DAP bukan anti-Islam: Komen untuk Khalid
DALAM sibuk-sibuk musim COVID-19 ini sempat lagi Khalid Samad memuat naik rakaman kuliah Dato’ Dr Danial Zainal Abidin yang berhujah bahawa DAP bukan anti Islam.
Rakaman kuliah Dato’ Dr Danial Zainal Abidin yang dimuat naik oleh Khalid Samad ini boleh ditonton di pautan ini: https://www.facebook.com/ybkhalidsamad/videos/247783513045481/?v=247783513045481
Sudah jenuh sebenarnya mahu memperkatakan isu sama ada DAP anti Islam atau tidak ini, namun untuk tidak menghampakan rakan-rakan, di sini dinyatakan komen ringkas saya.
Rakaman kuliah Dato’ Dr Danial Zainal Abidin yang dimuat naik oleh Khalid Samad ini boleh ditonton di pautan ini: https://www.facebook.com/ybkhalidsamad/videos/247783513045481/?v=247783513045481
Sudah jenuh sebenarnya mahu memperkatakan isu sama ada DAP anti Islam atau tidak ini, namun untuk tidak menghampakan rakan-rakan, di sini dinyatakan komen ringkas saya.
Komen pertama
Kita kena lihat latar belakang Dato’ Dr Danial Zainal Abidin yang bukan terlatih dalam bidang politik atau Perlembagaan kerana beliau pemegang Ijazah M.B.Ch.B dari Universiti Iskandariah.
Dato’ Dr Danial Zainal Abidin juga adalah Yang Di Pertua JIM Pulau Pinang dari 1992 ke 2001 selain merupakan Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang, sudah tentulah ada kepentingannya di situ.
Komen kedua
Jika benar DAP bukan anti Islam mengapa Lim Kit Siang sendiri pernah ditahan di bawah ISA pada 1969 antara lainnya, mengikut kenyataan Setiausaha KDN, kerana sifat anti Islamnya?
Jika benar DAP bukan anti Islam mengapa pemimpin-pemimpin DAP terus-terusan mempertikaikan pelbagai perkara yang menyentuh mengenai kedudukan Islam di negara ini?
Komen ketiga
Jika benar DAP bukan anti Islam mengapakah DAP tidak pernah berani menunaikan janji untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tokoh-tokoh yang menyebut DAP anti Islam?
Pada 28 Januari 2017 Lim Kit Siang pernah mengugut untuk menyaman Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menyebut DAP anti Islam tetapi sehingga kini ugutan ini tidak pernah dikota.
Pada 21 Februari 2017 Lim Kit Siang pernah mengugut untuk menyaman Tan Sri Annuar Musa kerana menyebut DAP anti Islam tetapi sehingga kini ugutan ini tidak pernah dikota.
Komen keempat
Jika benar DAP bukan anti Islam mengapa kaji-kaji selidik yang dibuat oleh badan-badan kaji selidik yang mesra dengan DAP sendiri mendapati majoriti responden menyebut DAP anti Islam?
Kaji selidik Institut Darul Ehsan yang diumumkan oleh Datuk Prof Dr Mohammad Redzuan Othman mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti Islam.
Kaji selidik ISEAS – Yusof Ishak Institute, Singapura, yang diumumkan oleh Wan Saiful Wan Jan pula mendapati 71 peratus daripada 1,104 respondennya di Johor bersetuju DAP anti Islam.
Komen kelima
Mana lebih kuat antara kenyataan Dato’ Dr Danial Zainal Abidin dengan kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua?
Kenyataan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah berbunyi: “Kenapa DAP sentiasa ada sikap macam anti benda-benda yang ada sifat Islam?”
Kenyataan Tian Chua pula adalah berbunyi: “DAP super allergic terhadap anything Islamic” (“DAP terlalu tidak suka terhadap apa saja yang berkait dengan Islam”).
Minta Khalid Samad jawab lima komen saya ini kalau beliau benar-benar jujur.
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 4/4/2020
Hibur Hibur Sikit
Orang-orang Melayu 'Islam' yang menyokong parti kafir harbi DA-Pigs (yang memusuhi agama Islam dan umat Islam) adalah tergolong kepada golongan DA-Pigs juga maka mereka juga adalah musuh Islam.
ReplyDeleteVersi Islam yang diterima oleh DA-Pigs adalah 'Islam Liberal' yang sangat sesat lagi menyesatkan kerana penganutnya menyembah akal mereka sendiri dan mempertikai dan menolak ajaran Al-Quran dan Sunnah.
Maka ibadah mereka adalah sia-sia sahaja kerana mereka menentang Allah dan RasulNya. Amalan mereka adalah seperti debu yang berterbangan dan hilang ditiup angin.
Dap bukan anti islam jer, dia anti melayu dan malaysia. Tak pernah mahu anak2 bersekolah di sekolah kebangsaan. Dia mahu berqiblatkan ke tanah besar cina.
ReplyDeleteDapigs bukan stakat anti islam dan melayu dan bumiputera negeri2 malaysia malah siap berarak bawak penyapu sebagai simbul nak sapu mislam san melayu dan bumiputera di negeri2 malaysia kelaut.
ReplyDeleteYang jadi budak pacak dia macam geng2 walaun pandapigs tu kekal la tak disapu sebab kerja jilat bontot dapigs.