Sunday, April 26, 2020

DAP 'perkakaskan' Tun M, PKR dan PAN untuk mencapai cita-citanya.


Anwar dan DAP berpisah tiada


MENURUT laporan portal FMT Presiden PKR Anwar Ibrahim mempertahankan hubungannya dengan DAP.

Beliau menafikan tuduhan bahawa PKR dan PAN berada bawah telunjuk DAP sebagaimana kononnya didakwa sesetengah pihak.

Tetapi umum mengetahui bahawa hakikatnya DAP memang telah memperkakaskan Tun Dr Mahathir, PKR dan PAN untuk mencapai cita-citanya.

DAP bergelut dalam arena politik tanah air sejak pemisahan Singapura dari Malaysia tahun 1965. Selama lebih 50 tahun DAP menyimpan impian mahu berkuasa di peringkat Persekutuan dan melaksanakan agenda perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ sebagaimana Lee Kuan Yew di Singapura.
Malangnya sokongan mereka sekadar tertumpu dan terhad di kalangan masyarakat bukan-Melayu khususnya kaum Cina, sedangkan orang-orang Melayu yang merupakan majoriti pengundi di tanah air menjauhkan diri dari mereka atas pelbagai faktor.
Dari situ DAP terus merancang untuk memenangi sokongan orang-orang Melayu. Mereka cuba masuk ke kawasan majoriti Melayu dalam siri-siri PRU tetapi ternyata mereka menemui jalan sukar.
Di Malaysia parti yang punya cita-cita berkuasa di peringkat Persekutuan mestilah menguasai blok undi Melayu.
Akhirnya DAP terbit dengan formula baru. Jika mereka tidak dapat kuasai sokongan orang Melayu secara langsung maka mereka perlukan parti-parti proksi untuk membantu mereka. Dari situlah DAP meneroka jalan untuk bekerjasama dengan parti-parti dan tokoh Melayu demi mencapai cita-cita politik mereka.
Pra PRU14 pucuk dicita ulam mendatang. DAP bukan sekadar berjaya ‘menterompahkan’ Anwar dan PKR serta PAN malah mereka berjaya menjerat bekas Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir untuk dijadikan kuda tunggangan bagi membawa mereka ke Putrajaya.
Akhirnya PRU14 menjadi sejarah bila mana melalui perancangan licik DAP mereka dapat juga tampuk kuasa setelah berjaya menunggangi Tun, PKR dan PAN.
Kaduk naik junjung. Bumi dipijak milik orang. 22 bulan Malaysia telah melihat betapa terumbang-ambingnya bahtera teraju negara apabila kuasa didominasi DAP. Dan hari ini Anwar mahu pertahankan hubungannya dengan parti berkenaan.
Sesungguhnya bukan DAP sahaja mewakili masyarakat bukan-Melayu di Malaysia, banyak lagi parti-parti lain yang kurang radikal atau rasis berbanding DAP.
Apapun terpulang pada Anwar siapa yang yang mahu dipertahankannya. Bagi kita umat Melayu, DAP akan ditentang sampai bila-bila dan jika ada yang rela menjadi terompah dan perkakas DAP maka mereka pun akan kita tentang dan tolak.

2 comments:

Anonymous said...

Dap ini parti yg kuat kecinaan nya. Anak2 mereka diasuh di sekolah cina sahaja. Mereka tidak bergaul dengan orang melayu. Dalam perniagaan mereka akan pastikan perniagaan bangsa mereka yg survive. Perniagaan orang melayu akan diusahakan supaya tumpas. Tetapi hidupnya perniagaan mereka dari market yg terdiri dari pelanggan melayu. Tulisan jawi,nama produk yg keislaman dan logo halal adalah cara menambat pelanggan melayu. Banyak bukti bahawa produk mereka tidaklah halal walaupun guna logo halal.

Dibawa ke sudut politik, seperti survival perniagaan, survival politiknya juga perlu sokongan melayu. Puluhan tahun mereka bersendirian. Akhirnya mereka bersekutu dengan parti politik melayu untuk mencapai cita2nya. Inilah kaldai2 yg bermati-matian pertahankan cina dap. Nuwar dan sabun adalah paling popular di kalangan cina dap. Di sinilah mereka berdua menabur kasih sayang kepada dap untuk dapat ghanimah. Win win situasion, dap dapat sedikit undi melayu yg dicuri dengan kaedah unggul mereka fitnah dan bohong.

Anonymous said...

Jangan tumpu pada rohingya saja, pelancong cina yg ada mykad yg dibeli juga beri tumpuan. Bab kerakyatan jangan longgar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails