pendidikan dalam sesebuah negara.
Plato menekankan bahawa negara itu mestilah bersifat saling memerlukan. Untuk memenuhi keperluan, manusia memerlukan orang lain. Ini menyebabkan terjadinya hubungan tukar-menukar dalam kehidupan sosial manusia.
(3) Aristotle pula mengumpamakan negara itu sebagai tubuh badan. Negara lahir dalam bentuknya yang sederhana, kemudian berkembang menjadi kuat dan dewasa, setelah itu hancur dan tenggelam dalam sejarah.
Komponen-komponen negara adalah ‘kampung-kampung’ yang terdiri daripada kekeluargaan. Keluarga dianggap unit Persekutuan paling kecil. Manakala yang tertinggi adalah negara.
(4) Bahkan Aristotle juga berpandangan bahawa negara terbentuk kerana wujudnya manusia (rakyat) yang hidup dalam keadaan saling memerlukan antara satu sama lain.
Ibnu Khaldun
(1) Catatan Ibnu Khaldun yang bertajuk المقدمة menjadi rujukan hari ini apabila menceritakan mengenai keseimbangan bandar dan luar bandar. Perbezaan ini mampu membangunkan negara.
Beliau sangat menekankan aspek ‘alam sekitar’ dalam pembinaan sesebuah negara, termasuk struktur pembinaan, selain daripada 5 prinsip yang mesti diutamakan.
(2) Perkara pertama yang mesti diberi perhatian dalam membangunkan bandar adalah susunan perumahan yang strategik dan sistem keselamatan yang dijamin.
(a) Perkara kedua beliau mengaitkan dengan atmosfera yang mesti dipelihara daripada pencemaran. Termasuk juga penyakit berjangkit yang tersebar melalui udara kotor.
(b) Perkara ketiga beliau membahaskan mengenai air atau sistem pengairan. Bandar mestilah dibina berhampiran dengan sungai atau sumber air bersih. Di sinilah akan menimbulkan ketenangan.
(c) Perkara keempat, ialah kawasan ragut, yang perlu diberi perhatian dalam membantu sektor perladangan. Khususnya dari sudut bekalan daging, susu dan sebagainya.
(3) Begitulah yang kelima dan ke seterusnya. Beliau menekankan aspek geografi, seperti berhampiran dengan hutan dan laut sebagai sektor import dan eksport.
Di sini kita boleh faham bagaimana beliau mencetuskan idea keseimbangan sejagat. Iaitu di kalangan penduduk yang berbeza kemahiran, hidup saling memerlukan.
Hidup bermasyarakat
(1) Masing-masing ada cara pendekatan tersendiri dalam membina negara. Kebanyakannya selari dengan Islam, melainkan beberapa perkara sahaja. Contohnya pandangan Plato dalam bab ekonomi.
Beliau menganggap bahawa sepatutnya tiada pemilikan peribadi, kerana menurut beliau ia akan menimbulkan persaingan yang tidak sihat. Seakan-akan Sosialis.
Namun kita perlu faham bahawa zaman Plato adalah sekitar 800 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Jadi, mungkin pandangannya itu hanya sesuai di zamannya. WaLlahuaklam.
(2) Walaupun demikian, ketiga-tiga tokoh ini agak selari dalam menyatakan bahawa negara itu terbina daripada perbezaan. Perbezaan ini membentuk kerjasama, iaitu saling memerlukan antara satu sama lain.
Konsep ini selaras dengan apa yang difirmankan oleh Allah S.W.T yang saya nyatakan di atas tadi. Bahkan banyak lagi idea-idea kenegaraan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh yang lain, turut berdiri di atas dasar ini.
(3) Ya, Islam mengajar kita supaya hidup bersosial, dengan makna hidup bermasyarakat. Tidak hidup sendirian di gua, atau gunung-ganang melainkan beberapa ketika sahaja untuk penyucian jiwa.
Hal ini boleh dilihat dalam sirah Nabi S.A.W, yang hidup bermasyarakat dan dalam masa yang sama ada masa tertentu Baginda S.A.W bersendiri (berkhalwat).
(4) Hidup bermasyarakat inilah yang membina tamadun, seperti Babylon, Byzantium, Baghdad, Parsi dan lain-lain. Iaitu apabila wujudnya elemen kemasyarakatan.
Realiti hari ini
(1) Di dalam suasana COVID-19 pada hari ini, kita melihat bahawa realiti manusia itu hidup saling memerlukan antara satu sama lain. Sama ada di peringkat Antarabangsa atau setempat.
Contohnya media melaporkan pada 27 Mac 2020 bahawa negara Somalia menghantar 20 orang doktornya untuk bertarung dengan COVID-19 di Itali [1]. Ini antara gambaran hebat.
Tatkala negara-negara Barat merasakan bahawa mereka itu negara kaya, manakala Somalia negara miskin, namun di sana masih wujudnya nilai-nilai kemanusiaan.
(2) Dalam situasi COVID-19 pada hari ini, negara-negara maju yang hebat-hebat dilihat agak sukar untuk berhadapan dengan kes ini, berbanding negara-negara kecil yang seperti Malaysia.
Walaupun tak dinafikan ada yang masih otak politik, segalanya melihat dari sudut ‘milleage’. Contohnya Trump dalam ucapannya menggunakan istilah ‘Chinese Virus’. [2]
(3) Bahkan negara yang berkonsepkan Autoritarian, atau pemerintahan ‘satu parti’ dilihat lebih sesuai dalam menangani COVID-19 ini berbanding negara-negara Liberal Demokrasi.
Nilai-nilai kemanusiaan, atau hidup saling memerlukan inilah yang diajar oleh Islam. Negara yang maju bukan bermaksud ia bagus dari semua sudut, kadangkala ketinggalan dalam bab kemanusiaan.
(4) Perbezaan bangsa, keturunan dan warna kulit sepatutnya dijadikan sebagai pengukuhan apabila berkongsi kepakaran dan pengalaman. Namun, ia telah dijadikan senjata untuk membakar perpecahan.
Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 11/4/2020
Malaysia masih mempunyai amat luas tanah terbiar,terutama di perkampungan tradisional Melayu,yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pertanian berskala sederhana dan besar jikalau dicantunkam.Namun Hal ini perlu perancangan yang teliti oleh Kementerian pertanian.Tidak perlulah meneroka belantara dan hutan sekunder untuk tujuan pertanian dan penternakan.Menteri Pertanian ,Menteri Alam Sekitar,dan sebagainya..perlu duduk semeja tentang hal ini disertai pakar-pakar pertanian negara.
ReplyDelete