Thursday, April 30, 2020

Dunia Mengalami Perubahan Ketara..


Virus kecil yang menggugat kuasa besar
Hujan, ribut petir diramal pada Deepavali - Portal Islam dan ...
HEGEMONI

(1) Hari ini kita menyaksikan bagaimana seluruh dunia mengalami perubahan yang agak ketara disebabkan COVID-19. Dalam banyak sudut sama ada positif atau negatif.

  • (a) Sungai dan udara bertambah baik dengan mendadak.
  • (b) Ekonomi terencat.
  • (c) Harga minyak menjunam.
  • (d) dan banyak lagi.

Gambaran ini memperlihatkan kepada kita bagaimana COVID-19 yang halus itu mampu ‘menggegarkan’ dunia, dan merisaukan kuasa-kuasa besar.

(2) Hakikat ini perlu dilihat dari sudut kaca mata ‘kuasa besar’ yang sebenar. Atau boleh difahami dengan istilah ‘The Real Power’. Dalam bahasa geopolitik istilah ‘penguasaan’ diterjemahkan dengan ‘Hegemoni’.

Hegemoni berasal daripada Bahasa Yunani yang merujuk kepada penguasaan atau kawalan politik, ekonomi atau tentera sesebuah negara ke atas negara yang lain.

Bahasa mudahnya, hegemoni menandakan penguasaan politik atau tentera sesebuah kota ke atas kota yang lain. Manakala negara yang dominan disebut sebagai hegemon.
(3) Para pengkaji menggunakan istilah hegemoni, atau ada yang menggunakan perkataan Imperialism (الاستعمارية) yang merujuk kepada proses penjajahan.
Ada yang menggunakan perkataan Kolonialisasi yang merujuk kepada proses penguasaan dari sudut pengaruh, budaya dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun istilahnya, maksudnya hampir-hampir sama.
Penguasa dunia
(1) Jika kita mengkaji sejarah tamadun-tamadun terdahulu, kita akan dapati bahawa sejak dahulu lagi sudah wujudnya hegemoni atau yang semaksud dengannya.
Contohnya disebut oleh Imam Ibn Athir di dalam al-Kamil Fit Tarikh الكامل في التاريخ bahawa dalam sejarah terdapat 4 orang yang pernah menguasai dunia, iaitu Raja Namruz, Nabi Sulaiman A.S dan Raja Zulqarnain.

  • (a) Manakala yang keempat, iaitu Nebuchadnezzar 634-562 SM, diperselisihkan di kalangan sejarawan. Ada yang mengatakan beliau penguasa dunia, ada yang kata bukan.
  • (b) Begitu juga Alexender Macedonia (Alexender The Great), dan ramai lagi yang dikatakan pernah menguasai dunia, dan ada yang menganggap beliau adalah Raja Zulqarnain.
  • (c) Ada juga yang menganggap bahawa Gelombang Hellenistik (323 SM hingga 30 SM) yang tercetus selepas kematian Alexender Macedonia (336-323 SM) sebagai salah satu bentuk hegemoni.
(2) Walau bagaimanapun sejarah penguasaan atau penjajahan sepanjang zaman ini perlu diteladani dan dikaji dari sudut kegilaan manusia mengejar kuasa dan pengaruh.
Biasanya, mereka yang melaksanakan proses peluasan pengaruh itu akan bertindak sebagai perosak, Allah S.W.T berfirman;
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

“Raja perempuan itu berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.”
Kisah di dalam al-Quran
(1) Di dalam al-Quran banyak menceritakan mengenai kisah-kisah pemerintahan, atau ketamadunan. Bukanlah hanya sekadar untuk dibaca secara literal ayatnya, akan tetapi perlukan pengkajian.
Antara yang disebutkan di dalam al-Quran mengenai pemerintahan dan ketamadunan;
(a) Pemerintahan Firaun yang dihadapi oleh Nabi Musa A.S dalam banyak surah.
(b) Pemerintahan Namruz di zaman Nabi Ibrahim A.S di dalam surah al-Anbiya.
(c) Pemerintahan Hyksos di zaman Nabi Yusuf A.S di Mesir di dalam surah Yusuf.
(d) Pemerintahan Nabi Sulaiman A.S di dalam surah an-Naml.
(e) Pemerintahan Raja Iskandar Zulqarnain di dalam surah al-Kahfi.
(f) Tamadun yang dibina oleh Kaum Aad (Iram) dan juga Kaum Thamud.
(g) Dan lain-lain.
(2) Ada pemerintahan dan tamadun yang berkonsepkan zalim, ada yang sebaliknya. Tujuan kisah-kisah ini disebut di dalam al-Quran supaya umat Islam mengambil pengajaran.
Al-Quran menceritakan bahawa pemerintah yang zalim akan disudahi dengan kebinasaan, contohnya Abrarah diserang burung Ababil, Namruz diserang nyamuk, Firaun diserang belalang dan katak dan banyak lagi.
Tamadun yang runtuh pula banyak sebab, Kaum Thamud mati bergelimpangan disebabkan gegaran yang kuat, Kaum Aad yang membina Bandar Iram mati disebabkan angin ribut dan banyak lagi
Diakhiri dengan kemusnahan
(1) Sejarah-sejarah ini menggambarkan kepada kita bahawa penguasa yang sebenar itu adalah Allah S.W.T. Allah S.W.T berkuasa membangunkan sesuatu tamadun, dan meruntuhkannya.

  • (a) Contohnya tiada siapa menyangka bagaimana Namruz yang menguasai dunia, mempunyai tentera yang ramai ketika zamannya boleh mati hanya disebabkan seekor nyamuk.
  • (b) Firaun istananya di tengah padang pasir boleh mati lemas di lautan. Bandar Iram yang terbina megah boleh tenggelam di bawah pasir yang ditiupkan melalui ribut.
  • (c) Siapa sangka Tentera Abrarah yang dikenali sebagai tentera bergajah boleh mati dengan serangan burung. Hadis akhir zaman menceritakan juga bagaimana Yakjuj dan Makjuj mati disebabkan wabak.
(2) Apa yang kita boleh pelajari daripada kisah-kisah ini, menggambarkan bahawa Allah S.W.T berkuasa terhadap mana-mana kuasa, dan berkuasa terhadap mana-mana tamadun.
Lihatlah bagaimana Allah S.W.T menegaskan hal ini ketika menceritakan kemusnahan Kaum Aad di dalam surah Fussilat ayat 15 dan 16:
فَأَمَّا عَادٌ فَاسْتَكْبَرُوا فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً ۖ أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ

*“Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).”
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا صَرْصَرًا فِي أَيَّامٍ نَّحِسَاتٍ لِّنُذِيقَهُمْ عَذَابَ الْخِزْيِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَخْزَىٰ ۖ وَهُمْ لَا يُنصَرُونَ
“Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).”
Virus kecil menggugat kuasa besar
(1) Dalam isu COVID-19, sekali lagi Allah S.W.T menunjukkan kekuasaan-Nya. Amerika khususnya yang selama ini dianggap sebagai kuasa besar, hari ini hanya mampu menggigit jari.
Selama ini mereka memperuntukkan berbilion Dollar untuk muncul sebagai kuasa besar, dan mempromosikan Liberal, hari ini ideologi itu dilihat ‘makan diri’ apabila rakyat mereka berkeras tidak mahu PKP.
(2) Kalau dikira dari mata kasar, COVID-19 tak nampak pun. Ia bukanlah kuasa besar. Ia tidak mempunyai negara. Tiada ideologi. Tiada akal untuk menyusun strategi untuk ‘menguasai dunia’.
Kita juga tahu bahawa COVID-19 tidak dapat ‘menyeberang’ untuk berjangkit dalam jarak 1 meter. Kita juga tahu hanya dengan sabun tangan menggunakan sabun mandi, sudah mampu membunuhnya.
Tak perlu bersusah payah menggunakan nuklear untuk membunuhnya. Tetapi hari ini semua kuasa-kuasa besar membimbangkannya. Itu baru virus yang kecil.
(3) Sebab itulah di dalam surah Fussilat ayat 15 dan 16 yang saya nyatakan tadi menggambarkan bahawa apabila Kaum Aad merasakan mereka paling hebat, lalu Allah S.W.T menjawab;
أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً

“Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka?”
Ayat ini mengajak kepada kita supaya berfikir bahawa Allah S.W.T yang menjadikan sesuatu itu daripada tiada kepada ada, jauh lebih hebat berbanding kuasa mereka. Sama juga seperti COVID-19, asalnya tiada, kemudian menjadi ada, seterusnya menggugat kuasa-kuasa besar.
Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 29/4/2020
Wabak Coronavirus atau COVID-19

2 comments:

Anonymous said...

It looks like a fake story has been published trying to “reveal” how Tun Dr Mahathir Mohamad made his billions and that he made these billions the halal way through bitcoin trading. Is this an attempt to crate a “paper trail” so that no one can accuse him of stealing RM200 billion of the Malaysian taxpayers’ money? Or is there another explanation for this fake story?

Anonymous said...

Siasat lah...bising hari2 mcm orang bodoih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails